Saturday, April 11, 2020

Resepi Mudah Puding Roti

Perbaiki skill masak adalah salah satu kebaikan yang boleh dibuat sepanjang musim PKP. Sebab ape? Sebab Kakna ni sejenis yang tak pandai masak kuih muih ni. Setakat lauk kampung biasa tu bolehla sikit-sikit hahaha ❤️
Jadi hari ini nak share lah sikit ilmu baru yang Kakna dapat. PUDING ROTI MUDAH. Dan inilah bahan-bahan nya..
Susu Segar 2cawan*
Telur 2biji*
Roti 8keping
Esen Vanilla 1sudu kecik*
ChocRice
Gula 2sudu besar*
~Barang yang bertanda * digaul bersama hingga sebati. 
~Sapu roti dengan marjerin kemudian koyakkan ikut suka.. Nak potong 4segi bagi cantik pon bole..ikut kreativiti sendiri ya. 
~Sapu loyang dengan marjerin. 
~Susun roti 1lapisan dan tuangkan adunan bahan bertanda * itu tadi. 
~Taburkan choco rice. 
~Ulang sampai settle. 
~Masukkan dlm oven kepanasan 180 selama 40min.

Untuk Kuah dia... 
~Baki susu tadi tuangkan dalam periuk dan letak atas dapur api sederhana. 
~Campurkan 2 sudu tepung kastard. 
~Capurkan 1 sudu kecik esen vanilla. 
~Kacau hingga sebati dan sedikit pekat and tutup api.
.

SELAMAT MENCUBA ❤️


No comments:

Post a Comment