Allahuakbar...penat sangat... apalah yang KakNa letihkan sangat tu kan...
Assalamualaikum sayang semua...orang kata selagi belum raya selagi itulah ada je ulang alik ke bandar Pontian tu. Ada sahaja barang yang belum lengkap. Butang baju melayu la, pin tudung la, rempah ratus la eh macam-macam lah. Itu belum baju-baju yang tidak kering dua tiga hari ini. Boleh jadi pitam KakNa.
Hari raya kedua sudah kena bertolak ke Jitra (padan muka hang KakNa oii sape suruh kahwin orang ujung-ujung sangat). Masalahnya baju belum masuk beg, sebab masih belum kering. Dua tiga hari ini matahari tidak garang. Bertabahlah esok no matter what kena pergi mendobi.
Esok kan silibus KakNa memang padat sendat ketat gila...mana tidak...
1. Settlekan susun kuih raya.
2. Gosok baju anak-anak, suami, emak, diri sendiri.
3. Masak lauk lodeh, rendang daging dan ayam kicap.
4. Buat ketupat (tadi anyam pon baru dapat 15 kelongsong ketupat).
5. Merebus ketupat.
6. Kena ke kulai ada urusan.
7. Kena beli Fresh flowers.
.......After almost two weeks tak menulis...hari ini Kakna sambung entry ni.
Dalam 7 list kat atas tu...ada 1-2 yang Kakna tidak dapat buat. Kesuntukan masa. Dari awal pagi cuba settlekan hal ketupat sebab ia juadah utama pagi raya 1 Syawal. Jadi malam raya tu agak sibuk juga, sebab petang dah ke Kulai terus balik ke rumah abang sebab berbuka di rumah dia.
Selepas berbuka, rushing balik rumah sebab pagi raya adik beradik akan berkumpul di rumah Kakna. Malam raya tu...Kakna, Husband and Kakak Ipar sibuk settle kan juadah untuk pagi esok. Masak dua jenis rendang (utara dan selatan), sup tulang, ketupat dah settle petang. Well seronok sangat.
Thanks to my Kakak yang tolong masakkan lodeh di rumah dia dan bawa ke rumah Kakna. Dulu-dulu mak Kakna yang masakkan untuk kami semua tiap kali Syawal. Tapi alhamdulillah tahun ni kami adik beradik dan ipar duai yang siapkan.
Inilah permulaan raya paling bermakna buat Kakna dan suami. InsyaAllah semoga kami dapat buat open house atau sedikit jamuan makan untuk sahabat dan customer kami.
Allah jua sebaik perancang.
Alhamdulillah.
(Pssttttt...gambar raya nanti Kakna bagi link album)
Friday, June 23, 2017
Menyambut Aidilfitri Di Rumah Sendiri Buat Kali Pertama
Thursday, June 22, 2017
Produk Hot Untuk Kebaikan Ibu Berpantang Kembali Anggun
Alhamdulillah...
Selain Set MokDe KakNa mahu perkenalkan produk baru yang untuk ibu bersalin gunakan sepanjang tempoh berpantang.
Param
Pilis
Tapal
Herba Tangas
Mandian Herba
5 perkara boleh tahan wajib untuk diamalkan sepanjang 44hari hingga 100hari berpantang.
Friday, June 16, 2017
Dilema Ibu Muda Yang Mahu Menyusukan Anak
Alhamdulillah.
Assalamualaikum.
KakNa on the nak ke IKEA, sesekali turun KL jadi kenalah singgah situ untuk cuci mata..amik tune decoration dia...ye lah..deco kan salah satu hobi terbaru KakNa.
Teringat pula ibu-ibu berpantang yang KakNa tinggalkan. Ada yang lagi 1hari settle..ada yang lagi 2hari settle. Semoga diorang bertambah sihat sebelum KakNa sambung mengurut diorang esok.
Sepanjang KakNa membantu ibu-ibu berpantang ini, masih ada ibu-ibu yang keliru. Keliru dengan sign yang baby beri. Contoh : Baby bila jaundis dia akan tidur lama. Jadi ibu mesti kejut baby untuk diberikan susu.
Baby azalinya tidak tahu lagi cara untuk menghisap susu. Adakala puting akan cedera bila tersilap cara hisapan. Jadi disini KakNa tunjuk cara lekapan mulut baby yang betul. Dan jangan silap sangka ye apabila baby seperti tidak mahu hisap. Sebenarnya dia sedang belajar untuk menghisap.
