Friday, September 15, 2017

Resepi Minyak Jadam Cara Alternatif Rawat Bengkak

Ini resepi terbaru yang kakna dapat untuk merawat bengkak. Ramuan minyak ini juga boleh dan sesuai digunakan untuk rawat orang.yang stroke dan ibu berpantang selepas bersalin.

Ramuan Minyak Jadam :                                   

Kuantiti nya agak2 je la ye..sbb org tua-tua ni ajar tiada ada sukatan.. Ikut nak banyak mana yang kita mahu buat. Sukatan di bawah ni utk dipadankan dengan satu peket kecil Jadam. Biasa di kampung, harga sepeket Jadam adalah RM1.50.

Halia dlm 2@ 3 ketul besar (selepas diblend, ia akan menghasilkan dlm 5-6 sudu besar).

Limau Nipis 3 biji.

Jadam  satu peket.

Minyak masak dlm 1@2 senduk nasi.

Cara membuatnya:                                              

Masak halia yg telah diblend + minyak masak + jadam hingga jadam larut  + masukkan perahan limau nipis, masak sehingga mendidih dan kecilkan api.

Bahan-bahan yang dimasak hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan daripada hangus@ berkerak. Bila minyak telah menjadi likat@pekat dan jadam telah larut,boleh matikan api dan biarkan minyak ini sejuk.                 

Tips : Untuk rawat bengkak/radang otot sila tampalkan hampas pati minyak yg suam-suam kuku ke tempat yg bermasalah. Balut tampalan tadi dengan daun pisang atau daun kunyit atau daun yg sesuai untuk membolehkan bahan hampas tadi mudah diserap ke dalam kulit.. Selepas dibalut dgn daun, bolehlah dilapik dengan bandage untuk keselesaan.

Untuk memasak minyak ini, kalu boleh gunakan alatan yg dah buruk atau yang sudah tidak mahu digunakan untuk memasak lagi. Ini kerana ianya akan meninggalkan rasa pahit.. Jadi guna la senduk dan periuk yang kecil atau mangkuk steel yang sudah jadi buangan.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment