Thursday, July 27, 2017

Tips Mudah Merawat Bayi Yang Mengalami Kembung Perut

Assalamualaikum sahabat #alammaya semua...lama dah kakna tak share tips ek?!

Okay...memandangkan tips merawat #kuningbaby kakna dah share, maka hari ni..nak share tips merawat #babykembung perut. Ibu-ibu baru dan bakal ibu jangan panik nanti bila baby tidak boleh tidur.

Masalah utama bila baby tidak dapat tidur gara-gara angin ni, adalah..

~ibu akan stress. Bahaya tau ibu berpantang mengalami stress..boleh mengakibatkan kemurungan dan menjurus ke meroyan. Nak ke? Mesti taknak..

~baby menangis tidak berhenti. Nanti akan jadi semakin berangin. Lagi seisi rumah tidak dapat tidur.

Apa ibu perlu buat?
* Ambil daun sireh/mengkudu/ketum. Layurkan atas lilin...rasa dulu di tangan sendiri, biar suam2 sikit je...kemudian tekapkan di perut baby dalam 2saat dan angkat. Ulangi sampi daun tu sejuk.

*Sapu minyak telon/gamat di bahagian betis ke tumit. Lakukan urutan sangat lembut dari bawah ke atas betis.

*Tiarapkan baby dah usap bahagian bawah ketiak dan terus ke pinggang. Lakukan juga di bahagian belang. Do it mildly.

* Lakukan urutan dengan teknik #iloveu dibahagian perut. Lakukan dengan lembut ya..

*Ibu elakkan dulu memakan makanan yang boleh menyebabkan angin/sejuk seperti nangka, sayur bayam, kobis, jantung pisang, ulam pegaga yang tidak dimasak dan ingat kembali apa makanan yang anda baru makan hari ini.

* Pecahkan sebiji lada hitam dan letak di celah pusat baby untuk few minutes.

* Bole juga tungku di perut, betis dan belakang peha bahagian bawah. Rasakan dulu di tangan sendiri ye..elakkan terus letak pada kulit anak.

*Sekiranya usia baby sudah lebih dua tiga bulan, ibu boleh la cuba peppermint ginger plus...baik juga untuk ibu...

Selamat mencuba😘😘😘😘semoga dapat membantu masalah adik-adik okay...


No comments:

Post a Comment