Wednesday, December 26, 2018

Pengalaman Mengalami Drooping Eye

Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Lama betul tidak menulis disini. Menguruskan SpaComel.. Anak-Anak Bijak.. Keluarga kecil.. Fuhhhh.. Setiap kita 24jam sehari tidak sama haluannya.

Ke hulu ke hilir membantu insan yang memerlukan hingga sendiri terlupa tentang kesihatan sendiri. Hampir dua bulan ambil vitamin C dan Vivix culas. Itu belum Omega (minyak ikan).. Ostematrix (sumber kalsium).. Royal V..

Sehinggalah suatu hari.. Mata kiri ni secara tiba-tiba jatuh sendiri. Tidak dapat di kawal. Waktu itu usaha naikkan semula. Selang beberapa minit berulang lagi. Allahuakbar. Kenapa dengan mata aku ni ya Allah. Ya Allah tolong aku. Masa tu tengah drive.. Segala papan tanda, tulisan jadi kabur dan tak boleh baca.

Tidak fikir banyak.. Terus telefon suami. Petang itu juga suami dari Bandar Penawar gerak balik ke Pontian dan singgah di Shaklee JB. Belilah Omega (padahal omega ada lagi), Ostematrix, Bcomplex, Teh Camomile dan Safron.

Tanya juga pada suami cemana dapat ilham beli semua ni? Suami kata dia google.. Apa yang kakna alami adalah bukan satu jenis penyakit tetapi adalah simptom saraf mengalami kerosakan. Jika dibiarkan akan menyebabkan kekal mata begitu. Sambil dia bergurau.. "cemehhla mata bini aku 🤣🤣"

Kita risau.. Susah hati dia buat lawak. Sebenarnya dah berbulan.. Kakna kurang rehat.. Kurang tidur.. Bila tidak dapat tidur, tengokla telefon dalam gelap. Itulah penyumbang masalah yang kakna hadapi.

Jadinya malam itu terus makan semua dan tidur awal. Esoknya bangun je rasa ringan mata. Cuma bila drive waktu tengahari mata rasa kembang. Masuk hari kedua, alhamdulillah dah ok.

Makan sampai sekarang.. Dah seminggu berlalu. Masih on treatment dan cuba elakkan tidur lambat dan tidak tengok telefon dalam gelap. Sebab bila tengok telefon dalam gelap, mata akan rasa macam tebal dan kebas. Sebab itu masih on treatment.

Jadi sebelum adik/kakak semua kena macam kakna kena, berhati-hatilah dan jaga kesihatan diri. Badan sudah berusia macam-macam yang kurang.. Dari muda mesti jaga pemakanan dan dapatkan supplement yang baik.

Semoga jadi iktibar buat semua.

Wednesday, October 10, 2018

Menambah Ilmu Terapi Saraf dan Tulang Belakang Dengan Terapi Qun

Alhamdulillah bersyukur sangat akhirnya Kakna dapat juga menghadiri Kursus Terapi Qun ni. Sejak 2015 Kakna berhajat nak belajar terapi ini tetapi ada sahaja perkara yang menghalang. Dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu yang penuh makna di tahun 2018 ini.

Hadir kursus dengan sedikit bisa dan lenguh di tangan dan bahu juga tengkuk. Semasa kelas berlangsung kami juga diwajibkan melakukan teknik ini pada rakan sesama kursus sambil mana yang boleh dilakukan sendiri maka boleh la buat untuk diri sendiri. Memang seronok. Walaupun ilmu mengurut tradisional ada dalam dada tetapi Kakna kosongkan dada demi mencedok ilmu Qun ini.

Hasilnya dua hari kursus ilmu dapat..badan yang bisa sakit pun hilang. Lebih bersemangat untuk buat rawatan pada ahli keluarga terdekat dulu. Guru yang paling awesome adalah pengalaman. Jadi kenalah di praktikkan supaya ia tidak hilang atau terlupa malah makin bertambah.

Rawatan yang menitikberatkan teknik lemah lembut supaya pesakit tidak berasa terlalu sakit. Ada teknik yang diajar juga agar tidak menyebabkan pesakit alami sakit terlampau. Memang Kakna sudah juga cuba praktikkan pada anak..emak..suami dan diri sendiri.


TESTIMONI 1
Mak saya dah berbulan sakit di bahagian bahu hingga lengan. Bila tidur malam..jika tersilap/terkasar gerakkan badan akan rasa sangat bisa dan sakit. Kemudian buat  urutan kasih sayang Bersama surah alfatihah dan urutan titik rangsangan fizikal di bahagian Triceps (i) dan supraspinatus...Alhamdulillah.. Masa nak tidur dia terperasan yang tangan rasa ringan dan bisa-bisa juga hilang. Happy sangat takde dah muka menahan sakit bila nak baring atau bangun tidur. Takde langsung keluhan malam tadi.



TESTIMONI 2
Anak saya. Usia 9tahun. Mengadu sakit di belakang di bahagian Trapezius. Saya mulakan dengan pemeriksaan tulang belakang. Alhamdulillah tiada masalah. Jadi saya buat urutan longgar saraf dan tekan di point Trapezius (9), singa laut dan tekukur.. Bersama Alfatihah. Alhamdulillah juga dia kata sakit di bahagian tu sudah hilang.

