Makanan Yang Paling Baik Untuk Bayi
SUSU IBU SAHAJA.
TANPA AIR ATAU SUSU TAMBAHAN.
Masa Yang Paling sesuai Untuk Bayi Menerima Makanan Pelengkap
* Apabila bayi berumur 6bulan (180hari), mereka perlu diberi makanan pelengkap untuk membesar dengan baik.
* Penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan sehingga berumur dua tahun atau lebih.
* Makanan pelengkap bukan sebagai pengganti susu ibu.
Makanan Pelengkap Yang Baik Untuk Bayi
Harus terdiri daripada 5 kumpulan makanan berdasarkan Pyramid Makanan Malaysia.
Cara Memberi Bayi Makan
*Beri makanan selepas kita menyusukannya.
*Beri makanan dalam jumlah yang kecil (1/2 hingga 1/2 sudu teh) supaya mereka dapat menyesuaikan diri.
*Tingkatkan kuantiti makanan mengikut umur bayi.
*Beri anak makan semasa dia lapar dan masa yang cukup untuk dia menikmati makanannya.
*Berinteraksi dengan mereka ketika memberi makanan.
*Latih skill memegang sudu kepada mereka semasa makan. Motor development.
*Elakkan menggunakan botol susu ketika memberi makanan.
Contoh Makanan/Hidangan
6-8Bulan
*Bubur nasi yang ditambah minyak, lobak merah rebus dan lenyek juga isi ikan yang dilecek.
*Bubur nasi yang ditambah marjerin, lecekan bayam dan isi ayam yang dikisar.
*Kentang/Labu putar yang ditambah susu.
*Pilihan sayuran yang boleh diberikan seperti sayuran berdaun dan/atau tomato yang dikisar/lecek.
*Buah-buahan yang lembut seperti pisang,betik,ciku.
9-11Bulan
*Bubur nasi pekat ditambah minyak masak, telur rebus kuning dilenyek dan sayur bayam/tomato dilenyek.
*Bubur nasi pekat diotambah marjerin, tauhu dipotong dadu dan isi ikan dilenyek.
*Bihun dipotong pendek dan lobak merah dipotong dadu, sawi dan ayam dicincang halus-halus,
*Roti direndam dengan susu.
*Kentang putar bersama susu dan ikan bilis dicincang/tumbuk.
1-3Tahun
*Nasi bersama kentang dadu goreng dengan kepingan ayam dan bayam masak tumis.
*Nasi bersama ikan masak masam manis, tauhu dan sup sayur campur.
*Mi goreng bersama kobis, telur dan daging.
*Sandwich.
*Bubur kacang hijau.
*Jagung rebus.
*Buah-buahan
SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA
*Jangan lupa follow insta dan fb page kami tawwwww
*Insta : Mobile Spa Pontian
*FB Page : Mobile Spa Pontian
0173567078
No comments:
Post a Comment