Wednesday, December 26, 2018

PENGALAMAN MENDEBARKAN APABILA KELOPAK MATA JATUH

Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Lama betul tidak menulis disini. Macam-macam hal diuruskan setiap hari nonstop. Ke hulu ke hilir membantu insan yang memerlukan hingga mengabaikan kesihatan sendiri. Memang selama beberapa bulan ni selalu mengelat dari mengambil Supplement. Kakna memang pengguna tegar Supplement macam Omega, Vitamin C, Vivix, Ostematrix dan Bcomplex. Malah Kakna juga amalkan Royal V. Akibat kesibukan hal harian..kadang ambil kadang tidak.
.
Sehinggalah beberapa hari lepas, Kelopak mata kiri ni secara tiba-tiba jatuh/tertutup sendiri. Waktu itu usaha naikkan semula. Selang beberapa minit berulang lagi. Allahuakbar. Kenapa dengan mata aku ni ya Allah. Ya Allah tolong aku. Masa tu tengah drive...Susah hati sangat. Masa tu dalam kepala asyik fikir..Ini kalau aku sakit macam mana customer yang dah booking, macamana dengan anak-anak aku..huhuhu.. Waktu itu Segala papan tanda, tulisan jadi kabur dan tak boleh baca. Bila berhenti di traffic lite tu terus call husband. Masa tu tawakkal berdoa pada Allah moga sampai Kakna ni kat rumah. Allah je tahu perasaan ni waktu tu.
.
Petang tu juga suami dari Bandar Penawar bergegas balik Pontian. On the way balik tu sempat dia singgah di Shaklee Taman Molek untuk beli Omega, Bcomplex dan Vitamin C, padahal kat rumah masih ada lagi..dan additional dia belikan Teh Camomile dan Safron.
.
Mulalah Kakna berfikir mengapa jadi begini takkan sebab culas dan tak konsisten pengambilan semua tu tadi. Bila fikir-fikir semula mungkin antara sebab adalah workload, tidur tidak cukup dan main telefon dalam gelap hingga lewat malam. jadi ini pengajaran buat Kakna dan kita semua.
.
Jadi sebelum adik/kakak semua kena macam kakna kena, berhati-hatilah dan jaga kesihatan diri. Badan sudah berusia macam-macam yang kurang.. Dari muda mesti jaga pemakanan dan dapatkan supplement yang baik. Kadang apa yang kita makan itulah diri kita itulah tahap kesihatan kita. 
.
Semoga jadi iktibar buat semua. Sayangi Diri Kita. Selepas mencari-cari nama masalah ni..terjumpa yang ini di sini. Dan masalah kelopak mata jatuh ini  adalah salah satu tanda Syndrome Horner .  Tabiat orang yang mengalami Ptosis adalah dia akan mnegangkat sikit kepala atau mengerutkan dahi untuk melihat sesuatu dengan lebih jelas..Tiba-tiba teringat yang kawan Kakna pernah tegur kenapa Kakna bawak kereta dengan dahi berkerut mata macam silau padahal cuaca tidak pun panas masa tu. Ia adalah gejala otot levator lemah. Otot yang memegang kelopak mata. Ia mungkin faktor usia yang sudah meningkat ke 40 tahun.
.
unilateral ptosis