TESTIMONI 3
Saya sendiri. Mengalami sakit di bahagian pergelangan  tangan dan lengan. Bila bengkokkan tapak tangan akan rasa sengal dan ketat di bahagian pergelangan hingga lengan. Jadi saya cuba urutan di titik rangsangan di Digitorum dan Flexor..rasa ketat dan sengal tu takde dah. Alhamdulillah


InsyaAllah semoga ilmu ini akan berkembang seiring pengalaman demi pengalaman. InsyaAllah Amiin.

Monday, September 10, 2018

Tempahan Makanan Untuk Ibu Selepas Bersalin

Memasak lauk untuk ibu berpantang nampak macam mudah. Ye la orang kata setakat masak simple aje. Sebenarnya bukanlah mudah. Kita kena fikirkan ke'fresh'an bahan basah..sayuran sesuai atau tidak dengan ibu..rempahratus yang sesuai untuk baby yang alami jaundis. Jangan ambil mudah.

Ada beberapa perkara/bahan yang kakna titikberatkan untuk menyediakan makanan untuk ibu-ibu berpantang..tidak kiralah apepun resepinya. Bahan asas nya tu yang selalu orang ambil ringan.

1. Bahan basah seperti ikan/ayam/daging/sayuran.

2. Minyak untuk memasak.

3. Bawang yang digunakan (bukan makcik bawang ..okeh)

4. Kebersihan.


Saturday, September 8, 2018

Kekal Muda Dan Menawan Dalam Tugasan Yang Bertimbun

Ramai sukakan nak kekal bertenaga..kekal cantik..maintain comel walau kerja menimbun di rumah atau di tempat kerja. Tetapi mana ada perkara sebut je tanpa usaha akan nampak hasilnya. Jadi jom kakna nak bawak anda selami kehidupan kakna yang agak hazard hahahaha.

Rutin harian kita tidak sama. Keperluan tenaga dan tahap kerajinan juga tidak sama. Perkara yang penting adalah susun jadual harian. Dan tepati masa. Tapi kakna ada juga masa yang culas...contoh..lewat amik anak kekadang minta bantuan sedara. Kasang aktiviti mengurut mengambil masa tambahan. Unexpected selalunya.

Jadi selain pembahagian masa...pengambilan makanan tambahan itu penting untuk tenaga, kecergasan dan kecantikan. Jadi kakna nak tegaskan bahawasanya susunan masa dan pengambilan supplement tu penting.

Kakna nak cerita sikit jadual harian kakna. Mungkin tidak sama dengan anda tetapi mungkin bole jadi guideline. Untuk tahun 2018 (akan tak sama pada 2019..getting cacamarba).

Sekiranya ada pelanggan yang menempah untuk masak berpantang...kakna akan bangun seawal 5.30 pagi menyediakan bahan2 untuk di masak. Dalam masa settlekan anak-anak sekolah..kakna akan start masak. Selepas hantar anak sekolah..kakna pula bersiap untuk urusan perkhidmatan ConfinementLady.

By 11am kakna mesti dah gerak keluar dari rumah pelanggan kerana anak kakna balik pada 11.30am. Dari 11.30M sehingga 2.30 adalah waktu kakna uruskan anak-anak. Kemudian lepas hantar anak-anak ke sekolah barulah kakna bergerak ke rumah pelanggan atau menanti pelanggan di rumah.

Pada pukul 5.30pm kakna mesti dah settle uruskan pelanggan. Sebab anak kakna akan balik pada 6pm. Selepas pukul 6pm hinggalah malam masa kakma dengan anak-anak dan hal ehwal rumah. Memang nonstop. Itu belum lagi jika malam ada customer yang minta tolong urut.

Kenapa Kakna pilih produk ini sebagai assistant Kakna? Nah..Kakna sertakan khasiat dia sebagai jawapan.

1. Vivix
2. OmegaGuard
3. Vitamin C
4. Habbatussauda
5. GLA
6. Ostematrix


Sunday, July 15, 2018

Best Giler Bonus Shaklee Memang Banyak Jenis

Masa Kakna mula jadi pengedar bebas Shaklee..tidak terfikir pun tentang bonus yang punya banyak Shaklee sediakan. Ketika itu hanya fikir dapat untung retail. Rm10 pun sudah cukup bersyukur masa tu. Kemudian bila nextmonth dapat pula bonus dari Shaklee..terkejut eh..boleh tahan. Bermulalah episod mentelaah aka mengulangkaji tentang apakah lagi yang Kakna boleh perolehi dari perniagaan ini.

Daripada Kakna simpan sesorang adalah lebih baik Kakna share dengan korang. Ada enam bahagian bonus yang kita boleh kecapi. WOW!!!


Setiap produk mempunya dua harga iaitu harga pengedar dan harga runcit. Untung runcit yang diperolehi berbeza-beza mengikut harga produk. Untung runcit yang diperolehi sehingga mencecah 25%. 25% ini adalah kadar perbezaan harga pengedar dan runcit.


