Tuesday, November 10, 2020

Perlu Atau Tidak Amalkan Jamu Semasa Period

Persoalan ini sering terlintas oleh wanita kan. Boleh atau tidak mengambil jamu ketika sedang haid? Okay kakna nak share sedikit lah berkaitan persoalan ini.
Ok kita kena faham... Yang orang sebut-sebut jamu ni, ada 2 jenis kategori bahan dalamnya.

1) Rempah
Rempah tiada masalah kalau mahu ambil waktu period, Contohnya bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, halba dan sebagainya. Rempah ni kebiasaannya ada dalam masakan. Kalau minum akan bantu bersihkan lagi dinding rahim dan saluran darah kita. Sebab itu Majun afiat boleh nak makan waktu period sebab tak ada bahan perapat dalamnya. 

2) Herba
Herba yang dimaksudkan seperti manjakani, serapat, genggam Fatimah dan lain-lain yang mana fungsinya untuk mengecutkan rahim..

Waktu period ni sebenarnya rahim kita sesang mengembang dan proses darah keluar. Bila ambil Herba-herba yang merapat, dikhuatiri akan mengganggu proses kelancaran darah kotor tu untuk keluar. Itu yang boleh menyebabkan darah keluar sikit2 macam tersangkut-sangkut. 

Dan ada juga jamu yang dimasukkan banyak herba2 panas, jadi risau risiko bleeding/tumpah darah berlaku. 

Jadi yang paling terbaik, untuk jamu kita waktu period tidak perlu ambil.. Sambung lepas habis period.

Kalau nak rebus serai, campur rempah2 tu boleh tak ada masalah, nak makan Majun afiat pon xda masalah... Asalkan tak terlalu banyak ambilannya.. Harap jelas ya semua👌

No comments:

Post a Comment