Sunday, June 21, 2020

Pakej Berpantang di Beauty Bonda Spa Bermula July 2020

Alhamdulillah syukur siap juga pakej ini. Lama dah asik fikir tapi kerja tak jalan jadi tertangguh-tangguh.
Okay Kakna nak explain sikit tentang Pakej 3 Hari ya. Dalam pakej itu total untuk 3hari adalah rm270. Dalam Rm270 itu anda akan dapat.. 
Urutan 3 kali. 
Bertungku 1badan (Perut, Kaki, Pinggul, Belakang Badan) 
Pemakaian Param Pilis Tapal Bengkung 3 kali.
Dan akan dapat juga Satu Set Param Tapal Pilis.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk yang Pakej 7hari pun sama je..
Urutan 6x.
Bertungku, Berparam, Berpilis, Berbengkung 7x.
Termasuk 1 set Param Tapal Pilis.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk Pakej Penutup Pantang pula. Ada pilihan. Yang Basic tu memang wajib ambil. Basic tu Urutan dan Sengkak. Kemudia yang lain-lain atas pilihan sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi untuk booking awak boleh whatsapp kakna di www.wassap.my/0173567078. Beri salam dan beritahu tarikh edd dan berpantang di mana.
Satu lagi kakna nak bagitahu juga, sekiranya bersalin normal.. Urutan akan dilakukan pada hari ketiga. Dan urutan semasa awal bersalin adalah urutan pujuk urat ya bukan cari urat. Ketika awal ini badan ibu masih dalam keadaan trauma jadi ini salah satu cara untuk elakkan jadinya bentan.
Untuk yang bersalin secara pembedahan pula, hari ketujuh baru boleh mula urut. Itupun jika ibu dah boleh mengiring atau dah kurang rasa sakit di bahagian abdomen. Boleh ditungku tak? Boleh.. Ada cara dia.. Janganla tungku di bahagian perut ya.
Okay.. Harap jelas ya sebab ada ibu yang bersalin pagi minta diurut petang. Mungkin ada ibu yang boleh dan ada yang tidak. Sayangi diri anda. Badan nak pakai lama untuk suami dan anak-anak. Jadi yang baik itu diambil ya 😁. 

No comments:

Post a Comment