Pada hari pertama atau kedua lubang keluar susu untuk sesetengah orang memang tidak banyak, sebab itulah ibu mesti ajar baby untuk menghisap. Supaya dapat elakkan/kurangkan bengkak susu dan bantu baby elakkan/kurangkan kuning.
Lagi satu elakkan beranggapan hari pertama atau kedua susu akan terus banyak. Memandangkan konsep nya adalah 'Supply vs Demand' jadi ketahui melalui gambar dibawah anggaran besar perut baby ini. Supaya kita clear bahawa susu itu cukup.
---->> Baca sini untuk lebih info tentang penyusuan.
Notakaki : KakNa suka dan rasa baby pun tenang apabila sambil dia menyusu, anak mata dia memandang mata kita sambil jemari dia bergerak-gerak dengan slow motion.
Perkongsian Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Tenaga Dan Luka Lambat Sembuh Selama Berpantang Bersalin
KakNa masih ingat lagi kali pertama KakNa beli Supplement. Selalunya kan pemberian percuma ikhlas nau nau dari klinik atau hospital kan. Jadi penghargaan kepada diri itu terlebih dengan makannya secara konsisten. Bestnya supplement yang KakNa mula makan itu, ia memang berkesan mengikut tujuan asal KakNa beli.
Tujuan asal KakNa beli untuk :-
1) Meningkatkan produktiviti susu (masa ini sedang breastfeeding baby dan dalam kemelut kekurangan susu).
2) Berfikir makan yang berkhasiat anak pun dapat yang berkualiti.
Hasil yang KakNa perolehi adalah lebih dari yang dijangkakan. Antaranya :-
1) Badan cergas dan bertenaga. (walau malam tidur-tidur ayam)
2) Aktiviti bangun untuk mengepam tidak kira siang atau malam dan boleh layan Power Pumping seminggu straight.
3) Produktiviti susu pun meningkat sangat.
4) Alhamdulillah susu lebih pekat. (KakNa imagine its good pekat so anak rasa lebih kenyang dan bernutrisi).
5) Bekas hitam di perut kelengkang dan ketiak mula menipis dan beransur hilang.
6) Anak tidur lebih selesa. (Sebab anak KakNa jenis tidur sekejap, bunyi plastik pon dia bangun).
7) Breast pun mengancam.
8) Rambut kurang gugur.
Apa Supplement Yang KakNa ambil?
I AM In Budget!!!!! Hahahaha ditambah dengan konflik first time beli..
hmm betul ke produk ini ok?
entah iya atau tidak penjual ni?
produk ni betul ke boleh banyakkan susu?
akibat terpengaruh dengan pakcik google. KakNa beli juga, TawakkalLillahiTaala.
ESP aka Energizing Soy Protein
Alfalfa
(Dua inilah supplement yang banyak berjasa kepada KakNa selain teknik Power Pumping)

Minggu Pertama Dengan Alfalfa dan ESP, sedikit demi sedikit mula nampak perubahan. Paling ketara adalah energy KakNa. Setiap awal pagi KakNa akan bangun dan pam susu dulu sebelum ke tempat kerja. menguruskan dua orang lagi abangnya yang ketika itu berumur 4 tahun dan 3 tahun. jika tidak cukup energy memang boleh mengganggu kestabilan emosi. Tidak baik untuk breastfeeding moment.
Kemudian kepekatan susu. KakNa yakin ia jadi lebih berkualiti. Apa jua ciptaan Allah sangat istimewa kan. KakNa dan sahabat sama pejabat dengan KakNa buat test..hari kami tidak ambil ESP dan hari kami ambil ESP memang berbeza. Kami masa itu tidak terfikir pula untuk mengambil gambar. Tapi ada orang lain telah buat ujian yang sama. Tengok gambar ini.

Alhamdulillah...deep freezer KakNa yang besar pon penuh dengan susu sampai mak mertua KakNa datang..terkejut dia tengok susu KakNa banyak. Sebab anak nombor satu dan dua susu KakNa ada tetapi tidaklah sebanyak yang anak nombor 3 ini. Reeki Muhammad Azfar Aufa. Syukur Alhamdulillah.
