Saturday, April 18, 2020

MILKSHAKE MEMBANTU MENINGKATKAN SELERA DAN KESIHATAN KELUARGA

Mealshake bukan sekadar meningkatkan selera makan anda dan anak, malah kandungan 9 jenis vitamin di dalam nya memberi kelebihan untuk kesihatan. Mesti ramai fikir yang penggunaan dia seperti bancuhan susu. Tidak tau.. Ia dimasukkan sedikit di dalam makanan atau minuman. Jimat.


Siapa yang boleh amalkan Mealshakes ini ya? Mestilah Dewasa dan Kanak-kanak yang berusia satu tahun ke atas.. Berikut adalah kandungan Mealshakes yang dapat membantu selesaikan kerisauan dan kegundahan.

1. Vitamin ACE dan Zink merupakan komponen antioksida penting untuk badan bagi melindungi dan membaik pulih sel badan.

2. Vitamin B membantu anak-anak fokus dan memelihara kesihatan sistem saraf mereka.

3. Vitamin A dan C membantu kesihatan mata, kulit, gigi dan  meningkatkan kesihatan sistem imun dalam badan.

4. Kalsium dan Vitamin D yang membantu kesihatan tulang.

5. Serat membantu sistem penghadaman untuk mengelakkan masalah sembelit.

6. Vitamin B12 dan Iron penting dalam penghasilan sel darah merah yang sihat.

7. Sodium dan Magnesium membantu keseimbangan cecair/bendalir badan. Jadi kanak-kanak kekal cerdas.

8. Indeks Glisemik yang rendah membuatkan kita rasa kenyang dan kekal bertenaga sepanjang hari.

9. Protein yang lengkap dengan Asid Amino pentinag untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Tidak mengandungi laktosa dan membantu perkembangan sel dan organ dalaman.

Thursday, April 16, 2020

Nasi Goreng TomYam Simple

Hari ini banyak mission nak kena settlekan. Suami dah masak Nasi Lemak pun pagi ni, jadi timing Kakna nak kemas dapur. Time nak kemas tu rupanya ada nasi semalam tak habis.. Ada la dalam 3 senduk lebih sikit. Terus teringat nak buat nasi goreng.
*Bawang besar yang size sederhana 1biji
*Cili Padi 5biji
*Udang Putih 5ekor
Udang Putih 10ekor
Perencah TomYam 2sudu
Kacang Panjang 1batang
.
Okay..yang bertanda * tumbuk sampai lumat. Panaskan kuali masukkan minyak 5 sudu. Tumis bahan-bahan ditumbuk tadi dah naik bau masukkan udang dan sayur. Bila dah nampak sikit garing, masukkan garam sikit dan akhir sekali masukkan nasi. Dah siap ❤️

