Thursday, July 27, 2017

Tips Mudah Merawat Bayi Yang Mengalami Kembung Perut

Assalamualaikum sahabat #alammaya semua...lama dah kakna tak share tips ek?!

Okay...memandangkan tips merawat #kuningbaby kakna dah share, maka hari ni..nak share tips merawat #babykembung perut. Ibu-ibu baru dan bakal ibu jangan panik nanti bila baby tidak boleh tidur.

Masalah utama bila baby tidak dapat tidur gara-gara angin ni, adalah..

~ibu akan stress. Bahaya tau ibu berpantang mengalami stress..boleh mengakibatkan kemurungan dan menjurus ke meroyan. Nak ke? Mesti taknak..

~baby menangis tidak berhenti. Nanti akan jadi semakin berangin. Lagi seisi rumah tidak dapat tidur.

Apa ibu perlu buat?
* Ambil daun sireh/mengkudu/ketum. Layurkan atas lilin...rasa dulu di tangan sendiri, biar suam2 sikit je...kemudian tekapkan di perut baby dalam 2saat dan angkat. Ulangi sampi daun tu sejuk.

*Sapu minyak telon/gamat di bahagian betis ke tumit. Lakukan urutan sangat lembut dari bawah ke atas betis.

*Tiarapkan baby dah usap bahagian bawah ketiak dan terus ke pinggang. Lakukan juga di bahagian belang. Do it mildly.

* Lakukan urutan dengan teknik #iloveu dibahagian perut. Lakukan dengan lembut ya..

*Ibu elakkan dulu memakan makanan yang boleh menyebabkan angin/sejuk seperti nangka, sayur bayam, kobis, jantung pisang, ulam pegaga yang tidak dimasak dan ingat kembali apa makanan yang anda baru makan hari ini.

* Pecahkan sebiji lada hitam dan letak di celah pusat baby untuk few minutes.

* Bole juga tungku di perut, betis dan belakang peha bahagian bawah. Rasakan dulu di tangan sendiri ye..elakkan terus letak pada kulit anak.

*Sekiranya usia baby sudah lebih dua tiga bulan, ibu boleh la cuba peppermint ginger plus...baik juga untuk ibu...

Selamat mencuba😘😘😘😘semoga dapat membantu masalah adik-adik okay...


Wednesday, July 26, 2017

Nasi Ayam Istimewa Buat Anak-anak ibu

Assalamualaikum..sebulan sudah berlalu..kakna tak menulis kan. Rindu ke? 😂😂😂😂 Alaaa jangan la merajuk, tidak sengaja la menyepikan diri pulak. Tugasan kekal silih ganti.

Okay hari ini eh...sebenarnya dari hari isnin lagi kakna plan nak masak Nasi Ayam. Nak dijadikan cerita hari isnin tu kakna sudah aim la memang nak surprise kat anak. Lama sudah diorang minta nak makan nasi ayam.

Jadi terciptalah Nasi Ayam Versi Bonda Wana ni...nah kakna bagi gambar dulu..petang sikit kakna bagi resepinya pula okay....simple dimple je..yang best dapat pujian dari emak kakna dan anak-anak. Psstttt anak kakna yang sulung ni jarang dia makan bertambah tapi hari ini hmmmm banyak kali tambah.

Alhamdulillah...