Saturday, October 17, 2020

MAAJUN COLEK YANG SEDAP DAN MUDAH DIAMALKAN

Bercerita tentang maajun mesti korang terfikir maajun zaman dulu-dulu yang pahit kedaung dan susah nak ditelan. Bukan korang je..kakna pun sama hehehe. Memang tak pernah terfikir diri sendiri akan amalkan maajun ni. Dengan pahit dengan bau nya. Teringat zaman berpantang anak sulung, mak bagi makan jamu tu pun ya Allah..rasa nak buang je.tapi kenangkan effort mak dah tolong buatkan siap bawakkan lagi ke bilik khas untuk kesihatan kakna,,maka pulun la juga minum. Tapi sebelah dah sedia air oren sunquick tu hahaha.

Okeh terlari tajuk pulak..ini Kakna nak cerita tentang Maajun Colek. Apebenda pulak la eh.. Maajun ni sangat lain dari yang lain. Makan sedap dan badan pun jadi sedap. Pertama kali nak cuba makan tu memang cuak sesangat lah. Bila buka bekas dia tu, eh takde bau pelik pun...sedap je bau dia. Then, colek la sikit rasa kat lidah (macam budak kecik ek). Hmmmm sedap, bila dah masuk mulut tu (hisap+kunyah)..Wow sedap!!! Macam makan kurma aje.


Kemudian, belek lagi kotak dia untuk pastikan apa bahan-bahan dia. OOOO ini rupanya ;

KURMA, MADU, MINYAK ZAITUN, HALBA

HABBATUSSAUDA, KALANAMAK, ALMANNA

MANJAKANI, BUAH BELIMBING BUKIT, KUNYIT

CEKUR,CINNAMON CEYLON, REMPAH RATUS DAN HERBA TERPILIH.

(100% bahan-bahan asli tanpa sebarang campuran bahan terlarang)

Semua bahan=bahan tersebut sangat baik untuk kesihatan kita, ini adalah persediaan tambahan untuk kesihatan dan bukan ubat ya..jika penyakit berlarutan dan membahayakan sila terus dapatkan rawatan di hospital. 

Apakah khasiat Maajun Colek ni?

1) Membantu melancarkan peredaran darah.

2) Sebagai Ikhtiar Hamil.

3) Atasi Masalah Keputihan.

4) Mengahangatkan badan.

5) Memperbanyakkan susu ibu.

6) Membantu meningkatkan tenaga.

7) Membantu mengecutkan/Menyihatkan peranakan.

8) Melambatkan proses penuaan.


Siapa yang boleh amalkan?

Semua wanita kecuali mereka yang ;

*Mengandung

*Masalah Ketumbuhan

*Fibroid

*Cyst

*Darah Tinggi

*Kencing Manis

Dimana nak dapatkan produk ini?

Okay boleh direct whatsapp kakna di 0173567078

Atau boleh direct ke agent kakna disini.

Nak lihat TESTIMONI? Klik Sini.

Thursday, October 15, 2020

Memulakan Perniagaan Sampingan Dengan Shaklee Semudah ABC

Sudah lama jadi ahli Shaklee, itupun sekadar makan untuk family sendiri. Tiba-tiba rasa macam nak cuba jadikan side income. Hmmm camana cara? Nak mulakan dari mana ya? Perlu ke modal yang besar..simpan stock lagi..kena cari orang lagi ke tak ya? Nama pun MLM (MultiLevelMarketing).

Meh sini kakna nak cerita..buang je was-was tu lempar jauh-jauh prasangaka-prasangka tu semua. Baca bismillahirrahmanirrahim. Baik ada tiga Major Point yang dikenalpasti mungkin dapat membantu anda. 

1) Mindset

2) T1000 

3) Bagaimana gunakan Web Shaklee

1) MINDSET

Baiklah untuk bahagian Mindset itu rasanya perkataan tu sendiri pun sudah buatkan anda boleh agak. Ya mindset kena jaga. Mindset kena yakin selalu. Kita bukan menjual sebarangan produk yang tidak diketahui salah silah nya. Seperti entry semalam kan kakna sudah ceritakan dari mana Shaklee berasal. Dengan segala ujian demi ujian terhadap produk dan bahan mentahnya sendiri.

