Thursday, October 15, 2020

Memulakan Perniagaan Sampingan Dengan Shaklee Semudah ABC

Sudah lama jadi ahli Shaklee, itupun sekadar makan untuk family sendiri. Tiba-tiba rasa macam nak cuba jadikan side income. Hmmm camana cara? Nak mulakan dari mana ya? Perlu ke modal yang besar..simpan stock lagi..kena cari orang lagi ke tak ya? Nama pun MLM (MultiLevelMarketing).

Meh sini kakna nak cerita..buang je was-was tu lempar jauh-jauh prasangaka-prasangka tu semua. Baca bismillahirrahmanirrahim. Baik ada tiga Major Point yang dikenalpasti mungkin dapat membantu anda. 

1) Mindset

2) T1000 

3) Bagaimana gunakan Web Shaklee

1) MINDSET

Baiklah untuk bahagian Mindset itu rasanya perkataan tu sendiri pun sudah buatkan anda boleh agak. Ya mindset kena jaga. Mindset kena yakin selalu. Kita bukan menjual sebarangan produk yang tidak diketahui salah silah nya. Seperti entry semalam kan kakna sudah ceritakan dari mana Shaklee berasal. Dengan segala ujian demi ujian terhadap produk dan bahan mentahnya sendiri.

Kita menjual kebaikan produk. Selalunya agak mudah untuk kita bercerita tentang produk sekiranya kita sudah ada pengalaman menggunakan produk tersebut. Tetapi sekiranya anda betul-betul pure dan tidak pernah mencuba, Kakna cadangkan belilah sebotol Vitalea atau Ostematrix atau Vitamin C. Sekiranya anda anak di bawah bimbingan Kakna, dengan berbesar hati Kakna boleh bagi awak Sample.

Ilmu Nutrisi? Ya penting.tetapi kena ingat kita penjual produk bukan pakar nutrisi.Walaubagaimanapun, jangan patah hati..di Shaklee ada Pakar Nutrisi yang kita boleh hubungi dan korek ilmunya. Nama dia Puan Sarah (Nutritionist Shaklee) 0126581176.

2) T1000

T1000 ini adalah tips paling mudah. Kuncinya adalah #redah je #buat je. Caranya dengan menyenaraikan list number ahli keluarga,sahabat dan kenalan. Kemudian karang 1 perenggan ayat yang memperkenalkan anda adalah seorang Pengedar Sah Shaklee. Agar mereka tahu kewujudan anda adalah seorang pengedar Shaklee. Ini kerana kadangkala/selalunya..orang terdekat dengan kita adalah pengamal produk Shaklee tetapi mereka tidak tahu anda adalah pengedar dan mereka lebih mudah jika orang terdekat adalah pengedar. Perasaan keselesaam tu memainkan peranan.

3) WEB SHAKLEE 2U

https://www.shaklee.com.my/  

Pastikan anda ingat ID dan Password... Silalah jalan-jalan disitu. Biasakan Diri.

And Last But Not Least... 

Jangan tunggu upline ketuk..nak berjaya kena BERSEMANGAT dan DETERMINED.

No comments:

Post a Comment