Wednesday, April 15, 2020

Berpantang Adalah Proses Pemulihan Jadi Dengar Kata Orang Tua

Ini nasihat dari Founder Warisan Wak Kayah.. HERBA LOVER.. Someone yang mencelik minda Kakna tentang Herba dan secara tidak langsung menambah juga ilmu Kakna berkaitan keperluan ibu berpantang. 
Pertama sekali yang paling penting tekankan pada ibu supaya kekalkan badan dalam keadaan suhu hangat. Tidak boleh bersejuk sangat. Bagaimana untuk dapatkan suhu hangat yang stabil itu?
.
Ini caranya :-
Bermula dari pagi lepas ibu bangun, ibu mesti mandi Herba. Gunakan daun-daun herba dan Sabun Param 7 Herba. Sebab apa kena mandi Herba? Salah satunya adalah untuk menggalakkan ibu mandi air hangat/suam. Waktu awal ini tidak elok mandi air sejuk. 
Ibu lepas bersalin ni istimewa. Badannya sudah tidak sama dengan orang normal, perlukan jagaan lebih banyak. Tidak boleh tersalah cara, dikhuatiri boleh menyebabkan masalah2 lain pulak di kemudian hari. Ikut je petua orang lama, petua orang lama ni berdasarkan pengalaman, pengalaman lah yang paling mahal harganya.
Lagi satu, bila mandi Herba ni, Sebenarnya kita ambil khasiat daripada pohon-pohon, daun2 herba, yang sememangnya ada fungsinya untuk badan kita. Tambah lagi ibu dalam pantang ni dalam keadaan lemah, perlukan kekuatan dari sumber alam, sumber semulajadi, yang paling dekat, mandi je dengan air rebusan daun-daun herba. In Shaa Allah akan bg tenaga kepada badan  yang mengamalkan.
Kedua. Digalakkan untuk ibu bertungku. Paling mudah dan sangat membantu. Tapi aktiviti bertungku ni perlukan bantuan dari orang terdekat misalnya pada suami. Minta tolong bakarkan dan bila dah panas, balut kan dengan kain tebal... Yang tak tahu cara nak tungku tu, in shaa Allah soon Kakna akan buat video sara bertungku ya. Paling kurang pon ibu boleh letak bawah tapak kaki, belakang badan sambil baring tu kan, tuam di ari-ari untuk bantu kecutkan peranakan.
Batu tu tidak perlulah berat sangat. Biasa Kakna cadangkan berat batu tidak lebih dari 1.2kg. Sebab itu yang beli Batu tungku yang dalam Set Berpantang, memang x besar sangat pun batu dalam set tu, tapi sangat sesuai untuk ibu nak angkat, senang nak bertungku sendiri.
Antara fungsi tungku ni bantu selesakan badan ibu...Tungku ni adalah untuk tujuan  menghangatkan badan ibu.. Tidaklah nantu ibu sejuk menggigil, rasa lemah, rasa lesu je. Bila badan hangat, itu lah energy. Jarang dalam set pantang ada Batu Tungku, tapi kami ada ❤️ Kakna ambil berat sangat pada ibu yang nak berpantang sebab ramai ibu-ibu muda yang kurang maklumat berkaitan berpantang ni. 
KETIGA adalah Berparam. Kalau pantang tidak berparam ni macam janggal sikit. Tapi kalau zaman dulu, dalam pantang je mesti disapunya dengan Param, penuh putih satu badan...sampai ke muka.
.
Bedak Param ni adalah Bedak hangat.. Kalau beli Bedak Param tapi tak hangat ruginya rasa... Sebab apa, sebab Param ni juga salah satu benda yang penting, untuk elakkan ibu nampak sembab, bengkak, pucat. Dan elakkan badan dari masuk angin juga bagus untuk menghaluskan kulit juga tau ❤️
Bedak Param WWK kalau bancuh je terus nampak kuning kan. Dalamnya ada extra kunyit dan temulawak. Jangan takut pada kuning tu, sebab itulah diam ubatnya yang membantu bersihkan kulit, tanggalkan sel-sel kulit mati, tanggalkan daki-daki, biasa orang mengandung belakang tengkuknya hitam kan, Haaa ubatnya ada kat Bedak Param ni... Pakai sampai habis pantang, MasyaaAllah bersih sangat kulit.. Mesti ketara bezanya.. Berseri2๐Ÿ˜
KEEMPAT. Sapukan minyak dan TAPAL. 
Minyak pon sangat penting, dalam pantang pakai minyak berherba...Minyak urat ni sangat bantu untuk lembutkan urat yang tegang, hilangkan biasa2 badan, dan paling penting campurkan dengan TAPAL MOKDE dan sapukan di bahagian perut sebelum berbengkung. Ia boleh membantu mengecutkan lagi urat sekitar peranakan dan buang angin sekitar perut. 
Orang dulu2 dilumurnya satu badan dengan minyak Urat lepas mandi, rambut pon disapunya... Dalam pantang memang tidak kesah sangat bauan jamu ni, lepas pantang nak wangi, wangi lah. Dalam pantang ni tidak apa busuk-busuk sikit.. Nanti kalau berwangian sangat..tak lepas pulak pantang bersama 100 hari kan. Nak buat macamana dah isterinya melawa je dalam pantang... ๐Ÿคฆ‍♀️
Haaa nampak x Pentingnya pantang pakai produk yang bauan jamu ni. Laki pon taknak sangat dekat... Tu lah salah satu tujuannya... ๐Ÿ˜†
AKHIR sekali untuk dalaman, awal-awal ni dicadangkan yang paling terbaik Majun Afiat. Kenapa bukan Majun Colek dulu? Kerana Majun Colek ada Herba yang merapatkan. Dalam majun afiat xda.. Maajun Afiat akan bantu keluarkan segala darah nifas dan darah beku yang tertinggal dalam rahim. Orang dalam pantang yang utamanya ialah lancarkan darah nifasnya, kalau darah nifas berhenti awal atau tidak boleh keluar habis, dikhuatiri akan sebabkan masalah lain pula. Jadi biar lepas bersalin, badan sihat..kalau tidak sihat macamana nak uruskan anak, nak uruskan suami, nak uruskan hal-hal lain, akan banyak yang terhalang nanti. 
Dan selebihnya adalah berpilis, berbengkung, tangas dan sebagainya. Di #beautybondaspa jangan risau, In Shaa Allah semua lengkap... Antara ibu nak pantang betul2 atau tidak ajeee.. ☺️

Tuesday, April 14, 2020

TindakBalas Badan Pada Herba Yang Kita Perlu Ketahui

Setiap badan kita punya unsur panas dingin/sejuk yang berbeza. Mungkin panas pada kita, tapi sejuk pada orang lain.. Macam itulah juga sebaliknya...
Yang baru ambil Herba bila ada tindak balasnya tu yang dinamakan "art of healing".
Tubuh badan kita bijak.. Dia Akan bagi signal apa yang perlu diperbaiki apabila ambil herba yang tepat pada badan. 
Bila customer ambil herba dan kemudian kepala jadi pening, itu tandanya badan dah dehydration. Badan dah kekurangan sangat cecair, badan bagi isyarat supaya kita minum air untuk bantu kelancaran segala proses organ dalam badan. 
Dan bila customer ambil herba, rasa kesejukan bermakna badan dah lama bersejuk, bila badan dah terlalu sejuk bermakna imuniti kita dah terlalu rendah. Dalam JAMU WANITA, sifatnya hangat. Ia menghangatkan badan, tetapi bila customer rasa sebaliknya, bermakna selama ni badan dah lama sejuk, perlukan sesuatu yang boleh bantu untuk hangatkan badan.
.
Jangan berhenti ambil herba, tapi apa yang boleh buat perhatikan dosnya samaada perlu dikurangkan atau ditinggikan atau mungkin boleh juga di ambil berselang hari.
Mandi air garam salah 1 ikhtiar buang unsur negatif yang melekat kat badan.
Impak bila energy negatif terlalu banyak pada tubuh, boleh buatkan badan kita jadi lemah, jadi beban, jadi lesu..
Peka dengan tubuh badan kita, recharge semula dan salah satu caranya mandi dengan air garam... Yang ada Mandian Herba lagi bagus, campurkan sekali. 
❤️

Monday, April 13, 2020

Maajun Afiat Membantu Badan Lebih Sihat Bertenaga

Wanginya bau Majun ni,,, bau macam jambu air lah❤️
.
Yang wangi tu Sebab ada tambahan cinnamon ceylon dalamnya..๐Ÿ˜
.
Majun Ni apa dia?
Majun ialah himpunan makanan sunnah dan Herba Asia yang telah di kombinasikan menjadi 1 makanan tambahan yang lengkap dan saaangat berkhasiat..
.
Tak ada langsung campuran bahan2 pelik lagi meragukan, semuanya jelas satu persatu, sesuai sangat kita semua amalkan..
.
Yelah, kita tahu kurma, minyak zaitun, habbatussauda, Madu tu bagus, tapi tak ada masa nak makan satu-satu.. Lagi pulak harganya  mahal kan...
.
Haa... Bila dah ada Majun Afiat ni, cukup secolek, rasa segar 1 badan.
.
Majun Afiat khusus buat kaum lelaki, kanak-kanak, wanita dewasa dan semua golongan..
Rasanya sedap mengalah kan makan jajan๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Selalunya bila yang dah makan, tak cari lain dah...

