Wednesday, April 8, 2020

KEMBUNG PERUT BABY LEGA DENGAN 3 CARA INI

Baby menangis atau merengek, merisaukan kan? Ibu dan ayah pun tidak boleh tidur. Apakah cara yang kita boleh cuba ikhtiar kan? Di sini Kakna nak share 3cara.

.
URUTAN MANJA
Urutan I Love U tu anda boleh search di utube kan.. Tapi xpe Kakna share la link kat sini. Selain urutan itu, boleh cuba urutan ini. Klik link ni ya.
DAUN KETUM @ DAUN SIREH
Ambil beberapa helai ikut. Sapu minyak telon di perut baby. Kemudian layurkan daun tadi atas api lilin.. Rasakan dulu ditangan anda.. Agak rasa suam2 baru tekap di sekitar perut baby menggunakan dua jari (telunjuk dan tengah). Maknanya hujung daun itu akan terselit di jari anda. 
TUNGKU HERBA BABY
Sediakan sebiji dua untuk masa-masa begini. Sebenarnya elok setiap kali lepas mandi.. Tungkukan baby di bahagian belakang, tapak kaki, perut dan betis. Sebelum tu sapu dulu minyak telon di bahagian tersebut. Bagaimana nak panaskan tungku baby ni? Mudah sahaja.. Boleh guna sterika atau pemanas macam tempat lilin. Nanti kakna share gambar.
Selamat mencuba.. Sebelum memulakan tu bacalah dulu surah ALFATIHAH 7X DAN SELAWAT NABI 11X... Niatkan untuk kesembuhan anak. 
❤️💐❤️
.
Kakna lebih suka anda gunakan tungku baby, tetapi sekiranya tiada tungku baby di rumah, boleh juga gunakan barang-barang ini : Halba, KayuManis, Cengkih, Garam dan Buah Pelaga. Untuk Cengkih dan Kayu Manis tu hancurkan halus dulu ya. Kemudian masukkan dalam sapu tangan baby tu dan ikat atau pinjutkan macam bunjut sup tu. haaaaa kan dah boleh guna. Selamat mencuba.
Ada lagi satu, iaitu Balm Organic Baby by Warisan Wak Kayah. Dalam dia ada Daun Semambu, Cengkih, Lemon, Pudina dan Habbatussauda. 

Nak oder Tungku Baby Atau Balm Organic Baby ni boleh direct whatsapp ya. 

2 comments:

  1. Info yang sangat berguna.urutan i love u memang best..anak2 masa baby suka bila buat urutan tu..hehe

    ReplyDelete