Ini ialah Bonus Bulanan yang anda perolehi berdasarkan Volum Belian (PV) yang dihasilkan oleh Kumpulan Peribadi anda. Peratusan Bonus akan meningkat apabila Nilai Unit Kumpulan Peribadi (PGUV) anda bertambah.

PGUV = Belian Peribadi Anda + Belian Pelanggan Anda + Belian Para Pengedar Anda.


DiDalam Perniagaan ini terdapat 7 Pangkat. 
~ Supervisor
~ Senior Supervisor
~ Coordinator
~ Senior Coordinator
~ Key Coordinator
~ Senior Key Coordinator
Master Coordinator

Setiap pangkat dari Senior Supervior sehingga Master Coordinator akan layak mendapat % tertentu untuk Leadership Bonus. Lebih ramai anda melahirkan leader maka lebih banyak Leadership Bonus anda.


Anda akan dibayar Bonus Infiniti secara bulanan apabila anda MENCAPAI PANGKAT COORDINATOR ke atas. % yang akan dibayar adalah bergantung kepada Pangkat. Jumlah yang akan dibayar berdasarkan pada Volum Belian Kumpulan (GPV) yang dijana oleh Keseluruhan Organisasi di tolak dengan GPV yang diterima oleh pengedar Bawahan Pemimpin Perniagaan Efektif yang mempunya kelayakan Infiniti Bonus ini juga.


Mana-mana pengedar Shaklee boleh menyertai Program Gold Ambassador ini dan menaja di negara lain yang terdapat perniagaan Shaklee seperti di China, Jepun, Indonesia dan Kanada. Caranya sangat mudah.


Keperluan kelayakan dan ganjaran akan diterbitkan oleh Shaklee Malaysia dari semasa ke semasa.Insentif Tahunan dan Pengiktirafan adalah keistimewaan dan bukan hak. Shaklee Malaysia berhak untuk menentukan samada pengedar telah memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Peluang sudah didepan mata. Jom rebut peluan keemasan ini. Perniagaan yang bebas masa mengikut jadual kita sendiri. Boleh membawa kita mencapai impian sendiri. InsyaAllah.

Kakna boleh dihubungi di..

WA 0173567078
Insta 'MobileSpaPontian'
FB 'Young&Beauty Pontian'



Friday, July 13, 2018

Tawaran Pelbagai Bonus Dan Kelebihan Menanti Pengedar Shaklee

Wow.. Tajuk tu Aummm Sangat.... Betul ke??
Betul laa...

Dalam Shaklee Compensation Plan atau Bonus/Tawaran dalam Pelan Perniagaan Shaklee terbahagi kepada Tiga C aka 3C.

CASH. CAR. CONVENTION.

CASH itu adalah bonus berupa Cash. Bonus ni adalah hasil jualan retail, bonus dari Shaklee yang akan di terima setiap bulan antara 13-15 hari bulan. Dalam bonus itu telah dimasukkan sekali bonus hasil jualan, bonus leadership mengikut peringkat. TETAPI jangan keliru ya dalam Pelan Perniagaan Shaklee ni.. Bonus yang dibayar tidak diambil dari hasil down line tau. FOR SURE!!!

CAR pula adalah Shaklee tidaklah berikan sebuah kereta kepada anda tetapi Shaklee bagi Cash sebagai reward kepada anda yang telah melengkapi syarat-syarat tertentu. Jadi terpulang kepada anda untuk beli kereta ke.. Rumah ke..

CONVENTION. Yang ini Super Best!!!
a) Trip/Percutian

~ International Trip: Global Conference di US setiap 2 tahun/Umrah atau Negara Pilihan/Umrah (tahun berikutnya)

~ Regional Trip: Negara Jiran Serantau
 

Pada tahun 2019:
~International trip adalah akan ke San Francisco + Las Vegas, RT akan ke Phuket

~Anda wajib tahu bahawa trip ni adalah trip mewah 5 bintang. Memang Marvellous. Siap dapat duit makan lg tau in dolar.

b) Event BESAR.

Ada dua event besar dan terpenting Shaklee Malaysia every year.

- Shaklee National Conference (NC) setiap tahun untuk meraikan pencapaian setiap SID dan diberikan awards.

- Shaklee Business Leader National Conference (BLNC) setiap tahun khas untuk
Shaklee Business Leader yang layak dan masa ni Shaklee akan share apa produk terbaru
yang akan masuk ke Malaysia, apa program dan aktiviti latest yang akan dilakukan oleh Shaklee
untuk tahun tersebut.

Nak tahu lanjut? Nantikan entry Kakna esok. Atau boleh direct whatsapp je kakna di sini http://vitaminshakleejohor.wasap.my


Wednesday, July 11, 2018

Penghantaran Percuma Penjagaan Wajah Youth Dan Set Berpantang Di Sekitar Pontian Sehingga Ke Desaru


Di Malaysia ini...kedai Shaklee ada di tempat berikut sahaja. 
Cuba lihat gambar di bawah ini mana tahu ada berdekatan tempat tinggal anda.