Dan satu lagi adalah Alfalfa...tetapi Alfalfa nanti KakNa update link... Now KakNa nak explain lebih details tentang ESP. Di atas tadi hanya sharing pengalaman KakNa Menyusukan anak dengan ESP.
Kenapa KakNa Pilih ESP?
Kakna memilih ESP kerana pengalaman sepanjang menyusukan dan berpantang menjadi lebih bertenaga dan kurang stress ketika perlu bangun waktu malam hingga 5 kali. Bonus nya kerana ESP dihasilkan dari soya yang tidak di modified atau mudahnya soya yang tidak diganggu genetiknya. Membesar tanpa bahan kimia yang memudaratkan. Selain cara penghasilan yang lebih terkawal.
Mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Selain itu kandungan Indeks Glisemik nya yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai untuk mereka yang menjaga kandungan gula dalam darah. Rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Merangsang pembentukan semula kulit&otot, mengurangkan kedutan, kepejalan otot, mencepatkan penyembuhan lupa dan mengurngkan kesan parut. Oleh itu, kandungan asid amino sangat penting bagi membina otot kuku rambut organ kulit....AWET MUDA laaa kannn...
Selalu terlupa juga satu masalah kan? Sebab tu kakna berusaha dengan mengamalkan ESP kerana ia membantu meningkatkan kualiti memori..malah bukan itu sahaja tau...untuk ibu yang beranak 4 ini, kami memerlukan bantuan bagi meningkatkan dorongan dan rangsangan seksual...awwww...untuk suamikan..apa sahaja untukmu...
Bagaimana ESP Itu Dapat Membantu?
Satu tin ESP dihasilkan dari 30kg kacang soya. Kaedah penghasilan yang menjaga kandungan proteinnya. Protein diperlukan oleh tubuh untuk tenaga dan kulit. Badan bertenaga
Selain Ibu Menyusukan, Siapa Lagi Boleh Amalkan ESP?
Dimana Boleh Dapatkan ESP ini?
Antara Tips Yang KakNa Buat Sebagai Ikhtiar Lain Untuk Menambah Susu
1) Power Pumping seminggu dua ke tiga kali. Waktu power pumping yang KakNa buat biasanya antara pukul 1am to 2am.
2) Makan ikut timing dan air 1liter/25kg berat badan.
3) Amalkan sayuran especially lobak putih.
4) KakNa suka minum hotchoc cadbury.
5) Pump ikut timing. Biasanya sebelum pergi kerja 1x, pagi di pejabat/rumah 1x, petang di pejabat/rumah 1x, malam sebelum tidur 1x.
6) Semasa pam, amalkan baca fatihah, selawat, 3qul dan subhanallahiwabihamdihi subhanallahilazim.
(Nanti bila KakNa ingat lagi tips..KakNa update sini ya)
Sentiasa Bersangka Baik Kepada Allah - Kunci Ketenangan
Jujurnya kan, KakNa ni suka berjalan dan melihat tempat orang. Tetapi dilahirkan dalam keluarga yang bukan senang, membuatkan ia hanya sekadar impian. Nama pun sekadar impian...Kakna teringin mahu melancong ke Jepun, Korea, Turki, Paris...semoga suatu hari KakNa berjaya jejakkan kaki ke tempat-tempat itu. Dan impian paling utama, KakNa mahu ke Rumah Allah bersama ibu, suami dan anak-anak. InsyaAllah. Aamiin.
Nak cerita sebenarnya kan lama sudah KakNa mahu rehat-rehat aman damai tidur di hotel sambil menaip entry untuk blog kesayangan KakNa ini. Allahuakbar..Allah sangat kaya pemurah maha mendengar. Impian yang satu ini tercapai. Hotel sponsored by lagi..jadi jika korang ada impian dan kehendak, mintalah pada Allah. Walau kita merasa ia seperti mustahil namun pada Allah tiada yang mustahil. Sentiasa berbaik sangaka sesama insan dan terutamanya Allah.