Kita menjual kebaikan produk. Selalunya agak mudah untuk kita bercerita tentang produk sekiranya kita sudah ada pengalaman menggunakan produk tersebut. Tetapi sekiranya anda betul-betul pure dan tidak pernah mencuba, Kakna cadangkan belilah sebotol Vitalea atau Ostematrix atau Vitamin C. Sekiranya anda anak di bawah bimbingan Kakna, dengan berbesar hati Kakna boleh bagi awak Sample.

Ilmu Nutrisi? Ya penting.tetapi kena ingat kita penjual produk bukan pakar nutrisi.Walaubagaimanapun, jangan patah hati..di Shaklee ada Pakar Nutrisi yang kita boleh hubungi dan korek ilmunya. Nama dia Puan Sarah (Nutritionist Shaklee) 0126581176.

2) T1000

T1000 ini adalah tips paling mudah. Kuncinya adalah #redah je #buat je. Caranya dengan menyenaraikan list number ahli keluarga,sahabat dan kenalan. Kemudian karang 1 perenggan ayat yang memperkenalkan anda adalah seorang Pengedar Sah Shaklee. Agar mereka tahu kewujudan anda adalah seorang pengedar Shaklee. Ini kerana kadangkala/selalunya..orang terdekat dengan kita adalah pengamal produk Shaklee tetapi mereka tidak tahu anda adalah pengedar dan mereka lebih mudah jika orang terdekat adalah pengedar. Perasaan keselesaam tu memainkan peranan.

3) WEB SHAKLEE 2U

https://www.shaklee.com.my/  

Pastikan anda ingat ID dan Password... Silalah jalan-jalan disitu. Biasakan Diri.

And Last But Not Least... 

Jangan tunggu upline ketuk..nak berjaya kena BERSEMANGAT dan DETERMINED.

Wednesday, October 14, 2020

ATAS SEBAB INI SAYA DAN ANDA PERLU PILIH SHAKLEE BUSINESS PLAN UNTUK SIDE INCOME

First of all, topik hari ini adalah tentang perniagaan sampingan. Obviously, mengapa memilih Shaklee adalah sebab Syarikat Shaklee itu sendiri yang diketahui sangat stabil sejak berpuluh tahun yang lalu. Plan perniagaan dia sangat proven. Tidak seperti sesetengah perniagaan MLM ini yang lebih menguntungkan sebelah pihak sahaja atau upline sahaja. Yang biasa kedengaran selalu kan, orang bawah kerja teruk tapi orang atas goyang kaki dan dapat income.Di Shaklee adalah TIDAK. Seriusly TIDAK. Di Shaklee anda rajin anda Success.

Kemudian, Plan Perniagaan Shaklee yang menawarkan 3C's. Apa tu? 3C's ini adalah ;

CASH (13 Jenis Bonus)
CONVENTION (Melancong)
CAR (Kereta/Money)

Yang ini Akan diterangkan dalam entry akan datang. Link akan diberi disini.

Seterusnya di manakah perniagaan Shaklee ini bermula? ya dari Dr.Forest C.Shaklee. Dr.Shaklee dulu dia mengalami sakit dan pengambilan ubat hospital tidak berapa membantu kesihatan beliau. Sudahnya, beliau buat keputusan untuk tinggal di pinggir bandar dan jalani kehidupan dengan terapi alam semulajadi. Alhamdulillah beliau kembali sihat dan terhasillah multivitamin pertama iaiti Vitalize Mineral. Kemudian timbullah BasicH, Energising Soy Protein dan lain-lain. Ini sebelum Shaklee diambil alih oleh Roger Barnet.




Siapa Roger Barnet? A Millionaire lah kan kalo tak camana Shaklee dia boleh take over. Alkisahnya anak Roger Barnet ni mengalami Asthma yang kritikal la juga..Isteri Roger Barnet ni dah buat macam-macam especially dari segi pemakanan, tetapi tidak berkesan ke atas kesihatan anak sulong beliau. Jadi satu hari Isteri Roger Barnet ni menukar pencuci di rumah dia kepada Basic H. Untuk mop lantai, cuci peralatan dan macam-macam. Fortunately its work!! Dan dari situlah bermulanya.




Perbezaan Syarikat Shaklee dengan syarikat lain yang menjalankan perniagaan yang sama adalah;

1) SELAMAT ~ Lebih 10000 Ujian dilakukan ke atas produk mereka dilakukan setiap tahun. Innovasi 100 tahun. Vitalea telah dicipta 100tahun dahulu.

2) TERBUKTI ~ Lebih dari 100 ujian kajian klinikal dilakukan. Ada landmark study. Lebih 100 kertas saintifik dan 90 darinya diterbitkan dalam Jurnal Scientific yang "peer reviewed". Purata pengguna yang menggunakan produk adalah 17.6 tahun. Mempunyai 75 Penyelidik sepenuh masa. 262 ujian dibuat untuk setiap produk dan 176 ujian dibuat untuk bahan mentah.

3) BERKESAN ~ Lebih 100 pingat Emas, Perak dan Gangsa diperolehi. Ini berdasarkan pencapaian atlit-atlit yang mengkonsumsi Produk Shaklee. Pada tahun 1993 Shaklee telah merumuskan dan membekalkan AstroAde untuk Angkasawan NASA.

4) Produk sangat harmoni dengan alam semulajadi.

MISSION SHAKLEE ADALAH...

"MEMBANTU ORANG DISELURUH DUNIA MENJALANI KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT DAN LEBIH BAIK, DAN KAMI MAHU ANDA MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADANYA"


Saturday, October 10, 2020

Balm Semambu Bonda Bantu Nafas Lebih Tenang

Virus, tempat pertama yang dia serang adalah bahagian saluran pernafasan, tekak akan jadi sakit, mukus jadi likat kental, nafas jadi tersekat!! 
.
Terciptanya balm Semambu Bonda pada bulan 3 bilamana PKPB pertama dijalankan. Waktu itu carta jangkitan & kematian kalau di tengok menyeramkan.
.
Kenapa balm Semambu Bonda ni dicipta?
Salah satu tujuan utamanya untuk membantu melapangkan pernafasan, mencairkan kahak, menguatkan antibodi badan dengan bahan alami.
Herba utama dalamnya adalah habbatussauda asli yang diambil pati Minyaknya. Habbatussauda salah satu penawar yang tercatit dalam Al - Quran dan diamalkan sejak zaman Rasulullah lagi. Dan bila para Pengkaji mengkaji, mereka menjumpai pelbagai keajaiban khasiat dalamnya dan salah satunya adalah menguatkan sistem kekebalan tubuh badan. Badan seseorang mudah diserang virus jika imunnya rendah.
.
Tak habis kat situ, Balm Semambu Bonda ini di gabungkan dengan 5 lagi herba asli yang fokusnya untuk membantu melapangkan pernafasan. Disebabkan niat yang membara untuk membantu semua orang jadikan balm Semambu Bonda ni kemestian, ia juga dibuat dalam bentuk pek percubaan dengan niat biarlah semua rumah ada balm Semambu Bonda ni walau satu bekas pun. 
.
Bagi suami bawa pergi kerja, bagi anak-anak bawa pergi sekolah, hantarkan pada ibu ayah di kampung. Siap sediakan selalu dalam koceknya.Tak mahal, hanya serendah SATU RINGIT!! Lagi mahal harga kalau nak rawat bila dah sakit..memcegah lebih baik bukan. 
.
Untuk tester ini sebekas rm1, Beli 10bekas dapat Percuma 1.. Beli 100 bekas dapat Percuma 20..
.
Harga yang Pek Biasa adalah rm25 sahaja. Didalam balm ini selain habbatussauda, disinergikan juga dengan Lemon, Daun Semambu, Cengkih dan juga herba lainnya. Paling best adalah Based Balm ini adalah dari Minyak Zaitun. Tidak semua balm dipasaran based nya adalah mingak zaitun. 
Kegunaan bukan sekadar untuk melapangkan pernafasan tetapi juga untuk gigitan seranggga, hindarkan nyamuk, jerawat yang baru nak tumbuh, kembung perut pun boleh. Ia juga merupakan antibakteria, antiseptik, membantu memcairkan kahak dan mukus, antiinflamasi, melindungi kulit dari kering dan rosak, bole juga disapu pada tempat yang bisul. Multipurpose Balm la senang cite. 
Nak rasa perubahan lepas pakai balm?
Jom order sekarang. Tester serendah rm1/bekas dan normal size rm25/bekas sahaja. 
#warisanwakkayah
#balmsemambuseringgit
#backtoherbs