Sekiranya anda berada di sekitar Johor...mungkin anda boleh cuba klik link ini untuk peta perjalanan https://bit.ly/2KZ10nx . Simpan ID 889837 Kakna ini untuk memudahkan urusan anda di kaunter. 
Apa yang perlu anda lakukan apabila sudah sampai di Branch Shaklee?
Mudah sahaja. masuk..jalan terus ke kaunter, anda akan nampak mesin cetak nombor. Tekan dan tunggu giliran anda dengan sabar. Sekiranya ada borang order disebelah..ambil dan isikan.



Sekiranya anda pergi ke HQ Shaklee..keadaan lain sedikit. Anda hanya perlu ambil sendiri barang yang anda mahu beli dan bila sudah siap..sila ambil nombor dan tunggu dengan sabar.



Semoga selamat sampai ke destinasi.
Jangan lupa hubungi Kakna ya untuk penerangan cara makan dan tips untuk bantu masalah anda.

Atau sekiranya anda mahu dapatkan sendiri dari kakna boleh je kita berjumpa di tempat seperti di bawah ni. InsyaAllah tiada cas perjalanan memandangkan KakNa selalu turun ke tempat-tempat berikut.





Sekiranya anda berada di sekitar Bandar Penawar ke Kota Tinggi..bolehla direct hubungi KakNa untuk urusan penghantaran.

Istimewa untuk pelanggan KakNa yang dikasihi, jika anda mahu mendapatkan percubaan mencuci muka dengan YOUTH Shaklee bolehla datang ke SPA Comel di Ayer Baloi. Atau hubungi KakNa untuk buat rawatan di rumah anda. Klik Whatsapp KakNa untuk info lanjut atau DM di Instagram Mobile Spa Pontian atau PM di FB Page Mobile Spa Pontian.

~ Selamat BerShaklee ~

Tuesday, July 10, 2018

Daftar Ahli Shaklee Paling Mudah Dan Cepat

Mudahnya Jadi Ahli Shaklee.
Benda paling diperlukan adalah maklumat anda seperti :-

Nama Anda
Nama Suami/Isteri
Nombor IC Anda
Nombor IC Suami/Isteri
Alamat
Nombor Akaun (Penting supaya mudah pihak Shaklee membuat bayaran bonus)

Buat bayaran rm68.50.
*sekiranya pembelian mencukupi syarat untuk free postage.

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee.
Dinasihatkan sekiranya anda :-
1)telah beralih dan konsisten menggunakan produk/Supplement Shaklee, dan/atau

2)bercadang untuk jadikan Shaklee sebagai perniagaan sampingan, dan/atau

3)mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

JOM join Shaklee Family.

Sebab selepas mendaftar..
Anda akan dapat...
~ramai sahabat/kenalan
~ilmu perniagaan percuma
~belajar ilmu supplement/vitamin
~berkongsi ilmu penyusuan/kehamilan sebab ramai yang join dari golongan ini
~dapat pergi percutian percuma
~dapat pergi umrah percuma
~dapat bonus bulanan
~aktiviti order dan pos barang sangat mudah
~kelas yang diadakan juga sangat sepoi.. Hanya di  telegram atau secara live.

Kelebihan join ahli Shaklee dengan kakna.. Selain yang di atas... Kakna akan ajar secara percuma cara mencuci wajah dengan betul dan demo di wajah anda menggunakan Set Penjagaan Wajah Shaklee yang sedang hangat di pasaran tu.

YOUTH laaaa....nanti korang akan tahu kenapa Youth ni menjadi kegilaan ramai. Dan kakna akan ajar sekali bagaimana menjalankan business spa mobile ni dekat korang.

Esok kakna upload borang untuk korang di entry ini... Sebab malam ni kakna guna phone je Update jadi agak susah untuk upload. Stay tune tau..

Atau boleh sahaja whatsapp kakna direct. And jangan lupa folow Ig kakna... MOBILE SPA PONTIAN.


Monday, July 9, 2018

Pengedar YOUTH SHAKLEE di Johor

Assalamualaikum Alhamdulillah Kakna berpeluang menulis lagi. Kali ni mungkin sedikit panjang kerana Kakna mahu cerita tentang sejarah penubuhan SPA Comel by Mobile SPA Pontian ni yang mana sebenarnya terilham dari perniagaan produk Supplement Shaklee.

Asal paling asal adalah bermula dulu dengan meniaga barang baby... Hint dapat ilham meniaga barang baby sebab menyusukan anak kakna yang ketiga. Kakna bekerja dan peralatan penyusunan untuk ibu bekerja banyak juga... Jadi kakna selalu keputusan stock plastik simpan susu. Jadi dari sinilah kakna mula beli borong dan jual balik.

Sampai satu tahap pengeluaran susu berkurang.. Dan kakna start cari Supplement untuk bantu tambah pengeluaran susu. Sehinggalah Kakna terjumpa set penyusunan Shaklee. Dipendekkan cerita ramai pula geng Officemate yang nak makan Supplement yang sama. Sebab susu perahan kakna pekat dan berbeza dengan Diorang yang susu nya cair.