Sunday, April 12, 2020

Radiance C + E by Skincare Semulajadi YOUTH

YOUTH Radiance C + E

❤ Mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis halus

❤ Mengatasi masalah kedutan pada wajah

❤ Menjadikan kulit lebih cerah dan licin. Kulit lebih berseri secara semulajadi

❤ Membantu menghasilkan sel kulit baru, mencerahkan kulit, melicinkan tekstur kulit dan mengurangkan bintik-bintik penuaan.

❤ Berkesan untuk menegangkan kulit dan mencegah kedutan.

Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.

Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

Bahan-bahan Utama
20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi
Untuk penggunaan selama 60 hari.

Saturday, April 11, 2020

Resepi Mudah Puding Roti

Perbaiki skill masak adalah salah satu kebaikan yang boleh dibuat sepanjang musim PKP. Sebab ape? Sebab Kakna ni sejenis yang tak pandai masak kuih muih ni. Setakat lauk kampung biasa tu bolehla sikit-sikit hahaha ❤️
Jadi hari ini nak share lah sikit ilmu baru yang Kakna dapat. PUDING ROTI MUDAH. Dan inilah bahan-bahan nya..
Susu Segar 2cawan*
Telur 2biji*
Roti 8keping
Esen Vanilla 1sudu kecik*
ChocRice
Gula 2sudu besar*
~Barang yang bertanda * digaul bersama hingga sebati. 
~Sapu roti dengan marjerin kemudian koyakkan ikut suka.. Nak potong 4segi bagi cantik pon bole..ikut kreativiti sendiri ya. 
~Sapu loyang dengan marjerin. 
~Susun roti 1lapisan dan tuangkan adunan bahan bertanda * itu tadi. 
~Taburkan choco rice. 
~Ulang sampai settle. 
~Masukkan dlm oven kepanasan 180 selama 40min.

Untuk Kuah dia... 
~Baki susu tadi tuangkan dalam periuk dan letak atas dapur api sederhana. 
~Campurkan 2 sudu tepung kastard. 
~Capurkan 1 sudu kecik esen vanilla. 
~Kacau hingga sebati dan sedikit pekat and tutup api.
.

SELAMAT MENCUBA ❤️


Friday, April 10, 2020

KAITAN HERBA DAN STRESS HINGGA KEMURUNGAN

Alhamdulillah hari ini Kakna nak share tentang apa yang Kakna belajar hari ini. Iaitu kaitan Stress/Kemurungan dan Herba. Ok sebelum itu nak share satu petua dengan herba juga.. Alami dari Allah swt.
"Sakit mata, bangun pagi lekat tahi mata, mata merah, rasa bahang/panas. Ape cara nak buat? Boleh cuba amalkan makan minyak zaitun (perahan pertama lagi baik) amalkan 2sudu pagi dan petang. Jangan lupa bismillah selawat doa tawakkal. Makan juga makanan yg sejuk seperti labu, mentimun, sayur labu air.. Kerana sakit mata tu salah satu sign of dalam badan kita mungkin panas dari normal"
Okay sambung kaitan stress/kemurungan dengan herba. Kemurungan ni tidak boleh bawak diambil ringan, tambah lagi yang iman senipis kulit bawang, tu yang jadinya kes bunuh diri, kes tekanan perasaan yang boleh menyebabkan seseorang jadi hilang kewarasan atau dipanggil gila.
Macam sekarang ni, dari 18 March 2020 hingga 28 April 2020 ni dengan tidak boleh keluar rumah, tidak boleh jumpa keluarga, mesti pelbagai perasaan emosi keluar. Ada yang pening fikir bagaimana nak cari duit, fikir macamana nak pergi bercuti, fikir macamana lah perniagaan selepas ini, fikir macam-macam non stop. Sebenarnya dalam keadaan sekarang semua sama, tapi yang membezakan sama ada kita terima atau tidak ujian ini.. Redho kah kita? Bersyukurkah kita? 
Bila badan stress, banyak hormon yang tidak sepatutnya keluar akan keluar. Jadi sebagai alternatif kita boleh cuba kembali lah pada Herba.. Allah ciptakan Herba bersifat halus, sifatnya tenang, sesuai dengan tubuh badan kita. 
Ubat anti stress kalau nak tahu, ada terletaknya dalam buah kurma dan madu.
Sebab itu wanita hamil digalakkan makan kurma. Dalam kurma ada sejenis bahan sebatian yang Allah cipta semulajadi untuk naikkan hormon gembira. Kurma jugak bagus untuk tingkatkan hb yang rendah...
Kebiasaan orang yang kemurungan ni hbnya rendah. Ambil Herba yang boleh baikkan fikiran iaitu madu dan kurma. Kan kalau nak masuk Ramadhan je keluar segala macam jenis kurma. Sebenarnya waktu puasa bila kita ambil kurma, selain bagi tenaga segera, bantu juga untuk buat kita gembira. Sebelum bersalin atau sebelum masuk bilik bersalin tu makanlah kurma dan Selawat, in shaa Allah awak kuat nak teran baby. 
Dalam kurma dan madu adanya vitamin C. Selain itu jika mahu tambahan Vitamin C atau mahu yang semulajadi dan tidak  merengsakan perut dan sesuai untuk yanh Gastrik boleh cuba Vitamin C dari Shaklee. Ia bukan Vitamin C sintetik. Ia diekstrak dari starch jagung. 
Badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin c sendiri jadi kita yang kena ambil/cari sendiri vitamin c untuk makan. Jadi dalam Kurma dan Madu ia ada Vitamin C Original. Jadi lepas ni, jangan tinggalkan herba, makanan sunnah kalo boleh tiap rumah kena ada,
❤️Minyak zaitun
❤️Habbatussauda
❤️Madu
❤️Kurma

