Saturday, April 4, 2020

BERPANTANG SENDIRI DENGAN LAKUKAN AKTIVITI WAJIB INI

Allahuakbar..perkara ke hadapan tiada siapa tahu. Sebaik-baik perancangan, perancangan Allah yang terbaik dan lebih baik. Bersalin dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang mencabar. Mak Bidan/Tukang Urut tidak dapat hadir untuk mengurut dan menjaga ibu dalam pantang. Bingung tidak tahu apa perlu dilakukan? Lebih-lebih lagi jika ini berpantang kali pertama.
Jangan panik ya adik-adik.. Meh Kakna share kan beberapa perkara yang wajib adik-adik buat. Para suami harap sangat dapat membantu ya kerana aktiviti ini ada yang memerlukan bantuan dari anda.
.

keperluan berpantang
Contoh antara barang yang perlu ada. Jika mahu dapatkan boleh hubungi Kakna.

.
Sebelum itu, pastikan peralatan dan keperluan ibu dan baby semua ada.
*Batu Tungku
*Tapal
*Bengkung
*Pilis
*Param
*Jamu
*Minyak Panas
*Stoking
*Baju Lengan Panjang/Sweater
.
Untuk baby pula.
*Minyak Telon
*Barut
*Kain Bedung
*Pakaian baby tu mesti ada dah kan
.
CARA MUDAH UNTUK BUAT AKTIVITI WAJIB 
=======================================

BERTUNGKU
Okay.. Perkara pertama sekali yang perlu di buat selepas ibu siap mandi adalah Bertungku. Bertungku perlukan Batu Sungai atau Batu Larva Gunung Berapi. Umtuk bertungku ni memerlukan Towel Muka yang tidak nipis ya, Periuk kecil yang tidak berat, Daun Herba macam daun sireh, daun kaduk, daun ketum atau ape sahaja yang ada..jika tiada pun tak mengapa atau boleh juga guna halba.
.
Caranya : Walaupun mudah tapi berhati-hati ya. Bentangkan face towel, letak daun herba atau halba. Panaskan batu tungku atas api sederhana dalam 3-5min. Lepas 5min, tutup api dan biarkan seketika dalam 5min. Kemudian ambil dan masukkan dalam periuk. Dan letakkan di atas towel tadi. Tutup batu dgn towel dan ikat.
.
Rasa dulu di tangan if panas sangat atau nampak berasap masukkan semula dalam periuk. If okay, sebelum tungku..isteri baring menelentang dan pastikan lapik perut ya..elakkan bertungku di area pusat. selepas tungku di perut, isteri meniarap dan tungkukan dari tapak kaki kiri naik hingga bahu dan turun dari bahu kanan ke kaki kanan.

BERPARAM
Kemudian selesai bertungku, lumur lah param diseluruh badan. Ratakan dari bahagian leher turun ke kaki. Biarkan dia kering.

BERTAPAL, BERBENGKUNG Dan BERPILIS
Selepas berparam, pakai tapal di bahagian berikut :
*Perut
*Celah Peha (Peha bahagian dalam)
*Pinggul
*Sekeliling Keting
*Betis
.
Selepas itu, boleh dah pakai bengkung dan Pilis di dahi. Jangan lupa ikat rambut tinggi ya.

UNTUK BABY PULA
=================
Sebelum mandikan baby, sediakan item berikut mengikut turutan yang Kakna beri ni ya.
1-Kain Bedung
2-Baju
3-Barut
4-Pampers
.
Sediakan di tepi, Minyak Telon dan Peralatan cuci pusat. Lepas mandikan baby dan dah siap lap..letak baby di atas baju dan pampers yang telah disusun tadi.
Sapukan Minyak Telon di bahagian Perut, Tapak Kaki, Belakang dan Betis. Kemudian buatlah urutan ILOVEU.
.
Dah Siaapppp....

No comments:

Post a Comment