Monday, June 1, 2020

Set Tungku Baby. Kelebihan Dan Cara Guna.

Manfaat Tungku Bayi / Tuam Bayi

Ada manfaatnya tungku bayi harus dilakukan. Paling penting, bayi akan selesa dan mudah tidur pada malam hari. Mereka tidak akan meragam kerana perut tidak masuk angin dengan mudah dan tiada masalah kesihatan sepanjang berada di rumah.

Manfaat Hebat Bertungku Bayi:-
⛔Mengelakkan bayi daripada terkena angin pasang
⛔Mengatasi masalah angin badan yang berlebihan
⛔Mengatasi masalah kembung perut bayi
⛔Mengatasi masalah bengkak dan lebam pada tubuh badan bayi akibat terhantuk atau terjatuh
⛔Membuatkan bayi lebih selesa dan mudah tidur lena
⛔Melegakan batuk atau selsema bayi
⛔Melindungi pusat bayi daripada tersembul keluar
⛔Mengelakkan bayi daripada kesejukan yang teramat
Patutlah ibu bapa sangat menitikberatkan perihal tungku ini. Sekurang-kurangnya bayi anda dibesarkan secara normal dan mendapat penjagaan yang setimpalnya.

CARA TUAM BAYI 
*Sebelum tuamkan pada bayi/anak, pastikan lapik dengan kain (atau alas dengan baju) supaya tak terlalu panas.

*Pastikan tungku dah suam (cuba rasa kepanasannya pada bahagian atas tangan sendiri dahulu) sebelum tungku secara terus atas kulit anak.

*Petua untuk elakkan masalah angin pasang bagi bayi lelaki, setiap kali lepas mandi tuam bahagian alat kelamin anak untuk elakkan bahagian tersebut sejuk (pastikan tungku suam/berlapik kain). Tekapkan sekejap tungku bayi di bahagian ari-ari dan sekitar kawasan alat kelamin (dari bahagian bawah kemaluan dan tolak menghala ke atas dengan perlahan). Buat selama 2-3 minit. Kemudian tuamkan perut dan tapak kaki selama 3-5 minit.

*Bagi masalah anak kecil yang cirit-birit tanpa henti, boleh juga tuam bahagian perut dan bahagian punggung untuk hangatkan badan anak. Diikuti kawasan peha dan tapak kaki.

No comments:

Post a Comment