Dalam rumah kakna memang semua ni ada walaupun Kakna amalkan supplement Kakna tetap amalkan juga 4 tu. Serbuk cinnamon pon ada.. Kadang-kadang bancuh teh tu campur sikit cinnamon ni. Bagus untuk yang ada diabetes. Tapi cara pengambilan mesti sesuai. 
4 herba ni dah tertulis dalam AlQuran jadi yakinlah pada perancangan Allah ❤️

Thursday, April 9, 2020

MULTIPURPOSE CREAM UNTUK RUAM BABY

Krim ni memang since 2013 mmg akan selalu dan sentiasa ada kat rumah. Selalunya Kakna akan sapu kat kaki, tangan dan muka anak-anak bila diorang dah tidur. Untuk elakkan nyamuk gigit. Bila Kakna terlupa dan nyamuk dah gigit sebab selalu diorang akan garu-garu dalam tidur bila kena gigit nyamuk..kakna akan terjaga.. Terus sapukan dalam 3 to 5 minit diorang akan tidur lena semula.
Selain tu, banyak lagi kegunaan Herbal Blend ni. Puas hati berbaloi dengan harga. 


Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Herbal Blend ni sangat istimewa juga.

Kat bawah ni antara testimoni pengguna Herbal Blend. 


Sekiranya berminatbuntuk mencuba 1tiub Herbal Blend ni, boleh direct hubungi Kakna di talian tertera ya. Terima kasih. Cepat Order, Cepat Dapat, Cepat selesai Masalah Baby. 

Wednesday, April 8, 2020

KEMBUNG PERUT BABY LEGA DENGAN 3 CARA INI

Baby menangis atau merengek, merisaukan kan? Ibu dan ayah pun tidak boleh tidur. Apakah cara yang kita boleh cuba ikhtiar kan? Di sini Kakna nak share 3cara.

.
URUTAN MANJA
Urutan I Love U tu anda boleh search di utube kan.. Tapi xpe Kakna share la link kat sini. Selain urutan itu, boleh cuba urutan ini. Klik link ni ya.
DAUN KETUM @ DAUN SIREH
Ambil beberapa helai ikut. Sapu minyak telon di perut baby. Kemudian layurkan daun tadi atas api lilin.. Rasakan dulu ditangan anda.. Agak rasa suam2 baru tekap di sekitar perut baby menggunakan dua jari (telunjuk dan tengah). Maknanya hujung daun itu akan terselit di jari anda. 
TUNGKU HERBA BABY
Sediakan sebiji dua untuk masa-masa begini. Sebenarnya elok setiap kali lepas mandi.. Tungkukan baby di bahagian belakang, tapak kaki, perut dan betis. Sebelum tu sapu dulu minyak telon di bahagian tersebut. Bagaimana nak panaskan tungku baby ni? Mudah sahaja.. Boleh guna sterika atau pemanas macam tempat lilin. Nanti kakna share gambar.
Selamat mencuba.. Sebelum memulakan tu bacalah dulu surah ALFATIHAH 7X DAN SELAWAT NABI 11X... Niatkan untuk kesembuhan anak. 
❤️๐Ÿ’❤️
.
Kakna lebih suka anda gunakan tungku baby, tetapi sekiranya tiada tungku baby di rumah, boleh juga gunakan barang-barang ini : Halba, KayuManis, Cengkih, Garam dan Buah Pelaga. Untuk Cengkih dan Kayu Manis tu hancurkan halus dulu ya. Kemudian masukkan dalam sapu tangan baby tu dan ikat atau pinjutkan macam bunjut sup tu. haaaaa kan dah boleh guna. Selamat mencuba.
Ada lagi satu, iaitu Balm Organic Baby by Warisan Wak Kayah. Dalam dia ada Daun Semambu, Cengkih, Lemon, Pudina dan Habbatussauda. 

Nak oder Tungku Baby Atau Balm Organic Baby ni boleh direct whatsapp ya. 

Tuesday, April 7, 2020

Pizza Express Tapi Sedap Menyengat Pasti Anak Suka

Saya budak baru belajar ๐Ÿ˜‹ seronok rupanya memasak.. Lagi best dari mengurut eh ๐Ÿ˜Ž
.
Ni sebenarnya menu campak-campak je.. Ni resepi nya nanti korang tambahbaik la ikut selera eh..sebab ni untuk makan 4 ketul budak yang asyik ulang-ulang makan. Maklumlah PKP ni tiada kesempatan main melenting-lenting diluar rumah kan. 
.
Bahan cuma :-
❤️roti 10keping

❤️telur 5biji (Kakna tambah lg 2biji tp tiada dalam gambr, sbb masa tengah sebatikan tu macam tak cukup. Tu yang dlm gambar ni ada 5biji je.. Sebenarnya 7biji).
❤️sosej 5batang
❤️bawang holland sedang 1biji 
❤️cheese tu 5keping
❤️sos cili
❤️lada hitam
.
Potong roti, bawang dan sosej bagi bentuk dadu.. Sosej tu bulat-bulat pon xpe. Lepas itu gaulkan rata bersama telur tadi. Campur lada hitam dan garam sikit. Dah rata.. Letak dalam loyang atau cup muffin tu.. Kemudian bakar dalam 20min. Panas dia dalam 180-200. Siap!!! ❤️
Selamat Mencuba Ya ๐Ÿ˜