Alhamdulillah juga..PC yang rosak dapat diganti dengan Lappy dalam masa 2-3 hari sahaja. KakNa susah hati bila PC KakNa rosak, sebab KakNa sudah mula konsisten untuk membuat entry blog kesayangan KakNa ini setiap hari. Jadi bila ia rosak, KakNa takut sangat KakNa lost terus. Semoga lappy ini dapat bertahan lama selama-lamanya untuk KakNa gunakan. Manalah tahu suatu hari KakNa dapat brand Apple pulak kan..hehehehehe..impian FREE kottt...sooo whatttt
Korang tahu tak, Perniagaan Supplement ini sebenarnya membantu KakNa mencapai sedikit demi sedikit impian untuk bercuti ke luar negara secara percuma. Peluang terbuka, cuma usaha kenalah 500%. Bukan mudah untuk berjaya. Untuk berjaya wajib konsisten. Halangan demi halangan wajib dilalui. Perniagaan Supplement Shaklee ini juga yang menjadi punca Perniagaan Mobile SPA KakNa diwujudkan. KakNa happy sangat walau ia masih kecil tetapi selama dua tahun ia diwujudkan, progress itu nampak. Nampak Jelas sangat.
Beza Perniagaan Supplement dan SPA KakNa tiada beza bagi KakNa. Tujuan disebalik tujuan adalah meningkatkan tahap kesihatan dan kebahagiaan insan lain. feedback positif pelanggan KakNa menaikkan lagi semangat KakNa. Semoga Allah membantu KakNa untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan-pelanggan KakNa. Aamiin.. Jika ada antara pembaca entry KakNa ini ibu yang tidak berkerja dan mahu mendapatkan duit sendiri untuk diri, anak-anak dan keluarga, mari hubungi KakNa. KakNa akan guide anda.
Ia bukanlah susah seperti yang difikirkan. Dari takut, insyaAllah akan menjadi hobi terbaik anda. Hmmmm...Malam nanti KakNa sambung lagi ye...KakNa nak iron baju untuk majlis berbuka petang ini. Takut nanti En.Suami sampai..kami belum siap.
.........seperti yang KakNa janji...Nah KakNa belanja sikit gambar-gambar kami dari hotel sampailah balik hotel. Gambar kenangan. Satu lagi hobi KakNa tercapai hari ini..jalan-jalan cari makan hehehe...
Tuesday, June 13, 2017
PUNCA PUNCA REZEKI DARI JALAN YANG TIDAK DISANGKA
Sunday, June 11, 2017
Masalah Jerawat dan Bekasnya Serta Blackhead - Set Asas Nutriwhite Sudah Mencukupi Buatku
Malam ini terpanggil untuk berkongsi tentang produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit asia macam kita ini. Masalah kulit kering, sensitif..oily itu jika kena buku dengan ruasnya insyaAllah selesai. KakNa sebelum kenal Set Nutriwhite ini, sudah bermacam produk guna. Ada yang hilang jerawat tapi muka jadi mengelupas. Mengelupas kan salah satu simbol trauma buat wanita.
Elakkan Berputus Asa Ketika Melihat Susu Perahan Di Paras Basah Tapak Botol Sahaja
Adakah adik ni seorang ibu muda yang bercita-cita mahu melaksanakan penyusuan selama 2tahun pada si comel? Tetapi adik seorang ibu yang berkerjaya? Tidak tahu bagaimana untuk menyusun atur susu perahan? Tidak yakin boleh melakukan at least 6month? Pasti macam-macam lagi di fikiran itu kan....Janganlah risau adik-adik KakNa ni. Walaupun kiranya ini baby kedua tau ketiga atau keempat tetapi baru datang gerak hati untuk menyusukan anak sepenuhnya, mari baca tips KakNa ni.
Bagaimana Mahu Merangsang Pengeluaran Susu Diawal Kelahiran?
Adik-adik diawal kelahiran maknanya dari saat selepas melahirkan, baby selesai disiapkan dan dibersihkan..adik-adik mesti ajar si comel untuk menghisap. Azalinya si comel memang tidak pandai dan tidak tahu caranya. Sebagai ibu, adik-adik mesti tabah dan berusaha. Jangan cepat menyerah kalah dan terus beri puting botol dan susu formula.
Mulut baby memang comel, ada puting payudara ibu pula besar..agak sukar baby mahu cuba masukkan. Jadi adik-adik kena bantu. Selain itu posisi ibu dan anak pun perlu diambil kira. Ibu-ibu perlu menjaga bahagian belakang dan pinggang. Adalah lebih baik ibu-ibu bersandar ketika menyusukan. Mari perhatikan gambar di bawah ini supaya ia lebih jelas untuk adik-adik pelajari Teknik Pelekapan yang betul.