Tuesday, July 28, 2020

JAMU WANITA WARISAN WAK KAYAH

• *JAMU WANITA WARISAN WAK KAYAH*

• ♥Terdiri daripada akar kayu dan rempah ratus terpilih yang telah digunakan sejak berzaman untuk membantu pelbagai masalah dalaman wanita.
• ♥Sangat2 berbeza kandungan ramuannya kerana tidak mengkhususkan untuk membaik pulih rahim wanita sahaja,tetapi ia lebih memfokuskan kesihatan dari akar rambut hingga hujung kaki agar segalanya menjadi seimbang.
• ♥Sangat2 istimewa kerana bukan hanya wanita yang sudah berkahwin sahaja boleh mengamalkan,tetapi ia juga boleh diamalkan daripada remaja sehinggalah wanita yang sudah monopous.
• ♥Kualiti yang semestinya terjamin kerana 100% pembuatan secara tradisional bermula daripada membasuh,menjemur dengan menggunakan cahaya matahari,menumbuk, mesin serta mempackaging & melabelkannya.
• ♥Stok yang sangat2 terhad kerana kami tidak akan membuat dalam kuantiti yang banyak kerana demi memastikan mutu dan khasiat tetap sama seperti yang telah dipelajari daripada ibu & nenek kami.

• *KHASIAT*
• 👉Sangat2 baik untuk membantu 1001 masalah kesihatan dalaman wanita.
• 👉Membantu mengawal selera pemakanan.
• 👉Membantu membuang masalah angin dalam badan.
• 👉Mengelakkan badan daripada bau yang tidak menyenangkan.
• 👉Merawat masalah sakit2 sendi,lenguh2 badan dan sakit urat.
• 👉Membantu melancarkan semula peredaran darah.
• 👉Meningkatkan kesuburan wanita.
• 👉Membantu mengembalikan semula tenaga wanita bekerja & selepas melahirkan.
• 👉Merawat luka2 dalaman ketika dalam berpantang.
• 👉Membantu merawat masalah keputihan yang kronik.
•  👉Membantu merapatkan & menguatkan semula otot rahim.
• 👉Membantu meningkatkan nafsu syahwat & keintiman.
• 👉Merawat masalah senggugut.
• 👉Membantu ikhtiar hamil..
• 👉Membantu memperbaiki kitaran haid yang tidak teratur.
• 👉Awet muda dengan amalan berterusan.

• *BAHAN HERBA YANG DIGUNAKAN*
• 🌹Genggam Fatimah,manjakani,lempoyang, kulit kayu manis,bunga lawang, habbatussauda,lada pintal,halia,kunyit,Cekur dll.

