Hadir kursus dengan sedikit bisa dan lenguh di tangan dan bahu juga tengkuk. Semasa kelas berlangsung kami juga diwajibkan melakukan teknik ini pada rakan sesama kursus sambil mana yang boleh dilakukan sendiri maka boleh la buat untuk diri sendiri. Memang seronok. Walaupun ilmu mengurut tradisional ada dalam dada tetapi Kakna kosongkan dada demi mencedok ilmu Qun ini.
Hasilnya dua hari kursus ilmu dapat..badan yang bisa sakit pun hilang. Lebih bersemangat untuk buat rawatan pada ahli keluarga terdekat dulu. Guru yang paling awesome adalah pengalaman. Jadi kenalah di praktikkan supaya ia tidak hilang atau terlupa malah makin bertambah.
Rawatan yang menitikberatkan teknik lemah lembut supaya pesakit tidak berasa terlalu sakit. Ada teknik yang diajar juga agar tidak menyebabkan pesakit alami sakit terlampau. Memang Kakna sudah juga cuba praktikkan pada anak..emak..suami dan diri sendiri.
TESTIMONI 1
Mak saya dah berbulan sakit di bahagian bahu hingga lengan.
Bila tidur malam..jika tersilap/terkasar gerakkan badan akan rasa sangat bisa
dan sakit. Kemudian buat urutan kasih
sayang Bersama surah alfatihah dan urutan titik rangsangan fizikal di bahagian
Triceps (i) dan supraspinatus...Alhamdulillah.. Masa nak tidur dia terperasan
yang tangan rasa ringan dan bisa-bisa juga hilang. Happy sangat takde dah muka
menahan sakit bila nak baring atau bangun tidur. Takde langsung keluhan malam
tadi.
TESTIMONI 2
Anak saya. Usia 9tahun. Mengadu sakit di belakang di
bahagian Trapezius. Saya mulakan dengan pemeriksaan tulang belakang.
Alhamdulillah tiada masalah. Jadi saya buat urutan longgar saraf dan tekan di
point Trapezius (9), singa laut dan tekukur.. Bersama Alfatihah. Alhamdulillah
juga dia kata sakit di bahagian tu sudah hilang.
TESTIMONI 3
Saya sendiri. Mengalami sakit di bahagian
pergelangan tangan dan lengan. Bila
bengkokkan tapak tangan akan rasa sengal dan ketat di bahagian pergelangan
hingga lengan. Jadi saya cuba urutan di titik rangsangan di Digitorum dan
Flexor..rasa ketat dan sengal tu takde dah. Alhamdulillah
InsyaAllah semoga ilmu ini akan berkembang seiring pengalaman demi pengalaman. InsyaAllah Amiin.
No comments:
Post a Comment