Wednesday, May 6, 2020

Cara Mudah Rawat Tekanan, Keletihan Dan Sakit Kepala

Cara Buat Terapi Mandi Ais Guna 4 Bahan Untuk Rawat Stres, Elak Sakit Kepala & Penat Badan!

Hanya guna bahan dapur jerr simple!

✔️Air 1 baldi
✔️Garam Kasar (seeloknya garam bukit @ GARAM ROSSY HIMALAYA by WWK)
✔️Ais
✔️Asam limau nipis/purut
✔️Minyak Aromaterapi (jika ada )

Caranya:
1. Sediakan 1 baldi air paip (kalau tambah air kolah masjid lagi bagus)
2. Masukkan garam, ais ketul, perahan asam limau dan kacau biar ia sebati.
3. Baca Al Fatihah 7x
– Bismillah5 7x (boleh cari kat google)
– Al Ikhlas 7x
– Selawat 3x
4. Angkat baldi letak dalam bilik air, boleh mula siram dari kaki perlahan lahan naik ke atas sampai kepala dan lebih kan di belakang tengkuk. Kalau nak berendam pun boleh.
5. Dah siap kalau boleh jangan lap air tu. Biar ia kering sendiri kat badan ok.
Selalu Mek Ten buat mandi dan bersabun dulu macam biasa. Dah siap baru lah mandi ais ni.
Jom cuba dan rasainya sendiri di rumah! In shaa Allah pasti lebih segar dan bertenaga lepas ni 😊

P/s: Kalau buat sekali tak jadi, buat la lagi 3, 5 atau 7 hari secara berturut turut.

Antara kebaikannya:
✔️Boleh kuruskan badan
✔️Menaikkan seri wajah
✔️Rawatan kecantikan kulit paling berkesan
✔️Menghasilkan aura positif
✔️Kuatkan imunisasi & antibodi badan
✔️Kuatkan tulang
✔️Menghilangkan bisa & angin dalam badan
✔️In Shaa Allah dapat jauhkan dari benda halus
✔️Menenangkan jiwa
✔️Merawat penyakit jiwa (stres/kesedihan/ketakutan/panas baran)

Kredit: MASKULIN
=========================
Haaa atas tadi tu info dari MASKULIN tentang mandi ais ni dan ramai je di antara kita ni yanb amalkan kan. Kakna nak tambah sikitla pengalaman mandi ais ni kan. 

Mandi ais ni sekaligus bantu untuk kuatkan tulang... Sebulan sekali amalkan mandi ais,tapi sebaiknya minta tlg org lain mandikan sebaiknya suami/isteri lah kan. Tapi kalo tak boleh pun tak mengapa.andi je la sendiri kan. 

Stepnya siram dari hujung jari kaki sexara perlahan-lahan bawak sampailah ke pinggang, time tu mesti tengah menggigil habis.. Perlahan-lahan siram lagi sampailah ke kepala, bila nak sampai kepala rasa segala beban ada kat kepala, sakit sangat2, kemudian siram kepala siram sampai habis aisnya. 

Dah selesai, 
duduk dulu 10 minit, barulah bangun. Time tu rasa badan Masyaa Allah tak tahu nak cerita. Tidur nyaman!!  Esok bangun rasa best!! Rasa tenang!! Rasa ringan sangat-sangat badan.

SELAMAT MENCUBA... Oh ya kalau nak ada boleh lah tambahkan dengan sedikit bacaan dan niat yang baik. 

No comments:

Post a Comment