Friday, June 9, 2017
Jom Cuba Resepi Istimewa KakNa Ramadhan 2017
Hobi Bulan Puasa. Mencari Resepi Makanan Paling Menyelerakan & Mudah. Hari ini KakNa jumpa dua resepi yang KakNa akan buat esok untuk berbuka. Kenapa Esok? Sebab baru jumpa tadi dan tidak sempat mencari bahan-bahan utamanya. Apa resepi KakNa tu? Mudah sahaja... Kerang & Ikan Siakap. Ini bahan utamanya. Hari ini KakNa nak buat Sup Ayam Kampung Muda bersama Sambal Kicap. Malam nantiu KakNa upload gambar Sup Ayam Kampung Muda Dan Sambal Kicap, tetapi lepas KakNa balik dari mengurut ye.
Nah Resepinya....
Kerang Marvellous Yummy
Sekilo Kerang
Serai tiga Batang
Limau Nipis Tiga Biji
Lemon Sebiji
Asam Jawa
Cili Padi 8biji (bergantunglah kalau korang suka pedas)
Daun Ketumbar
Bawang Besar sebiji
Bawang Putih Setengah Labu
Sedikit Garam Dan Gula
Cara Masak...
Rebus Kerang. Buang kulit kerang sebelah sahaja. Letak dalam satu mangkuk. Masukkan Perahan limau dan lemon. Hiriskan Serai, Bawang-bawangan dan Cili Padi. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kerang tadi. Gaulkan rata. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula, agak aje lah ya sesedap rasa. Kemudian masukkan ke dalam pinggan lauk dan hiaskan dengan daun ketumbar. SIAP!!!!!!
Ikan Siakap Pompom
Ikan Siakap 2 ekor
Bawang Besar Dua Biji
Bawang Putih Setengah Labu
Cili Padi (ikut tahap kepedasan yang digemari)
Limau Nipis 4biji
Lemon 2biji
Tomato sebiji
Serai 2 batang
Garam
Gula
Cara Masak...
Ikan siakap yang telah disiang tadi...diletakkan ke dalam mangkuk dan kukus. Taburkan bawang dan serai yang sudah dititik pada ikan tadi. Tutup dengang mangkuk pengukus dan biarkan selama 20-30minit. Sementara itu, buatlah sos untuk ikan ni tadi...Potong Cili Padi atau tumbuk...masukkan perahan lemon dan limau nipis juga jangan lupa masukkan tomato yang telah di potong dadu, masukkan sedikit garam dan gula. Selepas 30minit, keluarkan ikan dari periuk kukus dan tuangkan sos tadi di atas ikan.
Mudahkan.... YA Allah lapar perut KakNa..psssttt Kalau Tidak Memenuhi Permintaan Tekak uolsss...Rebrand lah ikut uollsss nya selera k....
SELAMAT MENCUBAAA!!!
Thursday, June 8, 2017
Berpantang Dengan Mokde - Berbaloikah?
Wednesday, June 7, 2017
Ibu Berpantang Tidak Perlukan Makanan Tambahan Kerana Menu Berpantang Sudah Cukup Nutrisi. Benarkah?
Ehem ehem...korang ingat tak semasa korang dalam labour room, apa yang korang fikirkan selain dari perasaan takut..berdebar-debar tu? Terfikir tak?
"Lepas bersalin ni ...apelah agaknya makanan yang hospital bagi aku makan"
Pernah tak dalam labour room sementara menunggu jalan terbuka, korang request dekat encik suami tu ini...
"Hubbyku sayang..boleh tak belikan isteri kesayanganmu ini teh tarik..nanti dua bulan tak dapat minum"
Dan sebenarnya itu semua propaganda korang untuk sembunyikan perasaan nervous tu.
Tuesday, June 6, 2017
Berbudi Kepada Tanah Meningkatkan Stamina Diri Dan Menyemai Kesabaran Dalam Menjalani Kehidupan
Masa memula tu KakNa langsung tidak perasan yang sebenarnya ia hobi. Mulanya rasa macam saje suka-suka. Masa mother in law datang...dia bawak pokok buluh rebung. Kat sini mungkin susah sikit nak jumpa. Rebung dia memang sedap. Original & Awesome!! Ada tiga benih yang dia bawak. Tapi sepokok mati sebab KakNa so busy sampaikan terlupa siram. Kebetulan sepanjang minggu itu langsung tidak turun hujan. Alhamdulillah la dua lagi sihat walafiat.