Monday, April 6, 2020

BERPANTANG DENGAN BETUL BANTU IBU KEMBALI CANTEK DAN SIHAT

Bersalin di mata Kakna adalah satu proses yang sangat besar. Disitu bermula segalanya berubah. Dari dalam badan hinggalah kepada rutin harian seorang wanita. Oleh kerana itu, penjagaan diri dalam pantang mesti dibuat dengan bersungguh dan yakin. Dapatkan Pakej Pantang yang complete dari juruterapi/bidan/tukang urut yang bertauliah.
Selain itu, amalan diet harian selama 1minggu pertama, 2minggu pertama dam seterusnya mestilah betul. Sebagai contoh pengambilan air masak mestilah tepat kuantiti dan berjadual. Yang ini nanti Kakna kupas di lain entry. 
Okay Kakna nak start cerita dulu tentang kenapa pentingnya pengambilan Supplement dalam membantu ibu-ibu beraura kembali. Tidak kisah jenama apa yang anda mahu beli tetapi Kakna sangat sarankan yang ini kerana Kakna sendiri sudah amalkan sejak menyusukan anak no. 3 hingga hamil anak no. 4 dan sambung ke proses menyusukan anak2 ni. Kakna suka share benda yg Kakna amalkan dan hasilnya bagus. Jika hasil kurang memuaskan memang Kakna tak berani nak share.


Badan memerlukan nutrisi yang cukup dan lengkap untuk proses penyembuhan dan pemulihan. Dalam situasi ibu bersalin ini proses penyembuhan luka luar dan dalam sangat penting. Antara nutrisi yang diperlukan adalah VITAMIN C, VITAMIN K, VITAMIN A, ZINC DAN TEMBAGA. 
TEMBAGA
Membantu enzim lysy oxidose untuk mengeluarkam kolagen dan elastin. Sumber antaranya dari tomato, kentang, sawi. 
VITAMIN A
Mengendalikan pengeluaran kolagen dan membezakan fibroblast serta bakteria yang ada bagi menjamin keberkesanan proses penyembuhan tanpa berlaku jangkitan. Sayuran berdaun hijau, orange dan produk tenusu. 
VITAMIN K
Sangat diperlukan pada peringkat pertama proses penyembuhan. Bantuan Kalsium akan menghasilkam agen pembekuan darah. 
==============================
MENGAPA PERLU SUPPLEMENT BERIKUT DALAM DIET HARIAN IBU DALAM PANTANG? 
VITALEA adalah Multivitamin, ia mengandungi 28 Nutrisi penting. Antaranya Kalsium, Fosforus, Vitamin C dan D, dan B12. Diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Juga mengandungi Zat Besi yang sangat penting dlm pembentukan sel darah merah. 

ZINK adalah elemen penting untuk sembuh dan pulih dari luka selain elemen Vitamin C dan Protein. Zinc juga adalah mineral asas yang diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan pelbagai fungsi metabolisma badan. Proses penyembuhan luka memerlukan.. 
PROTEIN + VITAMIN C + ZINC = PROSES PENYEMBUHAN BERLAKU LEBIH CEPAT. 

VITAMIN C selain meningkatkan sistem imun badan, ia merangsang pembentukan kolagen yang merupakan sebatian asas otot, tisu dan tulang. Mengekalkan kapilari darah yang sihat. Kekurangan Vitamin c boleh mengakibatkan luka lambat pulih, kulit jadi kasar dan kering. Nak awet muda? Amalkan Vitamin C ๐Ÿ˜

OSTEMATRIX mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zink, Kuprum, Mangan dam Boron. Fungsi Vitamin D dalam Ostematrix ni dia membantu penyerapan Kalsium dengan lebih baik oleh tubuh. Mineral inilah yang membantu penyembuhan luka selain menguatkan tulang. Dan yang sangat best ibu-ibu suka, ia membantu melancarkan pembuangan. Kuranglah masalah sembelit. 
BCOMPLEX membantu menstabilkan hormon ibu. Menjadikan ibu lebih bertenaga kerana ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ibu dalam pantang kan tidur nya tidak fix, jangakamasa tidur pun tidak cukup, ibu lebih cepat rasa letih dan bila letih emosi pun tidak baik. Jadi Bcomplex ini in shaa Allah membantu mengurangkan rasa lemah tidak bermaya tu. 
Okay Alhamdulillah settled juga entry ni so kepada yang mahu dapatkan Set Berpantang ini atau Mahu pilih-pilih saja boleh terus whatsapp Kakna ya. 





Sunday, April 5, 2020

KESAN PENGAMBILAN SET PENYUSUAN SHAKLEE

Alhamdulillah sangat..Kakna merupakan salah seorang pengguna tegar Set Penyusuan ini satu masa dulu.. Sekarang anak-anak sudah besar, masing-masing sudah darjah satu dan dua. Tewas semasa anak pertama dan kedua kerana kekurangan ilmu penyusuan dan tiada bantuan. Seriously Kakna kenal supplement pun disebabkan Set Penyusuan ni juga.
.
Ni Kakna nak share beberapa testimoni daripada mereka yang mengamalkan Set Penyusuan Shaklee ni. Pengalaman  menarik dan best dari mereka. Jika ada yang pernah ambil tetapi tidak berjaya jangan putus asa, cuba semula.
.
set menyusu shaklee


tips susu ibu


milkbooster

Untuk info lanjut berkaitan setiap botol Supplement tu jom klik link ini. Susu Meriah Dengan Milkbooster dari Shaklee. 