Bila ramai mahu dapatkan Set Penyusunan ni jadi kakna pun daftar keahlian. Jadi ahli senang lagipun banyak kelebihan bila jadi ahli. Masa tu Oktober 2012. Perjalanan perniagaan Shaklee Kakna pun bermula. Waktu itu hanya berfikir untuk dapat tambah rm100-200 sebulan pun sudah syukur sangat. Rupanya tidak sangka dalam fokus perniagaan dan kerja hakiki.. Boleh jejak 4abgka dalam tiga bulan. Wow!!

Selepas Set Penyusunan... Kakna gunakan pula Set Penjagaan Wajah Nutriwhite keluaran Shaklee tu tetapi sekarang Nutriwhite sudah tidak dihasilkan.. Kerana telah digantikan dengan Set YOUTH. Dan memang syukur sangat sebab waktu itu wajah kakna penuh bintik merah iaitu jerawat nasi dan bekas jerawat yang mula menghitam. Jadi selepas guna Nutriwhite Kakna memang suka sangat. Kulit muka jadi bertambah baik di samping pengambilan VITAMIN C.

Jadi timbul ilham nak kembangkan business. Maka terhasil lah SPA BERGERAK aka MOBILE SPA PONTIAN (MSP) . Sekarang dah melangkah setapak kecil lagi iaitu SPA COMEL by MSP.

Kakna cerewet orangnya.. Sebab itu kakna pilih Nutriwhite (waktu itu) sebagai produk untuk mencuci wajah customer. Alfalfa pula untuk scrub dan Vitamin E untuk lulur. Kakna pilih produk ni sebab ia adalah bahan terpilih yang semulajadi dan telah menjalani banyak kali ujian untuk kesihatan dan keberkesanan.

Jadi disebabkan kakna pun guna.. Kakna yakin dapat va tu mereka yang bermasalah kulit wajah yang sensitif macam kakna. Sekarang bila sudah guna YOUTH kakna lebih yakin pelanggan akan berpuas hati. Aamiin InsyaAllah. Kita mahu berurusan dengan wajah orang lain jadi kena pastikan produk yang digunakan tidak memudaratkan.

Jadi Kakna memang simpan stock.. Untuk memudahkan pelanggan mendapatkan segera produk ini. Just call and kakna sampai. Sekiranya kehabisan stock (ada ketika kakna bizi yakmat tak sempat restock) kakna akan order online.. Order yang di submit sebelum pukul 2pm akan sampai hari esok nya. Memang superb!!

Di awal dulu... Kakna sampai juga ke Batu Pahat dan Johor Bahru.. Tetapi lama kelamaan permintaan di kawasan Luar Pontian tidak dapat Kakna penuhi. Jadi sekarang Kakna cover area Pontian sehingga Pulai Perdana sahaja.

Dipendekkan kisah.. Set Penyusuan dan Set Cantik Kulit dan Set Penjagaan Wajah kakna boleh Cod di Sekitar Pontian dan Johor Bahru. Serta pos ke serata negara.

Memandangkan kakna dalam bidang SPA jadi kakna tambah juga perkhidmatan di SPA Comel untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan. Antaranya berkaitan ibu dalam pantang, Bekam dan Akupuntur. Pelanggan yang mahu Sauna..Facial..Bekam..Akupuntur lebih mudah jika datang ke SPA Comel. Perkakas nya boleh tahan banyak sebab itu kakna prefer di rumah sahaja untuk service. Kakna juga ada menyediakan keperluan ibu berpantang seperti :-

Param
Tapal
Pilis
Mandian Herba
Jamu
Tungku Baby
Bedung
Barut
Bengkung Ibu
Supplement Penyusuan

Kakna juga menyediakan Pakej Berpantang pada harga yang sangat berpatutan. Sekiranya adik kakak di luar sana memerlukan perkhidmatan yang kakna sediakan boleh terus hubungi talian whatsapp kakna seperti di bawah. Jangan lupa folow Page dan Instagram kakna untuk info terkini hiburan sensasi eh... Hahaha...

http://tukangurutbersalin.wasap.my

http://vitaminshakleejohor.wasap.my


Tuesday, May 8, 2018

Paraben Dalam Produk Kosmetik Walau Sedikit Sangat Membimbangkan

Dengar Nama Paraben sahaja sudah buat hati dupdapdupdap. Pernah terbaca Paraben walau sedikit jumlahnya dalam sesuatu produk masih membimbangkan.


Thursday, March 29, 2018

Atasi Masalah Jerawat dan Kegemukan Yang Menyebabkan Keyakinan Diri Hilang

Kita selalu tertumpu pada mencantikkan wajah menggunakan produk penjagaan wajah hingga terlupa sebenarnya cantik itu bermula dari dalaman. Dalaman yang sihat menjana kulit yang cantik dan berseri. Sebab itu penjagaan wajah dari luaran sahaja tidak mencukupi. Apatah lagi jika produk yang digunakan mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya.

Jadi secara asasnya kita memerlukan Vitamin C dan protein yang mencukupi setiap hari untuk menjaga kesihatan dalaman sehingga ke kulit kita. Untuk mengekalkan tubuh badan atau mendapat diet yang betul memang memerlukan sedikit pengorbanan. Ada beberapa tabiat yang sebelum ini kita lakukan perlu di ubahsuai atau dihapuskan terus.

