Friday, April 10, 2020

KAITAN HERBA DAN STRESS HINGGA KEMURUNGAN

Alhamdulillah hari ini Kakna nak share tentang apa yang Kakna belajar hari ini. Iaitu kaitan Stress/Kemurungan dan Herba. Ok sebelum itu nak share satu petua dengan herba juga.. Alami dari Allah swt.
"Sakit mata, bangun pagi lekat tahi mata, mata merah, rasa bahang/panas. Ape cara nak buat? Boleh cuba amalkan makan minyak zaitun (perahan pertama lagi baik) amalkan 2sudu pagi dan petang. Jangan lupa bismillah selawat doa tawakkal. Makan juga makanan yg sejuk seperti labu, mentimun, sayur labu air.. Kerana sakit mata tu salah satu sign of dalam badan kita mungkin panas dari normal"
Okay sambung kaitan stress/kemurungan dengan herba. Kemurungan ni tidak boleh bawak diambil ringan, tambah lagi yang iman senipis kulit bawang, tu yang jadinya kes bunuh diri, kes tekanan perasaan yang boleh menyebabkan seseorang jadi hilang kewarasan atau dipanggil gila.
Macam sekarang ni, dari 18 March 2020 hingga 28 April 2020 ni dengan tidak boleh keluar rumah, tidak boleh jumpa keluarga, mesti pelbagai perasaan emosi keluar. Ada yang pening fikir bagaimana nak cari duit, fikir macamana nak pergi bercuti, fikir macamana lah perniagaan selepas ini, fikir macam-macam non stop. Sebenarnya dalam keadaan sekarang semua sama, tapi yang membezakan sama ada kita terima atau tidak ujian ini.. Redho kah kita? Bersyukurkah kita? 
Bila badan stress, banyak hormon yang tidak sepatutnya keluar akan keluar. Jadi sebagai alternatif kita boleh cuba kembali lah pada Herba.. Allah ciptakan Herba bersifat halus, sifatnya tenang, sesuai dengan tubuh badan kita. 
Ubat anti stress kalau nak tahu, ada terletaknya dalam buah kurma dan madu.
Sebab itu wanita hamil digalakkan makan kurma. Dalam kurma ada sejenis bahan sebatian yang Allah cipta semulajadi untuk naikkan hormon gembira. Kurma jugak bagus untuk tingkatkan hb yang rendah...
Kebiasaan orang yang kemurungan ni hbnya rendah. Ambil Herba yang boleh baikkan fikiran iaitu madu dan kurma. Kan kalau nak masuk Ramadhan je keluar segala macam jenis kurma. Sebenarnya waktu puasa bila kita ambil kurma, selain bagi tenaga segera, bantu juga untuk buat kita gembira. Sebelum bersalin atau sebelum masuk bilik bersalin tu makanlah kurma dan Selawat, in shaa Allah awak kuat nak teran baby. 
Dalam kurma dan madu adanya vitamin C. Selain itu jika mahu tambahan Vitamin C atau mahu yang semulajadi dan tidak  merengsakan perut dan sesuai untuk yanh Gastrik boleh cuba Vitamin C dari Shaklee. Ia bukan Vitamin C sintetik. Ia diekstrak dari starch jagung. 
Badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin c sendiri jadi kita yang kena ambil/cari sendiri vitamin c untuk makan. Jadi dalam Kurma dan Madu ia ada Vitamin C Original. Jadi lepas ni, jangan tinggalkan herba, makanan sunnah kalo boleh tiap rumah kena ada,
❤️Minyak zaitun
❤️Habbatussauda
❤️Madu
❤️Kurma

Dalam rumah kakna memang semua ni ada walaupun Kakna amalkan supplement Kakna tetap amalkan juga 4 tu. Serbuk cinnamon pon ada.. Kadang-kadang bancuh teh tu campur sikit cinnamon ni. Bagus untuk yang ada diabetes. Tapi cara pengambilan mesti sesuai. 
4 herba ni dah tertulis dalam AlQuran jadi yakinlah pada perancangan Allah ❤️

4 comments:

  1. wahhh bagus ni, tradisional style masih berbisa kak sampai ke hari ni.

    tq kak share!

    ReplyDelete
  2. stress tak boleh biar berlarutan, boleh undang penyakit lain pula. bagus tips ni, tq sharing.. :)

    ReplyDelete