Thursday, September 14, 2017

Tempoh Berurut Ibu Berpantang Wajib Ambil

Jika tidak ramai, tetapi masih ada yang tertanya-tanya berapa lama sebenarnya berurut perlu di buat. Dan wajib ke amalan berurut ni. Ramai juga ibu muda enggan memakai param, pilis, tapal dan bengkung.

Kenapa kita orang perempuan yang lepas bersalin ni mesti melakukan amalan-amalan tersebut? Banyak sangat faedahnya.

1. Melancarkan perjalanan darah.
2. Mengeluarkan angin.
3. Mengurangkan urat yang tegang dan mengembalikan ke tempat asal.
4. Membantu mengecutkan rahim.
5. Membantu mengeluarkan darah kotor.
6. Mengurut di urat susu membantu proses pengeluaran susu ibu.
7. Mengembalikan kesegaran badan.
8. Membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh.
9. Mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung.
10. Menaikkan rahim.
11. Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan.
12. Memecah lemak.

Lama mana berurut perlu dilakukan adalah bergantung kepada individu. Tetapi minimum adalah tiga hari. Selebihnya jika mampu, adalah bonus. Mengapa tiga hari?

Hari Pertama
Ibu akan kelihatan lemah dan urutan biasanya akan mengakibatkan sedikit sakit kerana urat masih tegang, ibu masih stress, belum pulih dan keletihan.

Hari Kedua
Ibu akan nampak lebih segar dan.kuat dari semalam. Urutan kedua akan buat ibu rsa lebih lega dan segar. Angin dr badan juga semakin berkurangan.

Hari Ketiga
Uritan sudah tidak dirasa sakit. Malah akan terasa lebih selesa dan best. Juga lebih tenang dan bertenaga.

Dan kakna nak ingatkan. Ibu-ibu boleh buat tiga hari berturut atau selang sehari atau selang dua hari. Jangan sampai tiga hari selang ya. Sebab nanti kena ulang balik semula.

Pesanan Penaja

Sebelum berurut, susukan dulu bayi anda dan sediakan susu perahan sebotol lagi sebagai langkah berjaga-jaga jika baby terjaga semasa tempoh berurut.

Ibu mesti sudah makan dan mandi sejam sebelum berurut. Untuk mengelakkan perut dari masuk angin dan urut akan rasa lebih menyegarkan.

Makan dan minum pada kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Jangan takut jika anda pernah mendengar ibu berpantang elakkan minum air yang banyak, kerana ibu berpantang perlukan air untuk proses pemulihan dan penghasilan susu.

Wanita, jangan abaikan perkara-perkara di atas. Kesannya mungkin tidak nampak sekarang masa ini. Ibu -ibu akan merasa ketika usia mula meningkat.

Selamat BERPANTANG.


No comments:

Post a Comment