Ini testimoni diri KakNa sendiri. Dahulu jerawat pasir bersepah dimuka. Kulit wajah kering. Mengelupas. Bintik-bintik merah disana sini. kulit tidak sekata dan sedikit gelap. Masa itu badan pun hampir ke 80kg. Allahuakbar...asyik rasa mengantuk..cepat penat..mood tak stabil. Confident Totally Lost!!!

KakNa lost almost 15kg tanpa ubat kurus.....


KakNa pilih Vitamin C dari Brand Shaklee. Harga yang berpatutan dengan kuantiti 180biji dalam satu botol memang berbaloi. Sebulan tidak sampai rm20 pun untuk maintain sihat dan cantik. Kerana sebotol boleh tahan untuk 6bulan untuk yang makan sebiji sehari lah. Kita perlukan Vitamin C ni kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jadi kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Lagi satu Vitamin C Shaklee ini sesuai untuk anda yang ada masalah gastrik. Kerana ia dihasilkan dari ekstrak jagung.

Tahukah anda yang Vitamin C ini mudah larut didalam badan dan akan keluar melalui urin (air kencing). Vitamin C Shaklee ini ada teknik Sustained Released. Maksudnya teknik pelepasan masa..ia akan dikeluarkan secara berperingkat didalam badan jadi tidaklah dibazirkan. 1biji bersamaan dengan 500mg (anggaran 7.5biji oren sehari). Satu lagi keistimewaan Vitamin C SR ini adalah ia diTAMBAH dengan 120mg Citrus Bioflavonoids Complex. Gabungan ini akan meningkatkan keberkesanan dan fungsi Vitamin C ini.


Sebenarnya kita sedar atau tidak bahawa fungsi Vitamin C ini dalam kehidupan kita seharian sangat penting. Ada tujuh yang dapat KakNa explain dengan mudah seperti berikut.

  1. Meningkat sistem imun badan kita. Ia membantu badan melawan penyakit. Sangat membantu untuk kita yang ada masalah kerap jatuh sakit seperti demam, selsema, batuk dan sepertinya.
  2. Mencantikkan kulit dengan cara membantu penghasilan kolagen. Vitamin C diperlukan bagi penghasilan Kolagen terutama sekali bagi wanita berusia lewat 20an ke atas kerana Kolagen tidak lagi dihasilkan. Keanjalan akan mula hilang.
  3. Vitamin C adalah vitamin yang antioksida. Maka ia adalah agen pemusnah Radikal Bebas. Radikal Bebas inilah yang selalu menjadi punca proses penuaan berlaku dengan cepat. Akhirnya wajah akan kelihatan lebih tua dari usia.
  4. Lihat sesetengah dari kita yang sudah mula mengalami masalah sakit lutut atau sendi di usia muda, itu adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C membantu perbaiki tisu perhubungan (joint). Ia membantu baiki sel-sel tulang rawan/ligamen.
  5. Saluran darah kita dilindungi oleh Vitamin C. Ia membantu salur darah jadi lebih anjal dan sihat. Oleh itu aliran darah akan jadi lebih stabil.
  6. Penyerapan zat besi akan dibantu oleh Vitamin C. Ia membantu menghasilkan sel darah merah yang sihat. Masalah Anemia dan Low HB (biasanya ibu hamil) boleh cuba konsisten dengan Vitamin C ini.
  7. Proses penyembuhan luka juga amat memerlukan Vitamin C ini.

Baiklah, Now KakNa nak share kepentingan Protein dalam kehidupan kita seharian. Protein adalah bahan utama pembentukan organ dan tisu badan. Setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein akan menyebabkan kelemahan sistem imun, hilang kepejalan otot, masalah penghadaman, masalah hormon dan pertumbuhan yang terbantut. Organ yang gagal berfungsi boleh menjadi penyebab kematian.

Manfaat protein sangat best!!

  1. Awet Muda. Protein membantu menganjalkan kulit. Kedutan akan tidak berapa kelihatan. Wajah akan kelihatan lebih tegang dan muda.
  2. Baik untuk hormon. Badan kita juga dikawal oleh hormon tertentu. Jadi hormon yang berfungsi dengan baik dengan adanya protein yang cukup.
  3. Untuk lelaki..ini berita baik..Protein baik untuk kesihatan prostat. Prostat dan hormon yang baik dapat menghasilkan kualiti sperma yang baik. Kekurnagan protein boleh menyebabkan lemah tenaga seksual.
  4. Protein adalah pembekal tenaga. Pengambilan protein di awal pagi membantu kelancara tugasan harian.
  5. pigmentasi pada kulit adalah salah satu tanda kekurangan protein. Kulit tidak mendapat makanan yang cukup hingga menggalakkan pigmentasi berlaku.
  6. Membaiki memori. 
  7. Kulit yang cantik. Kekurangan protein menyebabkan kulit kelihatan kusam dan kendur.
  8. Luka lambat sembuh.
Jadi jangan salah pilih produk Protein di pasaran. KakNa pilih ESP untuk kelancaran tugasan harian KakNa dan penjagaan kulit. Kenapa ESP Shaklee??