Lepas tu dalam kebun kecil KakNa tu pun ada Pokok Serai...and dalam perancangan nak tanam Serai Wangi, memandangkan KakNa perlukan Serai Wangi untuk rawatn ibu dalam pantang dan service SPA KakNa. Setakat ini pokok Kacang Bende telah membuahkan hasil dan juga pokok Cili Padi Kampung. Tidak perlu susah beli sebab boleh petik je dari belakang runah, Pokok Terung baru je ditanam..moga-moga nanti hasilnya boleh dikongsi dengan jiran tetangga juga.
Pokok Buah? Eh....mestilah ada sayang... KakNa tidak sabar menunggu Pokok Pelam/Mangga KakNa besar dan mengeluarkan hasil. Sebab..menurut si pemberi benih, ia adalah pelam kacuk dengan pelam siam. Rasa dia memang sedap..kalau di buat jeruk asam boi tu memang TERANGKAT!! Hahahah saje je kan KakNa nak membakor korang. Tapi memang betul tau. Dalam perancangan mahu tanam Pokok Durian Belanda pulak. Almaklumlah..orang kata Pengubat Kanser kan...daunnya diramas dan dilumur ke anak yang demam..baca fatihah 7 kali, 3Qul, 7 kali ayat Qursi dan Selawat 21 kali. Ibu berdoalah semoga usaha ini mendapat berkat dan dapat menyembuhkan demam anakku. Mudah-mudahn sembuh.
Latest kan...list paling utama, KakNa nak tanam pokok bunga di sekitar rumah. Memandangkan KakNa suka fresh flower..so wajib lah kan. KakNa suka bunga hidup sebab Aura dia menenangkan. Orang macam KakNa ni..kerja bukan sekadar menggunakan tenaga luara, malah tenaga dalaman, jadi bila balik tu KakNa perlukan Aura Positif dan New Energy supaya emosi kekal stabil.
Apa pula hobi anda? Ada yang sama dengan KakNa tak? Nanti kita share lah tips menanam pokok ni ya...hashtag berbudi kepada tanah. Terlupa pula nak snap pic tadi. Esoklah KakNa upload pic ya....mesti korang pon seronok tengok pokok-pokok di kebun kecil tu.
Selamat Bersahur sayang semua... KakNa letih sangat nih..nak tidur dulu sebab esok pagi masih ada ibu berpantang yang KakNa kena bantu. Nak masak lauk berpantang istimewa untuk dia esok subuh. Semoga kita sama-sama excellent dalam kehidupan. Aamiin.
Monday, June 5, 2017
Berpantang Bukan Lagi Trauma Bila Anda Tahu Cara Terbaik Untuk Laluinya
Kita semua mesti ada pengalaman berpantang yang sentiasa dalam kenangan kan. KakNa teringat pada mak KakNa..dia selalu cerita tentang pengalaman dia berpantang dulu-dulu. Anak kecik-kecik dan berpantang sendiri. Semasa kelahiran anak pertama dan kedua, arwah nenek KakNa ada lagi. Jadi dari segi pengambilan jamu dan pantang makanan memang ketat la. Nenek akan tunggu mak habiskan jamu tu dan barulah dia sambung buat kerja lain.
Jamu orang dulu-dulu kan bukan macam kita..ada kapsul ada dibintil. Jamu orang dulu asli cecair. Dimasukkan dalam cawan campur air suam dan PEKAT. Mak KakNa minum dengan tutup hidung. Mak cerita lagi...makcik KakNa main ngelat...bila nenek pergi dapur..dia tuang ikut lubang papan lantai rumah...hahahaha..tapi korang janganla buat macam tu okay.
Pemakaian param, pilis, tapal tu memang wajib gila...nak lagi bengkung tu memang ketat. Bengkung orang dulu adalah bengkung yang bermeter-meter panjang. Tapi bengkung macam tu lah sebenarnya yang paling selesa. La'Joise ada jual. Memang puas hati. Kain dari indonesia. Kalau anda nak beli boleh la google ya.