Saturday, April 4, 2020

BERPANTANG SENDIRI DENGAN LAKUKAN AKTIVITI WAJIB INI

Allahuakbar..perkara ke hadapan tiada siapa tahu. Sebaik-baik perancangan, perancangan Allah yang terbaik dan lebih baik. Bersalin dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang mencabar. Mak Bidan/Tukang Urut tidak dapat hadir untuk mengurut dan menjaga ibu dalam pantang. Bingung tidak tahu apa perlu dilakukan? Lebih-lebih lagi jika ini berpantang kali pertama.
Jangan panik ya adik-adik.. Meh Kakna share kan beberapa perkara yang wajib adik-adik buat. Para suami harap sangat dapat membantu ya kerana aktiviti ini ada yang memerlukan bantuan dari anda.
.

keperluan berpantang
Contoh antara barang yang perlu ada. Jika mahu dapatkan boleh hubungi Kakna.

.
Sebelum itu, pastikan peralatan dan keperluan ibu dan baby semua ada.
*Batu Tungku
*Tapal
*Bengkung
*Pilis
*Param
*Jamu
*Minyak Panas
*Stoking
*Baju Lengan Panjang/Sweater
.
Untuk baby pula.
*Minyak Telon
*Barut
*Kain Bedung
*Pakaian baby tu mesti ada dah kan
.
CARA MUDAH UNTUK BUAT AKTIVITI WAJIB 
=======================================

BERTUNGKU
Okay.. Perkara pertama sekali yang perlu di buat selepas ibu siap mandi adalah Bertungku. Bertungku perlukan Batu Sungai atau Batu Larva Gunung Berapi. Umtuk bertungku ni memerlukan Towel Muka yang tidak nipis ya, Periuk kecil yang tidak berat, Daun Herba macam daun sireh, daun kaduk, daun ketum atau ape sahaja yang ada..jika tiada pun tak mengapa atau boleh juga guna halba.
.
Caranya : Walaupun mudah tapi berhati-hati ya. Bentangkan face towel, letak daun herba atau halba. Panaskan batu tungku atas api sederhana dalam 3-5min. Lepas 5min, tutup api dan biarkan seketika dalam 5min. Kemudian ambil dan masukkan dalam periuk. Dan letakkan di atas towel tadi. Tutup batu dgn towel dan ikat.
.
Rasa dulu di tangan if panas sangat atau nampak berasap masukkan semula dalam periuk. If okay, sebelum tungku..isteri baring menelentang dan pastikan lapik perut ya..elakkan bertungku di area pusat. selepas tungku di perut, isteri meniarap dan tungkukan dari tapak kaki kiri naik hingga bahu dan turun dari bahu kanan ke kaki kanan.

BERPARAM
Kemudian selesai bertungku, lumur lah param diseluruh badan. Ratakan dari bahagian leher turun ke kaki. Biarkan dia kering.

BERTAPAL, BERBENGKUNG Dan BERPILIS
Selepas berparam, pakai tapal di bahagian berikut :
*Perut
*Celah Peha (Peha bahagian dalam)
*Pinggul
*Sekeliling Keting
*Betis
.
Selepas itu, boleh dah pakai bengkung dan Pilis di dahi. Jangan lupa ikat rambut tinggi ya.

UNTUK BABY PULA
=================
Sebelum mandikan baby, sediakan item berikut mengikut turutan yang Kakna beri ni ya.
1-Kain Bedung
2-Baju
3-Barut
4-Pampers
.
Sediakan di tepi, Minyak Telon dan Peralatan cuci pusat. Lepas mandikan baby dan dah siap lap..letak baby di atas baju dan pampers yang telah disusun tadi.
Sapukan Minyak Telon di bahagian Perut, Tapak Kaki, Belakang dan Betis. Kemudian buatlah urutan ILOVEU.
.
Dah Siaapppp....

ORGANIC BALM UNTUK BABY SAYANG

Hai semua..
Alhamdulillah terhasil sudah organic Balm untuk anak tercinta anda dan kakna. Dihasilkan oleh founder Warisan Wak Kayah (WWK). JOM BACA apa kata founder WWK ni..