  • Kualiti Proteinnya yang tinggi. Ini kerana proses penghasilannya yang teliti. Sumber yang diperolehi juga dijalani ujian setiap satunya.
  • Ia adalah Soya yang benihnya tidak di modified. Maksudnya tidak di suntik untuk pembesaran/kematangan yang cepat. Ia melalui proses kematangan secara semulajadi.
  • Mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.
  • Kandungan Indeks Glisemiknya yang rendah juga sesuai bagi mereka yang sedang berdiet gula dan juga pesakit kencing manis.
  • Kacang soyanya diproses pada suhu yang rendah dan tidak menggunakan alkohol bagi menjaga kualitinya.
  • 850g ESP adalah daripada 30kilogram Kacang Soya Original.
  • Ada kajian klinikal yang komprehensif dan ekstensif.

Inilah ESP dan Vitamin C kesayangan KakNa.





















9 Asid Amino yang terkandung didalam ESP

  1. Histidine (Bina dan Baiki Tisu Rosak Serta Bantu SIngkirkan Logam Berat)
  2. Isoloeucine (Hasilkan Hemoglobin dan Stabilkan Tahap Gula Dalam Darah)
  3. Lysine (Bantu Hasilkan Antibodi, Hormon Dan Enzim)
  4. Methionine (Memecahkan Lemak Dan Bantu SIstem Penghadaman)
  5. Phenylalanine ( Bantu kurangkan Selera Makan dan Tingkatkan Mood)
  6. Threonine (Penting dalam pembentukan kolagen dan Elastin Selain hasilkan Antibodi)
  7. Tryptophan (Kawal Berat Badan dan Memelihara Kesihatan Jantung Selain menghilangkan Stress)
  8. Valine (Metabolisme Otot dan Kekalkan Keseimbangan Nitrogen Dalam Badan)
  9. Leucine (Bantu Kesembuhan Kecederaan Tulang, Kulit Dan Tisu Otot)


Amalkan pengambilan ESP dan Vitamin C setiap hari membantu KakNa rasa lebih bertenaga dan berkeyakinan. Memandangkan urusan harian KakNa memerlukan kekuatan mental dan fizikal jadi KakNa akan memastikan tidak skip pengambilannya setiap hari.

Sebarang pertanyaan dan konsultasi yang berkaitan boleh hubungi terus KakNa. KakNa available di Instagram dan facebook juga. Search sahaja "mobile spa pontian" tadaaa..keluarla dia.

Atau untuk mendapatkan harga ahli atau lebih murah boleh juga terus whatsapp KakNa di 0173567078 atau DM di Instagram atau pm di page FB KakNa.

Saturday, March 24, 2018

Youth Memulih Dan Memelihara Kulit Wajah

Cantik. Semua wanita sukakan kecantikan dan tidak kurang lelaki. Menjaga kecantikan bukan mudah. Lambakkan produk di pasaran ketika ini menakutkan. Ada yang tiada kelulusan KKM ada juga yang ada kelulusan KKM. Dan ada juga walau sudah ada kelulusan KKM tetapi mempunyai bahan kimia berbahaya pada kulit.


Sebagai pengguna kita perlu bijak memilih produk di pasaran. Yang paling mudah carilah produk tanpa bahan kimia berbahaya. Ada kelulusan KKM juga. Jika anda seorang yang lebih berwaspada kaji dulu dan risik dulu. Di mana mahu lihat kandungan? Lihat di bahagian label produk.
Jika anda menemui bahasa saintifik yang tidak difahami, boleh cuba dapatkan maklumat di Google atau bertanya terus di kaunter atau pharmacist. Untuk mudahkan carian anda, Kakna nak cadangkan satu produk yang memang kakna guna untuk pakej Facial di Mobil SPA Pontian.


Kenapa YOUTH jadi PILIHAN?

Ada 13 sebab kenapa YOUTH mnejadi pilihan utama.

1) Ia dihasilkan setelah 8tahun melalui ujian dan kajian.
2) Melalui kajian klinikal dan terbukti bebas dari 2500 jenis bahan kimia berbahaya
3) Mempunyai 8 patent pending.
4) Keputusan ujian klinikal menunjukkan 100% wanita yang menggunakan YOUTH secara konsisten akan kelihatan lebih muda dari usia.
5) Sesuai untuk semua jenis kulit. Tidak perlu risau tersalah beli set.
6) Ia idak diuji ke atas haiwan jadi ini bermakna bebas kekejaman terhadap haiwan.
7) Produk adalah Vegan. Maksudnya Tiada bahan berasaskan Haiwan. 100% dari tumbuhan.
8) Bebas GLUTEN.
9) Hasil dari kepakaran dalam dunia kesihatan selama 103 tahun, Skincare YOUTH ini adalah skincare yang padat dengan nutrisi (Nutrient-Densed).
10) Tahukah anda bahawa YOUTH ini berkerja sehingga 3 lapisan kulit.
11) Kajian dilakukan ke atas 100 orang individu dari pelbagai peringkat umur.
12) Jika produk skincare lain bahan aktifnya hanya ada pada Serum. Tetapi YOUTH bahan aktifnya ada pada semua itemnya.
13) BEBAS PARABEN. Skincare YOUTH menggunakan Bahan dari Greentea sebagai menggantikan Paraben.


