Monday, July 9, 2018

Pengedar YOUTH SHAKLEE di Johor

Assalamualaikum Alhamdulillah Kakna berpeluang menulis lagi. Kali ni mungkin sedikit panjang kerana Kakna mahu cerita tentang sejarah penubuhan SPA Comel by Mobile SPA Pontian ni yang mana sebenarnya terilham dari perniagaan produk Supplement Shaklee.

Asal paling asal adalah bermula dulu dengan meniaga barang baby... Hint dapat ilham meniaga barang baby sebab menyusukan anak kakna yang ketiga. Kakna bekerja dan peralatan penyusunan untuk ibu bekerja banyak juga... Jadi kakna selalu keputusan stock plastik simpan susu. Jadi dari sinilah kakna mula beli borong dan jual balik.

Sampai satu tahap pengeluaran susu berkurang.. Dan kakna start cari Supplement untuk bantu tambah pengeluaran susu. Sehinggalah Kakna terjumpa set penyusunan Shaklee. Dipendekkan cerita ramai pula geng Officemate yang nak makan Supplement yang sama. Sebab susu perahan kakna pekat dan berbeza dengan Diorang yang susu nya cair.

Bila ramai mahu dapatkan Set Penyusunan ni jadi kakna pun daftar keahlian. Jadi ahli senang lagipun banyak kelebihan bila jadi ahli. Masa tu Oktober 2012. Perjalanan perniagaan Shaklee Kakna pun bermula. Waktu itu hanya berfikir untuk dapat tambah rm100-200 sebulan pun sudah syukur sangat. Rupanya tidak sangka dalam fokus perniagaan dan kerja hakiki.. Boleh jejak 4abgka dalam tiga bulan. Wow!!

Selepas Set Penyusunan... Kakna gunakan pula Set Penjagaan Wajah Nutriwhite keluaran Shaklee tu tetapi sekarang Nutriwhite sudah tidak dihasilkan.. Kerana telah digantikan dengan Set YOUTH. Dan memang syukur sangat sebab waktu itu wajah kakna penuh bintik merah iaitu jerawat nasi dan bekas jerawat yang mula menghitam. Jadi selepas guna Nutriwhite Kakna memang suka sangat. Kulit muka jadi bertambah baik di samping pengambilan VITAMIN C.

Jadi timbul ilham nak kembangkan business. Maka terhasil lah SPA BERGERAK aka MOBILE SPA PONTIAN (MSP) . Sekarang dah melangkah setapak kecil lagi iaitu SPA COMEL by MSP.

Kakna cerewet orangnya.. Sebab itu kakna pilih Nutriwhite (waktu itu) sebagai produk untuk mencuci wajah customer. Alfalfa pula untuk scrub dan Vitamin E untuk lulur. Kakna pilih produk ni sebab ia adalah bahan terpilih yang semulajadi dan telah menjalani banyak kali ujian untuk kesihatan dan keberkesanan.

Jadi disebabkan kakna pun guna.. Kakna yakin dapat va tu mereka yang bermasalah kulit wajah yang sensitif macam kakna. Sekarang bila sudah guna YOUTH kakna lebih yakin pelanggan akan berpuas hati. Aamiin InsyaAllah. Kita mahu berurusan dengan wajah orang lain jadi kena pastikan produk yang digunakan tidak memudaratkan.

Jadi Kakna memang simpan stock.. Untuk memudahkan pelanggan mendapatkan segera produk ini. Just call and kakna sampai. Sekiranya kehabisan stock (ada ketika kakna bizi yakmat tak sempat restock) kakna akan order online.. Order yang di submit sebelum pukul 2pm akan sampai hari esok nya. Memang superb!!

Di awal dulu... Kakna sampai juga ke Batu Pahat dan Johor Bahru.. Tetapi lama kelamaan permintaan di kawasan Luar Pontian tidak dapat Kakna penuhi. Jadi sekarang Kakna cover area Pontian sehingga Pulai Perdana sahaja.

Dipendekkan kisah.. Set Penyusuan dan Set Cantik Kulit dan Set Penjagaan Wajah kakna boleh Cod di Sekitar Pontian dan Johor Bahru. Serta pos ke serata negara.

Memandangkan kakna dalam bidang SPA jadi kakna tambah juga perkhidmatan di SPA Comel untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan. Antaranya berkaitan ibu dalam pantang, Bekam dan Akupuntur. Pelanggan yang mahu Sauna..Facial..Bekam..Akupuntur lebih mudah jika datang ke SPA Comel. Perkakas nya boleh tahan banyak sebab itu kakna prefer di rumah sahaja untuk service. Kakna juga ada menyediakan keperluan ibu berpantang seperti :-

Param
Tapal
Pilis
Mandian Herba
Jamu
Tungku Baby
Bedung
Barut
Bengkung Ibu
Supplement Penyusuan

Kakna juga menyediakan Pakej Berpantang pada harga yang sangat berpatutan. Sekiranya adik kakak di luar sana memerlukan perkhidmatan yang kakna sediakan boleh terus hubungi talian whatsapp kakna seperti di bawah. Jangan lupa folow Page dan Instagram kakna untuk info terkini hiburan sensasi eh... Hahaha...

http://tukangurutbersalin.wasap.my

http://vitaminshakleejohor.wasap.my


No comments:

Post a Comment