Wednesday, April 15, 2020

Berpantang Adalah Proses Pemulihan Jadi Dengar Kata Orang Tua

Ini nasihat dari Founder Warisan Wak Kayah.. HERBA LOVER.. Someone yang mencelik minda Kakna tentang Herba dan secara tidak langsung menambah juga ilmu Kakna berkaitan keperluan ibu berpantang. 
Pertama sekali yang paling penting tekankan pada ibu supaya kekalkan badan dalam keadaan suhu hangat. Tidak boleh bersejuk sangat. Bagaimana untuk dapatkan suhu hangat yang stabil itu?
.
Ini caranya :-
Bermula dari pagi lepas ibu bangun, ibu mesti mandi Herba. Gunakan daun-daun herba dan Sabun Param 7 Herba. Sebab apa kena mandi Herba? Salah satunya adalah untuk menggalakkan ibu mandi air hangat/suam. Waktu awal ini tidak elok mandi air sejuk. 
Ibu lepas bersalin ni istimewa. Badannya sudah tidak sama dengan orang normal, perlukan jagaan lebih banyak. Tidak boleh tersalah cara, dikhuatiri boleh menyebabkan masalah2 lain pulak di kemudian hari. Ikut je petua orang lama, petua orang lama ni berdasarkan pengalaman, pengalaman lah yang paling mahal harganya.
Lagi satu, bila mandi Herba ni, Sebenarnya kita ambil khasiat daripada pohon-pohon, daun2 herba, yang sememangnya ada fungsinya untuk badan kita. Tambah lagi ibu dalam pantang ni dalam keadaan lemah, perlukan kekuatan dari sumber alam, sumber semulajadi, yang paling dekat, mandi je dengan air rebusan daun-daun herba. In Shaa Allah akan bg tenaga kepada badan  yang mengamalkan.
Kedua. Digalakkan untuk ibu bertungku. Paling mudah dan sangat membantu. Tapi aktiviti bertungku ni perlukan bantuan dari orang terdekat misalnya pada suami. Minta tolong bakarkan dan bila dah panas, balut kan dengan kain tebal... Yang tak tahu cara nak tungku tu, in shaa Allah soon Kakna akan buat video sara bertungku ya. Paling kurang pon ibu boleh letak bawah tapak kaki, belakang badan sambil baring tu kan, tuam di ari-ari untuk bantu kecutkan peranakan.
Batu tu tidak perlulah berat sangat. Biasa Kakna cadangkan berat batu tidak lebih dari 1.2kg. Sebab itu yang beli Batu tungku yang dalam Set Berpantang, memang x besar sangat pun batu dalam set tu, tapi sangat sesuai untuk ibu nak angkat, senang nak bertungku sendiri.
Antara fungsi tungku ni bantu selesakan badan ibu...Tungku ni adalah untuk tujuan  menghangatkan badan ibu.. Tidaklah nantu ibu sejuk menggigil, rasa lemah, rasa lesu je. Bila badan hangat, itu lah energy. Jarang dalam set pantang ada Batu Tungku, tapi kami ada ❤️ Kakna ambil berat sangat pada ibu yang nak berpantang sebab ramai ibu-ibu muda yang kurang maklumat berkaitan berpantang ni. 
KETIGA adalah Berparam. Kalau pantang tidak berparam ni macam janggal sikit. Tapi kalau zaman dulu, dalam pantang je mesti disapunya dengan Param, penuh putih satu badan...sampai ke muka.
.
Bedak Param ni adalah Bedak hangat.. Kalau beli Bedak Param tapi tak hangat ruginya rasa... Sebab apa, sebab Param ni juga salah satu benda yang penting, untuk elakkan ibu nampak sembab, bengkak, pucat. Dan elakkan badan dari masuk angin juga bagus untuk menghaluskan kulit juga tau ❤️
Bedak Param WWK kalau bancuh je terus nampak kuning kan. Dalamnya ada extra kunyit dan temulawak. Jangan takut pada kuning tu, sebab itulah diam ubatnya yang membantu bersihkan kulit, tanggalkan sel-sel kulit mati, tanggalkan daki-daki, biasa orang mengandung belakang tengkuknya hitam kan, Haaa ubatnya ada kat Bedak Param ni... Pakai sampai habis pantang, MasyaaAllah bersih sangat kulit.. Mesti ketara bezanya.. Berseri2😍
KEEMPAT. Sapukan minyak dan TAPAL. 
Minyak pon sangat penting, dalam pantang pakai minyak berherba...Minyak urat ni sangat bantu untuk lembutkan urat yang tegang, hilangkan biasa2 badan, dan paling penting campurkan dengan TAPAL MOKDE dan sapukan di bahagian perut sebelum berbengkung. Ia boleh membantu mengecutkan lagi urat sekitar peranakan dan buang angin sekitar perut. 
Orang dulu2 dilumurnya satu badan dengan minyak Urat lepas mandi, rambut pon disapunya... Dalam pantang memang tidak kesah sangat bauan jamu ni, lepas pantang nak wangi, wangi lah. Dalam pantang ni tidak apa busuk-busuk sikit.. Nanti kalau berwangian sangat..tak lepas pulak pantang bersama 100 hari kan. Nak buat macamana dah isterinya melawa je dalam pantang... 🤦‍♀️
Haaa nampak x Pentingnya pantang pakai produk yang bauan jamu ni. Laki pon taknak sangat dekat... Tu lah salah satu tujuannya... 😆
AKHIR sekali untuk dalaman, awal-awal ni dicadangkan yang paling terbaik Majun Afiat. Kenapa bukan Majun Colek dulu? Kerana Majun Colek ada Herba yang merapatkan. Dalam majun afiat xda.. Maajun Afiat akan bantu keluarkan segala darah nifas dan darah beku yang tertinggal dalam rahim. Orang dalam pantang yang utamanya ialah lancarkan darah nifasnya, kalau darah nifas berhenti awal atau tidak boleh keluar habis, dikhuatiri akan sebabkan masalah lain pula. Jadi biar lepas bersalin, badan sihat..kalau tidak sihat macamana nak uruskan anak, nak uruskan suami, nak uruskan hal-hal lain, akan banyak yang terhalang nanti. 
Dan selebihnya adalah berpilis, berbengkung, tangas dan sebagainya. Di #beautybondaspa jangan risau, In Shaa Allah semua lengkap... Antara ibu nak pantang betul2 atau tidak ajeee.. ☺️

No comments:

Post a Comment