Saturday, May 9, 2020

ILMU ASAS BERKAITAN HERBA DARI FOUNDER WARISAN WAK KAYAH

*BELAJAR ILMU ASAS HERBA*

1. Kekuatan sesuatu herba terletak kepada kedudukan bumi dimana ianya tumbuh. Biasanya herba yang tumbuh di kawasan yang tinggi lebih kuat kesannya (khasiatnya) dalam perawatan. 

2. Kita boleh nampak pada pandangan kasar atau melalui pandangan dari sudut halus herba tersebut berbentuk seperti apa kerana ubatnya adalah untuk organ yang menyerupainya.

3. Lihat pula warna herbanya kerana warna juga menunjukkan tujuan perubatan tumbuhan tersebut.

4. Lihat pula kesakitan seseorang di mana tempatnya kerana herba ubatan untuk penyakit tersebut juga ada ditempat itu.

5. Herba itu membawa kita tadabbur pada penciptaan Allah yang maha besar. Allah datangkan penyakit  Allah juga yang mendatangkan ubatnya.

KENAPA TUBUH BADAN KITA PERLUKAN HERBA DALAM SEHARIAN? 

1-Self healing
Bertindak untuk merawat tubuh.

2-Self protection
Bertindak untuk melindungi tubuh dari sebarang Jangkitan.

3-Self cleansing
Bertindak untuk membersihkan tubuh melalui kaedah detox yg berasal dari dalaman @ luaran.

Ketiga Proses Ni berjalan serentak & sekiranya salah satu daripada fungsi diatas gagal  berfungsi maka penyakitpun Akan bermula.

Oleh sebab tu,tubuh perlukan satu kekuatan yg dipanggil 'TENAGA' bagi menggerakkan semua fungsi tersebut.
 
Tenaga tu berasal daripada perpindahan tenaga suria yg disimpan didalam tumbuh-tumbuhan hijau .Dengan sebab itulah maka badan kita perlukan Herba dalam kehidupan seharian..

Dan sebab itulah wwk pertahankan produk berasaskan herba kerana banyak lagi Rahsia disebalik Herba yang Allah titipkan pada kita manusia. Gunakan sebaiknya. 

Anis Zarin
- Warisan Wak Kayah -
- Back to Herbs -

No comments:

Post a Comment