Wednesday, August 2, 2017

Mandian Herba Untuk Wanita Kekal Berseri Dan Jelita

Ya Allah mandian herba ni dulu-dulu masa berpantang, KakNa memang suka. Lepas mandi akan rasa fresh sangat. Bauan dia tu menenangkan minda. Air hangat pula buat urat-urat sejuk jadi suam-suam dan selesa sangat. Rasa macam tidak mahu keluar bilik air.!

*Apa Agaknya Dedaunan Herba Yang Digunakan*

Semasa berpantang anak sulung..my mother in law bawak satu guni/kantung dedaunan. Yang KakNa paling ingat adalah daun pisang, masa tu KakNa berfikir...daun pisang ada khasiat ke buat mandi? Rupanya...ia salah satu daun terbaik selain yang paling mudah diperolehi.

Antara top daun tu...
Daun Kunyit.
Daun Mengkudu.
Daun Pandan.
Daun Serai Wangi.
Daun Lengkuas.
Daun Inai.
Daun Lenggundi.
Daun Bonglai.
Daun Secerek.

Campurkan dengan buah mengkudu dan halba. Tetapi jika anda di tengah kota, susah hendak cari...memadai dedaunan di bawah ini.

Daun Pisang Kering atau Basah.
Daun Serai.
Daun Pandan.
Daun Limau Purut.
Daun Kunyit.

Campurkan halia muda dan lengkuas. Tetapi kalau susah sangat nak jumpa..beli ajelah yang dah siap. Biasa KakNa jual dari brand Sri Sari Herbs dan MokDe.

*Cara Mandi*
Cara ini KakNa baru tahu..thanks to blog mutiarasayangibu.

Mula dengan ibu jari kaki kanansehingga pinggang.
Lakukan yang saa dari ibu jari kaki kiri hingga pinggang.
Jirus dari ibu jari kedua-dua belah kaki hingga bahu kanan.
Lakukan yang sama hingga bahu kiri.
Dan mandilah terus seperti biasa.

Ini dicadangkan supaya urat-urat badan tidak terkejut..lagipun Nabi Muhammad pesan kan..mandi mulakan dari kaki.

Tujuan mandi herba ini sebenarnya berkait dengan urat, sendi dan emosi diri. Kelebihan mandi herba berbanding mandi air hangat biasa banyak sebenarnya. Buat amdi herba ini sehingga dua minggu berpantang, atau lagi baik sehingga selesai berpantang.

Ia sangat membantu untuk :-
💋 Memejalkan otot
💋 Menyegarkan badan
💋 Mengeluarkan angin dalam badan
💋 Merehatkan otot
💋 Menghaluskan kulit
💋 Awet muda
💋 Melancarkan pengeluaran susu ibu
💋 Aromaterapi

Jika anda memerlukan ramud mandian herba ini boleh terus whatsapp ke KakNa.

Klik je link ini...
www.wasap.my/60173567078


No comments:

Post a Comment