Monday, April 6, 2020

BERPANTANG DENGAN BETUL BANTU IBU KEMBALI CANTEK DAN SIHAT

Bersalin di mata Kakna adalah satu proses yang sangat besar. Disitu bermula segalanya berubah. Dari dalam badan hinggalah kepada rutin harian seorang wanita. Oleh kerana itu, penjagaan diri dalam pantang mesti dibuat dengan bersungguh dan yakin. Dapatkan Pakej Pantang yang complete dari juruterapi/bidan/tukang urut yang bertauliah.
Selain itu, amalan diet harian selama 1minggu pertama, 2minggu pertama dam seterusnya mestilah betul. Sebagai contoh pengambilan air masak mestilah tepat kuantiti dan berjadual. Yang ini nanti Kakna kupas di lain entry. 
Okay Kakna nak start cerita dulu tentang kenapa pentingnya pengambilan Supplement dalam membantu ibu-ibu beraura kembali. Tidak kisah jenama apa yang anda mahu beli tetapi Kakna sangat sarankan yang ini kerana Kakna sendiri sudah amalkan sejak menyusukan anak no. 3 hingga hamil anak no. 4 dan sambung ke proses menyusukan anak2 ni. Kakna suka share benda yg Kakna amalkan dan hasilnya bagus. Jika hasil kurang memuaskan memang Kakna tak berani nak share.


Badan memerlukan nutrisi yang cukup dan lengkap untuk proses penyembuhan dan pemulihan. Dalam situasi ibu bersalin ini proses penyembuhan luka luar dan dalam sangat penting. Antara nutrisi yang diperlukan adalah VITAMIN C, VITAMIN K, VITAMIN A, ZINC DAN TEMBAGA. 
TEMBAGA
Membantu enzim lysy oxidose untuk mengeluarkam kolagen dan elastin. Sumber antaranya dari tomato, kentang, sawi. 
VITAMIN A
Mengendalikan pengeluaran kolagen dan membezakan fibroblast serta bakteria yang ada bagi menjamin keberkesanan proses penyembuhan tanpa berlaku jangkitan. Sayuran berdaun hijau, orange dan produk tenusu. 
VITAMIN K
Sangat diperlukan pada peringkat pertama proses penyembuhan. Bantuan Kalsium akan menghasilkam agen pembekuan darah. 
==============================
MENGAPA PERLU SUPPLEMENT BERIKUT DALAM DIET HARIAN IBU DALAM PANTANG? 
VITALEA adalah Multivitamin, ia mengandungi 28 Nutrisi penting. Antaranya Kalsium, Fosforus, Vitamin C dan D, dan B12. Diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Juga mengandungi Zat Besi yang sangat penting dlm pembentukan sel darah merah. 

ZINK adalah elemen penting untuk sembuh dan pulih dari luka selain elemen Vitamin C dan Protein. Zinc juga adalah mineral asas yang diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan pelbagai fungsi metabolisma badan. Proses penyembuhan luka memerlukan.. 
PROTEIN + VITAMIN C + ZINC = PROSES PENYEMBUHAN BERLAKU LEBIH CEPAT. 

VITAMIN C selain meningkatkan sistem imun badan, ia merangsang pembentukan kolagen yang merupakan sebatian asas otot, tisu dan tulang. Mengekalkan kapilari darah yang sihat. Kekurangan Vitamin c boleh mengakibatkan luka lambat pulih, kulit jadi kasar dan kering. Nak awet muda? Amalkan Vitamin C 😁

OSTEMATRIX mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zink, Kuprum, Mangan dam Boron. Fungsi Vitamin D dalam Ostematrix ni dia membantu penyerapan Kalsium dengan lebih baik oleh tubuh. Mineral inilah yang membantu penyembuhan luka selain menguatkan tulang. Dan yang sangat best ibu-ibu suka, ia membantu melancarkan pembuangan. Kuranglah masalah sembelit. 
BCOMPLEX membantu menstabilkan hormon ibu. Menjadikan ibu lebih bertenaga kerana ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ibu dalam pantang kan tidur nya tidak fix, jangakamasa tidur pun tidak cukup, ibu lebih cepat rasa letih dan bila letih emosi pun tidak baik. Jadi Bcomplex ini in shaa Allah membantu mengurangkan rasa lemah tidak bermaya tu. 
Okay Alhamdulillah settled juga entry ni so kepada yang mahu dapatkan Set Berpantang ini atau Mahu pilih-pilih saja boleh terus whatsapp Kakna ya. 





2 comments:

  1. Kalau berpantang dengan cara yang betul ni, memang sangat-sangat membantu untuk lebih cepat sihat kan kak wana

    ReplyDelete
  2. Yup... Modern +Tradisional = Terbaik

    ReplyDelete