Zaman berubah. kan? Tetapi apa yang baik kita kekalkan dan tidak salah untuk kita buat yang lebih baik. Jika dulu kita amalkan Jamu...sekarang kita tambah dengan pengambilan supplement. Kenapa? Sebab jika kita perasan, amalan pemakanan dalam pantang selalunya hanya yang kering, kurang air dan kurang sayuran..buahan pun sama. Sebagai contoh, semasa KakNa bersalin, KakNa hanya makan ikan kering ditumbuk dengan lada hitam..dan air tidak boleh ambil dalam kuantiti yang banyak. Jadi, Sembelit. Sembelit tahap berdarah dan fobia nak ke toilet.
Jadi apakah Supplement yang Ibu Berpantang boleh amalkan?
Energizing Soy Protein (ESP)
* Soya yang genetiknya tidak diubahsuai. Maknanya tidak dipercepatkan proses kematangannya dengan suntikan.
* Indeks Glisemik rendah, maknanya jika semasa hamil ada kencing manis, bolehla amalkan ini supaya paras gula dapat dikawal.
* Protein membantu proses penyembuhan luka. Protein diperlukan oleh tubuh untuk memperbaiki sel dan menghasilkan sel yang baru.
* Sumber tenaga segera. Jadi tidaklah kita lesu dan tidak larat untuk uruskan baby.
Vitalea
* Ia merupakan multivitamin yang menyediakan asas nutrisi yang membantu sistem imun tubuh, pertumbuhan sel baru, otot, kulit, rambut dan kawalan hormon.
* Dihasilkan dari ekstrak sayuran dan buahan. Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting.
* Yang utamanya untuk mengekalkan kecerdasan tubuh ibu. Perubahan waktu tidur dan kurangnya tidur berkualiti sedikit sebanyak akan mengganggu tahap kecerdasan dan antibodi tubuh.
* Ia juga membantu dalam proses penyusuan. Apabila ibu sihat dan cerdas aktiviti demand & supply akan berjalan lancar.
BComplex
* Pilihlah BComplex yang mengandungi kesemua 8 vitamin (B1,B2,B3,B5,B6,B12,Asid Folik dan Biotin) (Seperti yang dinyatakan dalam RDA).
* Elakkan pengambilan BComplex yang menawarkan rumusan larut air.
* BComplex juga membantu dalam penghasilan sel darah merah. Proses kelahiran menyebabkan ibu-ibu hilang banyak darah kan?
* Mencegah anemia,sakit kepala, migrain dan mengurangkan masalah keletihan mata.
* Paling best adalah ia membantu kita melawan tekanan. Tentu faham kan maksud KakNa. Perubahan waktu tidur ibu, rengekan manja anak tiap malam minta di pegang, sakit belakang akibat menyusu dengan teknik kurang tepat, menahan sakit puting susu luka akibat salah hisapan oleh anak...ini semua penyumbang kepada ketidakstabilan emosi ibu.
Vitamin C Sustained Released
* Ujian klinikal membuktikan Vitamin C didalam dua tablet mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24jam. Setiap tablet ada 120mg bioflavonoid yang m,ana 25% diekstrak dari kulit buah. Bioflavonoid ini mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
* Jika anda pernah mengalami infeksi ketika berpantang anda pasti gembira jika proses berpantang seterusnya anda punyai sebotol Vitamin C ini didalam rumah. Sebab KakNa dah melalui siksanya terkena infeksi di luka episiotomi.
* Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan pemulihan luka jadi lambat, kulit jadi kering, ruam dan kusam.
* Selain peningkatan sistem imun tubuh, ia juga memperbaiki insomnia, stress...stress ni seperti yang berkaitan mental macam resah. Bahayakan insomnia.
Ostematrix
* Kata lain tu adalah sumber Kalsium. Ostematrix ni memang kenangan terindah untuk ibu hamil dan berpantang dan penyusuan yang sedang mengkonsumsi Ostematrix ni.
* Formula unik. Dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. Nutrien ini perlu diambil serentak/bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh sekaligus menghalang endapan sesetengah mineral.
* Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas. Ingat tak semasa hamil, siapa pernah selalu mengalami simpul biawak/krem kaki? azab kan... Ambil sebelum tidur, insyaAllah dapat membantu masalah kejang, kebas, sakit sendi dan artritis.