Seperti di dalam gambar Set YOUTH di atas..YOUTH ini terdiri daripada ;-

LUMINOUS GEL OIL CLEANSER (polish.purify.prepare)

PERFECTING SKIN TONNER (exfoliate.hydrate.nourish)

RADIANCE VITAMIN E DAN C (plump.brighten)

ACTIVATING SERUM (renew at selular level)

AGE DEFENCE MINERAL MOISTURIZER SPF50 (hydrate.protect)

ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM (deeply hydrate while you sleep)


Apakah Bahan-Bahan yang digunakan untuk menghasilkan YOUTH ini?



Selain dari semua yang di atas..ada lagi 3 bahan iaitu...

a) VITAMIN E

b) VITAMIN C

c) RETINOL A+ Complex

d) GREEN ALGAE



Ads satu lagi sebab mengapa harga YOUTH sangat berbeza daripada yang lain...ini disebabkan oleh YOUTH tidak mengandungi PARABEN. Seperti yang kita ketahui Paraben digunakan secara meluas sebagai bahan untuk mengelakkan bahan kosmetik rosak atau basi. Namun Youth menggunakan bahan dari GreenTea iaitu Phenoxyethanol (natural preservative).

Walaupun kandungan paraben pada sesuatu produk adalah sedikit..tetapi jika digunakan berterusan dalam jangkamasa panjang ia akan jadi banyak juga. Selain itu ia boleh mengganggu hormon. Mari kita menjaga diri dengan lebih efektif dengan mengurangkan penggunaan bahan yang memiudaratkan diri. YOUTH ini sangat Exclusive dan walaupun ia exclusive tetapi berbaloi dan berkesan. IBU HAMIL tidak perlu risau lagi..YOUTH terbaik untuk anda.

Harga satu set YOUTH ini membolehkan anda mendapat harga ahli, bonus cash pada 15haribulan depan dan free delivery serta free produk Radiance C+E seperti gambar di bawah ini. Dan Ia valid sehingga 31 May 2018 sahaja.



Radiance Vit e+c ini mengandungi 20% keaslian vitamin c dan vitamin e. Formula gabungan Vitamin C dan E tulen ini membantu mencerahkan kulit dan ia terbukti dapat mengurangkan kesan kedutan garis halus di wajah. Ia juga mengurangkan pigmentasi, melicinkan tekstur kulit serta memperbaiki tona agar cerah sekata.


Specialnya order dengan KakNa..KakNa akan bagi konsultasi percuma cara penggunaan yang betul sehingga bagaimana ia boleh jimat dan tahan lama bersama tips kecantikan dan KakNa akan beri satu lagi cara rahasia mencuci muka dengan betul.

Cara untuk hubungi KakNa?
Mudah aje..
Ni link wassap KakNa www.wasap.my/60173567078
Atau boleh DM KakNa di IG Atau PM di FB page KakNa https://www.facebook.com/urutpontianbekamakupuntur/


Tuesday, February 27, 2018

Promosi March 2018 di Mobile Spa Pontian

Alhamdulillah syukur..lama sudah KakNa tidak menulis. Kesibukan dengan customer dan hal-hal keluarga. Selamat tahun 2018 kepada semua. Belum terlambat laaa pleasee hahaha.. hari ini hari terakhir February 2018..time flies too fast. Semoga masa yang berlalu telah kita manfaatkan dengan baik. Masa akan datang kita istiqomah dengan kebaikan.

Perancangan 2018 untuk Mobile Spa Pontian sudah tersusun, hanya menunggu sedikit penambahbaikan sepanjang perjalanannya nanti. Oh Ya sebelum KakNa terlupa..memandangkan Bulan March adalah bulan kelahiran KakNa dan anak..jadi KakNa membuat satu Promosi.

2Jam Hanya Rm60 (Harga asal RM80)

Uruan Tradisional satu badan.
Bertungku satu badan.
Sengkak Peranakan
Sengkak Wajah
Sengkak Punggung


Dalam pakej ini.. memula sekali KakNa akan tungkukan seluruh badan pelanggan supaya urat-urat yang tegang mengendur sedikit...jadi proses urutan nanti tidaklah rasa terlalu sakit untuk bahagian tertentu. Sengkak pula untuk menaikkan semula seri wajah...dan merapatkan supaya suami lebih gembira..eh eh eh..kan.

Tujuan supaya pelanggan dapat meningkatkan kesihatan dan kecergasan badan untuk aktiviti harian. Lumrah kan wanita sekarang urusan kerjanya dari buka mata sehingga tidur di malam hari. Jadi jika yang membaca ini para suami..apalah salahnya hadiahkan pakej ini untuk isteri sebagai tanda penghargaan atas kesungguhan menjaga family kecil anda kan.


Boleh terus whatsapp KakNa di www.wasap.my/60173567078