balm baby


===============================
Kalau Ikutkan untuk buat balm ni tidaklah  susah sangat, cukup jika ada 2 bahan ini :
⛔Petroleum Jelly. 
⛔Lilin Lebah. 
Cairkan, keraskan, siap!!!
.
Tapi Anis pilih jalan untuk pilih bahan yang sangat organic, yang selamat untuk anak-anak.. Langsung tidak menggunakan Petroleum Jelly sebab ikut kajian ada banyak kesan sampingan kalau disapu Petroleum Jelly dalam jangka masa yang panjang. 
Jadi Anis gunakan minyak zaitun sebagai bahan utama. Semua orang tahu bahawa Minyak Zaitun tinggi sangat khasiatnya, tidak kiralah dimakan atau dibuat sapuan. Yang buatkan bil masa yang lama untuk siapkan balm ni.. sebenarnya Anis masakkan dulu herba-herba ini sampai lah betul-betul sebati, sampai dah jadi macam minyak urut barulah boleh ke step seterusnya.
.
Antara bahan yang Anis pilih adalah :
Daun Neem/Semambu ~ (tingginya khasiat antiseptik, antimalaria, anti-fungus, rawat sakit kulit). 
Cengkih Herba Aromatic ~ (bantu melegakan pernafasan). 
Lemon ~ (bagi rasa segar). 
Pudina ~ (rasa dingin semulajadi yang mendamaikan. 
Habbatussauda ~ (supaya melengkapkan lagi khasiat balm juga sebagai ikhtiar mencegah segala macam penyakit sekaligus dapat membantu lindungi kulit anak secara luaran). 
.
Balm anak lebih smooth, berangin sekadar melegakan bukan menyengat, lebih mesra dengan kulit baby. Kena Ingat, kulit anak kecil tidak sama dengan orang dewasa. Memang ramai yang suka balm yang berangin sejuk menyengat, tapi sangat tidak sesuai pada baby, kulit baby nipis berbeza dengan kulit orang dewasa. 
Nak share satu pengalaman yang berlaku depan mata anis. Ketika itu anis di bilik air public, ada mak yang baru lepas mandikan baby, tapi pelik sebab baby tu menangis meraung macam kena cubit. Dah nampak maknya panic sangat tak tahu nak buat apa. Badan baby penuh merah2, bau Minyak angin semerbak satu bilik air... Dah agak dah.. baby nangis bukan sebab kembung perut ke apa, tapi kulit menggelintin kepanasan disebabkan minyak angin tu. Terus anis suruh mandikan semula baby tu sampai minyak nya hilang. Baru nampak baby tu diam dan nampak lega. 
.
Ingat tau..apa yang ibu suka pakai, tak semestinya sesuai pada anak juga... Anis kongsi ni atas rasa prihatin, kongsi atas rasa sayang..
.
Alhamdulillah ni pon disebabkan permintaan dari mak2 jugak, Anis dah siapkan 2 jenis balm, satu untuk anak, satu untuk mak2.. Tapi untuk mak Anis update secepat mungkin ya..Tahu mak2 suka yang berangin, yang sejuk2, nanti Anis buat ya. ❤️
================================


Yeayyyy untuk balm mak tu nanti kakna akan share kemudian bila barang dah ready okay... 

Friday, April 3, 2020

BEDAK SEJUK 3 WARNA

BEDAK SEJUK 3 WARNA BY WARISAN WAK KAYAH


warisan wak kayah


๐Ÿ’“Kenapa zaman dahulu nenek moyang rajin pakai bedak sejuk. Dan rajin pulak membuatnya..

๐Ÿ’“Salah 1 sebab bedak sejuk ni banyak khasiat dan kegunaan ibu - ibu  zaman dahulu utk seisi keluarga.

๐Ÿ’“Beras di remdam @ di peram sehingga hampir sebulan @ lebih.utk mendapatkan tekstur lembut dan gebu pada yang memakai nya.

๐Ÿ’“Air rendaman pulak kerap di tukar.
di titip kan di atas kain, dan di jemur sehingga kering,di letak dalam bekas khas dan siap taburkan hirisan daun pandan utk bagi wangi dan harum..

๐Ÿ’“Jadi tak hairan lah zaman sekarang pun masih lagi mencari bedak sejuk untuk di pakai.

๐Ÿ’“Bukan setakat sapu di muka, ibu2 dahulu lebih peka untuk masalah ruam merah,gatal- gatal di badan  juga turut di sapu utk kegunaan seisi keluarga.

*********************************************************************

 ๐Ÿ’“ Bedak sejuk keluaran warisan wak kayah menghasilkan 3 jenis warna bedak sejuk dan berlainan khasiat :

๐Ÿ’“Pinkk
Beras + Vitamin C + Rose oil
(Jerawat/Oily/Untuk Naik seri)

๐Ÿ’“Blue
Beras + Castor Oil + Tanah liat putih
(Demam campak/parut/pores/Jeragat)

๐Ÿ’“Green
Sengkuang  + Vitamin C
(Whitening/tighten/garis halus/kedutan)

๐Ÿ’“Penggunaan untuk sebulan.
Boleh di pakai waktu pagi dan malam.

๐Ÿ’“Cara pakai:
Ambik beberapa biji di campurkan dengan sedikit Air,dan di sapu di wajah.
biarkan sehingga kering.

**********************************************************************
JOM LAYAN TESTIMONI




Hanya RM12/bottle. 3bottle hanya rm35

Untuk Order ?
Boleh direct whatsapp Kakna di 0173567078



Thursday, April 2, 2020

DUA KEBAIKAN PALING KETARA DENGAN MENGAMALKAN SET PENYUSUAN INI

Love sangat dengan set penyusuan ini. Ada 7 item dan anda boleh pilih ikut kemampuan samada mahu yang fullset/premium atau set basic. My suggestion, jika ada bajet boleh amik semua item tapi jika masih ragu..boleh juga amik yang basic dulu. Sebelum Kakna cerita tentang setiap botol supplement ni, Kakna nak share dulu dua kebaikan tu.

tips banyak susu

.
Memandangkan dulu Kakna pengguna tegar Set Penyusuan ini, jadi kiranya dua kenaikan utama ini adalah hasil dari pengalaman Kakna sndiri semasa menyusukan anak no.3 dan no.4. Semasa anak no.1 dulu Kakna failed menyusukan dia, anak no.2 dah start belajar tapi belum kenal Set Penyusuan ni, so badan letih, emosi terganggu malah masa preggy anak no.3 pulak ada masalah gigi (calcium problem la kan). Selepas melahirkan anak no.3, susu sangatlah sikit sedangkan dari preggy lagi dah berazam nak fully breastfeed anak.
.
Macam-macam cara buat hinggalah search di google dan terjumpa Set Penyusuan ini. Pejam mata dan beli yang basic dulu sebab nak cuba kan samada serasi atau tidak. Bila sudah amalkan dalam sebulan dah mula nampak.

