Tuesday, August 1, 2017

Ibu Khilaf.... Maafkan Ibu Sayang...

Petang tadi KakNa mengurut di Parit Patah. KakNa bawa Syaheer. Niat KakNa, mahu kurangkan beban mak dari menjaga dua orang, hanya kepada Aufa sahaja. Dhiya dan Wafi diorang dah boleh faham like sudah boleh ambil makanan sendiri. So, oklah...diorang pon boleh harap dah tengok ka adik.

Kebiasaannya Syaheer akan minta telefon KakNa untuk buang boring dia menunggu. Dan kalau dia tak minta, KakNa akan beri bila wajahnya dah mula nampak kebosanan. Tetapi hari ini, both of us forgot about it. Today he just like always. Bawak diri sendiri and tak kacau orang.

Benda Nak Jadi, Siapa Kita Nak Menghalang.

Dia masuk ke bilik, menjengah KakNa dan keluar..berlari. Suddenly i heard something hit something. And...terdengar dia menangis. KakNa lari keluar...and he ran towards me with blood at his face. Ya Allah...

KakNa menggigil dan dukung dia bawa ke sinki to stop his blood. Alhamdulillah it stop. But luka dia buat KakNa panik. KakNa capai handbag yang hanya kunci, no purse, sampul raya (ada rm40..syukur) and terpaksa stop sessi mengurut dan bergegas ke kereta, start and jalan.

Dalam menggigil dalam menahan air mata, KakNa ke Klinik Kesihatan Parit Mesjid. Stop the car and dukung dia and jalan selaju mungkin. Sampi di kaunter, nurse terperanjat and said..

"tak boleh buat di sini, kena pergi ke hospital. Tapi saya tutup dulu"

Dia ambil dressing and settlekan kerja dia. Thank you nurse, sorry KakNa tak sempat tengok nama awak. Then, jalan selaju mungkin dengan air mata yang mula menitis. Drive from KKPt.Mesjid to Hospital. Berselawat dalam hati semoga boleh di tampal tanpa di jahit. Kita pun tahu kan...sakitnya bagaimana.

Lampu traffic lite di Taman Megah yang selalu sekejap hijaunya, alhamdulillah hari ini...lama..KakNa di antara yang beratir paling belakang...Syukur lepas, terus masuk  parking yang the one and only parking ngam-ngam depan pintu pagar hospital. Parking lain is FULL.

Dukung dia terus ke kaunter dalam. No purse, No.Ic for both of us 😯😯, only with my face yang penuh kesedihan, kegusaran, kesugulan, mencari kekuatan. Syukur nurse (again i forgot to see her nametag) izinkan masuk.

"Awak isi nama ic n alamat. Lepas tu awak pergi bilik 6A, jika dia minta kad..awak bagitahu misi tengah buat"

Thanks misi...

Then bergegas ke bilik 6A. KakNa cuba pujuk the doktor supaya tidak jahit..but..doktor said...

"NO...sebab lukanya besar and dalam." KakNa pasrah.

Dibius (sedih sangat, terasa sakit hati), di jahit..again he cried and cried...seperti bius tidak menjadi...(hatiku sakit setiap kali dia menjerit. Ya Allah kuatkanlah anakku..permudahkanlah. Dan....apabila siap je jahitan yang ketiga...terasa sayuuu sangat hati seorang ibu.

Ya Allah ini khilafku. Ampunkan aku. Maafkan ibu sayang. Beriku kekuatan ya Allah, semoga anakku cepat sembuh. Dua hari sekali kena pergi cuci di Klinik Kesihatan berdekatan. 7 August tarikh buka jahitan.

Sampai di Kaunter Farmasi, ambil nombor dan letak nota doktor..KakNa duduk sebelah Syaheer...he just termenung...berulang kali ibu minta maaf dari Syaheer...ibu tak peduli pharmacist tengok ibu menangis. Hati ibu sakit melihat kamu kesakitan. Dan setiap kali ibu terkenang peristiwa tadi, airmata ibu masih tidak boleh ditahan.

Dalam kereta kamu masih mengomel itu dan ini. Bibir comelmu sentiasa bertanya itu dan ini. Memandangkan selipar kesayangannya tertinggal di rumah customer tadi, dia merengek supaya patah balik ambil seliparnya. Puas ibu pujuk...alhamdulillah berjaya.

Saat ibu menulis ini, Syaheer sedang tidur dengan lena. Ibu tatap wajahmu anak. Ibu tidak boleh tidur, ibu kena monitor kamu. Tangan kamu tadi hampir menggosok dibahagian luka...5.30am ibu kena beri kamu antibiotik. Perlu diambil 4kali sehari 8ml selama 5hari.

Ibu manapun bila berada di situasi ini, tanpa suami disisi, akan panic...apatah lagi bila suami jauh dimata dan tak boleh balik. It teached me how to be stronger. Bila petang, husband call bila dia dah keluar site, maka bercucuranlah air mata ni nonstop bercerita. KakNa Trauma..


No comments:

Post a Comment