Wednesday, December 26, 2018

Pengalaman Mengalami Drooping Eye

Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Lama betul tidak menulis disini. Menguruskan SpaComel.. Anak-Anak Bijak.. Keluarga kecil.. Fuhhhh.. Setiap kita 24jam sehari tidak sama haluannya.

Ke hulu ke hilir membantu insan yang memerlukan hingga sendiri terlupa tentang kesihatan sendiri. Hampir dua bulan ambil vitamin C dan Vivix culas. Itu belum Omega (minyak ikan).. Ostematrix (sumber kalsium).. Royal V..

Sehinggalah suatu hari.. Mata kiri ni secara tiba-tiba jatuh sendiri. Tidak dapat di kawal. Waktu itu usaha naikkan semula. Selang beberapa minit berulang lagi. Allahuakbar. Kenapa dengan mata aku ni ya Allah. Ya Allah tolong aku. Masa tu tengah drive.. Segala papan tanda, tulisan jadi kabur dan tak boleh baca.

Tidak fikir banyak.. Terus telefon suami. Petang itu juga suami dari Bandar Penawar gerak balik ke Pontian dan singgah di Shaklee JB. Belilah Omega (padahal omega ada lagi), Ostematrix, Bcomplex, Teh Camomile dan Safron.

Tanya juga pada suami cemana dapat ilham beli semua ni? Suami kata dia google.. Apa yang kakna alami adalah bukan satu jenis penyakit tetapi adalah simptom saraf mengalami kerosakan. Jika dibiarkan akan menyebabkan kekal mata begitu. Sambil dia bergurau.. "cemehhla mata bini aku 🤣🤣"

Kita risau.. Susah hati dia buat lawak. Sebenarnya dah berbulan.. Kakna kurang rehat.. Kurang tidur.. Bila tidak dapat tidur, tengokla telefon dalam gelap. Itulah penyumbang masalah yang kakna hadapi.

Jadinya malam itu terus makan semua dan tidur awal. Esoknya bangun je rasa ringan mata. Cuma bila drive waktu tengahari mata rasa kembang. Masuk hari kedua, alhamdulillah dah ok.

Makan sampai sekarang.. Dah seminggu berlalu. Masih on treatment dan cuba elakkan tidur lambat dan tidak tengok telefon dalam gelap. Sebab bila tengok telefon dalam gelap, mata akan rasa macam tebal dan kebas. Sebab itu masih on treatment.

Jadi sebelum adik/kakak semua kena macam kakna kena, berhati-hatilah dan jaga kesihatan diri. Badan sudah berusia macam-macam yang kurang.. Dari muda mesti jaga pemakanan dan dapatkan supplement yang baik.

Semoga jadi iktibar buat semua.

No comments:

Post a Comment