60pcs kapsul :Rm40.00

Sunday, June 21, 2020

Pakej Berpantang di Beauty Bonda Spa Bermula July 2020

Alhamdulillah syukur siap juga pakej ini. Lama dah asik fikir tapi kerja tak jalan jadi tertangguh-tangguh.
Okay Kakna nak explain sikit tentang Pakej 3 Hari ya. Dalam pakej itu total untuk 3hari adalah rm270. Dalam Rm270 itu anda akan dapat.. 
Urutan 3 kali. 
Bertungku 1badan (Perut, Kaki, Pinggul, Belakang Badan) 
Pemakaian Param Pilis Tapal Bengkung 3 kali.
Dan akan dapat juga Satu Set Param Tapal Pilis.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk yang Pakej 7hari pun sama je..
Urutan 6x.
Bertungku, Berparam, Berpilis, Berbengkung 7x.
Termasuk 1 set Param Tapal Pilis.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk Pakej Penutup Pantang pula. Ada pilihan. Yang Basic tu memang wajib ambil. Basic tu Urutan dan Sengkak. Kemudia yang lain-lain atas pilihan sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi untuk booking awak boleh whatsapp kakna di www.wassap.my/0173567078. Beri salam dan beritahu tarikh edd dan berpantang di mana.
Satu lagi kakna nak bagitahu juga, sekiranya bersalin normal.. Urutan akan dilakukan pada hari ketiga. Dan urutan semasa awal bersalin adalah urutan pujuk urat ya bukan cari urat. Ketika awal ini badan ibu masih dalam keadaan trauma jadi ini salah satu cara untuk elakkan jadinya bentan.
Untuk yang bersalin secara pembedahan pula, hari ketujuh baru boleh mula urut. Itupun jika ibu dah boleh mengiring atau dah kurang rasa sakit di bahagian abdomen. Boleh ditungku tak? Boleh.. Ada cara dia.. Janganla tungku di bahagian perut ya.
Okay.. Harap jelas ya sebab ada ibu yang bersalin pagi minta diurut petang. Mungkin ada ibu yang boleh dan ada yang tidak. Sayangi diri anda. Badan nak pakai lama untuk suami dan anak-anak. Jadi yang baik itu diambil ya 😁. 

Monday, June 1, 2020

Set Tungku Baby. Kelebihan Dan Cara Guna.

Manfaat Tungku Bayi / Tuam Bayi

Ada manfaatnya tungku bayi harus dilakukan. Paling penting, bayi akan selesa dan mudah tidur pada malam hari. Mereka tidak akan meragam kerana perut tidak masuk angin dengan mudah dan tiada masalah kesihatan sepanjang berada di rumah.

Manfaat Hebat Bertungku Bayi:-
⛔Mengelakkan bayi daripada terkena angin pasang
⛔Mengatasi masalah angin badan yang berlebihan
⛔Mengatasi masalah kembung perut bayi
⛔Mengatasi masalah bengkak dan lebam pada tubuh badan bayi akibat terhantuk atau terjatuh
⛔Membuatkan bayi lebih selesa dan mudah tidur lena
⛔Melegakan batuk atau selsema bayi
⛔Melindungi pusat bayi daripada tersembul keluar
⛔Mengelakkan bayi daripada kesejukan yang teramat
Patutlah ibu bapa sangat menitikberatkan perihal tungku ini. Sekurang-kurangnya bayi anda dibesarkan secara normal dan mendapat penjagaan yang setimpalnya.

CARA TUAM BAYI 
*Sebelum tuamkan pada bayi/anak, pastikan lapik dengan kain (atau alas dengan baju) supaya tak terlalu panas.

*Pastikan tungku dah suam (cuba rasa kepanasannya pada bahagian atas tangan sendiri dahulu) sebelum tungku secara terus atas kulit anak.

*Petua untuk elakkan masalah angin pasang bagi bayi lelaki, setiap kali lepas mandi tuam bahagian alat kelamin anak untuk elakkan bahagian tersebut sejuk (pastikan tungku suam/berlapik kain). Tekapkan sekejap tungku bayi di bahagian ari-ari dan sekitar kawasan alat kelamin (dari bahagian bawah kemaluan dan tolak menghala ke atas dengan perlahan). Buat selama 2-3 minit. Kemudian tuamkan perut dan tapak kaki selama 3-5 minit.

*Bagi masalah anak kecil yang cirit-birit tanpa henti, boleh juga tuam bahagian perut dan bahagian punggung untuk hangatkan badan anak. Diikuti kawasan peha dan tapak kaki.