* 1biji pil Ostematrix ini bersamaan dengan 80biji badam. Penenang saraf, Menggalakkan tidur yang selesa, juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. Juga mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga.
Jika anda sudah mendapatkan Set Berpantang tidak kira dari apa brand sekalipun, KakNa cadangkan dapatkan juga Set Supplement Berpantang ini. Lebih-lebih lagi jika anda ibu muda dan anak pertama, atau jika anda berpantang sendiri atau anda berpantang anak ke 2,3,4 dan seterusnya. Ia sangat membantu anda..top up dari apa yang anda tidak dapat dari Set Berpantang dan Pemakanan Harian tu.
Saturday, June 3, 2017
Mobile SPA Pontian Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang
Assalamualaikum...
Kakna tahu mesti yang membaca ni pernah menjadi pelanggan MSP dan mungkin akan menjadi pelanggan MSP. Di awal pembukaan dulu...memang Kakna kurang ilmu tentang SPA. Kakna jalankan MSP ni dengan tekad dan semangat. Jatuh bangun...pejam celik..Alhamdulillah sudah lebih setahun MSP beroperasi. Walau banyak dugaan/cabaran..hampir menutup MSP...walau hanya seorang dua pelanggan sahaja di awal operasi dahulu, Alhamdulillah berkat dorongan suami..Kakna masih di sini.
Kakna punya impian yang tinggi dengan MSP ini, tapi Kakna akan kongsikan kemudian nanti. Korang mesti teruja bila baca impian Kakna dengan MSP ni nanti...hehehehehe.. MSP bermula dengan Facial, Sauna, SPA Massage, Lulur/Scrub dan Pedicure/Manicure. Dan kini Kakna telah melebarkan sayap sehingga ke Penjagaan/Rawatan Ibu Berpantang, Akupuntur dan Bekam. Syukur alhamdulillah sambutan dan respon sangat menggalakkan.
Terima kasih tidak terhingga kepada para pelanggan Kakna dari awal sampailah sekarang. Mungkin anda semua rasa hendak tahu serba sedikit tentang Latar Belakang Kakna kan. Secara ringkasnya kan...
Nama Penuh : Niriwana Othman
Asal : Pontian, JDT.
Sekolah : Sek.Men.Keb. Dato' Penggawa Barat.
Tahun : 1993 hingga 1997
Melanjutkan Pelajaran : Universiti Putra Malaysia
Tahun : 1999 hingga 2003
Okay...jika ada yang sama batch Kakna di SDPM dan UPM..say la haiiiiii...
Bagaimana Timbul Minat Untuk Buka Mobile SPA?
Sebenarnya idea datang semasa Kakna gagal. Kakna pernah berniaga barangan baby sehingga buka sebuah butik di Bangi dahulu. Tetapi pelbagai dugaan dan masalah melanda sehingga Kakna tidak dapat mempertahankan perniagaan tersebut. Jadi Kakna berfikir apakah lagi perniagaan yang aku boleh buat? tiba-tiba terfikir SPA sebab jiran butik Kakna dulu adalah SPA. Tapi aku tak mampu nak buka premis vogue macam dia. Then..why not i just make it from door to door?
Jadi satu persatu idea datang dan yang paling mengujakan bila kulit wajah Kakna kembali pulih. Dan Kakna dapat keyakinan untuk bawa produk ini sebagai Supporter Kakna..ini kisah cerita kemudian. idea datang sehingga Kakna pulang ke Pontian, Johor. Alhamdulillah Allah mudahkan satu persatu urusan penubuhan MSP ini. Syukur Alhamdulillah sekarang MSP sudah punya pelanggan tetap setiap bulan or at least dua bulan sekali pelanggan tetap.
Terima kasih sangat kepada semua pelanggan MSP. Tanpa support dari korang...siapalah kami. Dari Semasa ke Semasa Kakna akan mantapkan lagi perkhidmatan Mobile SPA dan sekarang alhamdulillah MSP sudah mendapat Sijil SKM 3 dalam bidang Uutan Terapi dan ada banyak lagi perancangan peningkatan kemahiran diri untuk penambahbaikan MSP di masa akan datang.
Semoga Allah terus memberkati MSP untuk anda semua. Muahhh 100x!!!!!