* Dari segi produktiviti susu tu sendiri nampak jelas penambahan. Pernah try buat ujian sendiri, 1hari tidak ambil Set Basic Penyusuan tu, hasil susu tu tidak pekat dan hari yang amik set tu susu pekat macam biasa. Maaf tidak ada gambar sebab masa tu tak terfikir pun nak sharing dengan awak semua. Dari segi kuantiti pulak memang ohsem. Kakna dulu berkerja 8.30am to 5.30pm. Jadi waktu untuk pump memang dah setting. Alhamdulillah walaupun bos Kakna lelaki tapi he is very understanding. Kalo dia nak bagi Kakna tugasan, and dia tau Kakna sedang memerah susu, dia just left the dokumen atas meja and pesan kat assistant Kakna. Memorable sebab ia termasuk dalam my breastfeeding journey.

*Dari segi tenaga dan emosi, alhamdulillah. Mungkin sebab kebaikan BComplex tu untuk saraf kita dan Multivitamin Vitalea dia sangat berkesan untuk Kakna. Dah jarang emosi dengan anak-anak, balik keja atau nak bangun pagi pergi kerja pun tiada masalah lesu atau terlalu penat. Kerja kan, penat itu biasa tapi bila badan letih jadikan penat tu berganda-ganda sekalilah dengan emosi pun jadi terganggu. Dan Vitamin C tu sangat membantu juga untuk sistem imun dan salur darah kita. Bila badan sihat kulit juga jadi elok tau, tidaklah kusam mata panda kan.
.
Okay now Kakna nak cerita tentang setiap botol ni pula. Kebaikan dia yang boleh membantu selesaikan masalah penyusuan kita tu. Duduk sandar ke kerusi dan fikir dulu masalah penyusuan tu di part mana okay.
.


breastfeeding



SET PENYUSUAN MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH SUSU
.
Alfalfa
=====
Membantu mengurangkan angin dalam badan. Angin yang berkumpul mungkin akan menjadi faktor perjalanan darah di badan tidak lancar. Alfalfa juga adalah salah satu milkbooster. Wanita yang mengalami keputihan, selain bertangas boleh juga mengambil alfalfa untuk membantu mengurangkan masalah keputihan. Alfalfa Shaklee dihasilkan hanya dari dedaunan nya sahaja bagi memastikan ianya selamat diambil dalam jangkamasa panjang.
.
Ostematrix
========
Adalah Kalsium. Pengambilan kalsium dapat membantu masalah lenguh-lenguh badan, masalah sakit pinggang selain sumber Kalsium bagi badan. Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan masalah tulang rapuh, gigi dan gusi tidak sihat. Sumber Kalsium, Magnesium, Boron, Vitamin D, Kuprum dan Mangan yang sangat penting bagi menghasilkan tulang dan gigi yang sihat.
.
ESP
===
Nama betul dia Energizing Soy Protein. Kandungan dia adalah soya. Berperisa Vanilla. Ini kena bancuh dengan air biasa..nak tambah ais pon boleh. Nak tambah perisa orange ke ribena ke pon boleh. Membantu menggalakkan penghasilan susu ibu. Susu jadi lebih pekat berbanding semasa tidak mengambil ESP. Mengandungi 9asid amino perlu yang badan kita tidak dapat hasilkan. Ia juga mengandungi Indeks Glisemik yang rendah.
.
Vitamin C
=======
As we knew kan ia membantu meningkatkan kualiti sistem imun badan. Ibu makan, anak pun dapat sama khasiatnya. Selain itu ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Dihasilkan dari ekstrak jagung yang oleh diambil oleh sesiapa termasuk yang ada masalah gastrik. Membekalkan 500mg Vitamin C di dalam tubuh selama 5jam. Mengandungi Bioflavonoids Sitrus yang membantu Vitamin C diserap dengan lebih efisen.
.
BComplex
========
Didalam BComplex ini, telah terkandung juga Asid Folik yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung. Kaya dengan Vitamin B, ia mampu membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu mengawal stress dan mengelak kemurungan. Bila emosi ibu lebih tenang, proses penyusuan akan lebih lancar dan badan ibu pun selesa malah mengelak keletihan melampau. Mengandungi 8 jenis Vitamin B perlu iaitu B1 B2 B3 B5 B6 B12, Biotin dan Asid Folic.
.
Vitalea
=====
Ini adalah Multivitamin paling best. Kenapa? Mestilah kerana didalam Vitalea ada macam-macam khasiat. Ia mampu menampung keperluan diet harian ibu. Bayangkan, ibu miliki nutrisi di badan yang cukup dan disalurkan ke anak dengan baik. Hasilnya ibu dan anak mendapat keperluan yang mencukupi. Mengandungi Zat Besi yang sangat penting untuk pembentukan sel darah merah yang baik.
.
Omega
=====
Merupakan sumber Omega3 yang penting untuk perkembangan otak, mata, minda untuk bayi dan si ibu. Bau hanyir ikan yang sangat sangat sangat minima dan diiktiraf oleh Friend Of Sea. Melalui 3pemeringkatan dan ia bebas dari plumbum, merkuri dan bahan cemar lain.
.

tips penyusuan


Ramai yang bercita-cita mahu menyusukan anak sepenuh masa kan. Ilmu penyusuan kita kena upgrade selalu selain mental dan emosi yang perlu kita kuatkan. Susu ibu yang terhasil adalah unik bagi memenuhi keperluan bayi. Inilah yang dinamakan Biologi Khusus Ibu. Bermakna ibu perlu amalkan diet harian yang baik, agar hasil susu pun terbaik.
.
PENGALAMAN DAN APA KATA MEREKA YANG PERNAH DAN TELAH JUGA MASIH MENGAMALKAN SET PENYUSUAN INI.









Harga Kakna akan update kemudian, tetapi jika mahu info segera boleh terus whatsapp Kakna di www.wassap.my/0173567078 atau boleh ke fb page MOBILE SPA PONTIAN . Atau DM di Instagram MOBILE SPA PONTIAN .