Friday, June 16, 2017

Sentiasa Bersangka Baik Kepada Allah - Kunci Ketenangan

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Bismillahirrahmanirrohim
Hidup kita ini sangat singkat. Kurangkan mengumpul negative vibes. So, ENJOY!!! Psstttt korang suka jalan-jalan tak? Sejauh mana korang telah pergi berjalan-jalan? Melancong ke mana yang paling jauh telah korang pergi? Adakah ia sebagai hobi atau tuntutan tugas atau tempat kelahiran anda?

Jujurnya kan, KakNa ni suka berjalan dan melihat tempat orang. Tetapi dilahirkan dalam keluarga yang bukan senang, membuatkan ia hanya sekadar impian. Nama pun sekadar impian...Kakna teringin mahu melancong ke Jepun, Korea, Turki, Paris...semoga suatu hari KakNa berjaya jejakkan kaki ke tempat-tempat itu. Dan impian paling utama, KakNa mahu ke Rumah Allah bersama ibu, suami dan anak-anak. InsyaAllah. Aamiin.

Nak cerita sebenarnya kan lama sudah KakNa mahu rehat-rehat aman damai tidur di hotel sambil menaip entry untuk blog kesayangan KakNa ini. Allahuakbar..Allah sangat kaya pemurah maha mendengar. Impian yang satu ini tercapai. Hotel sponsored by lagi..jadi jika korang ada impian dan kehendak, mintalah pada Allah. Walau kita merasa ia seperti mustahil namun pada Allah tiada yang mustahil. Sentiasa berbaik sangaka sesama insan dan terutamanya Allah.

Alhamdulillah juga..PC yang rosak dapat diganti dengan Lappy dalam masa 2-3 hari sahaja. KakNa susah hati bila PC KakNa rosak, sebab KakNa sudah mula konsisten untuk membuat entry blog kesayangan KakNa ini setiap hari. Jadi bila ia rosak, KakNa takut sangat KakNa lost terus. Semoga lappy ini dapat bertahan lama selama-lamanya untuk KakNa gunakan. Manalah tahu suatu hari KakNa dapat brand Apple pulak kan..hehehehehe..impian FREE kottt...sooo whatttt

Korang tahu tak, Perniagaan Supplement ini sebenarnya membantu KakNa mencapai sedikit demi sedikit impian untuk bercuti ke luar negara secara percuma. Peluang terbuka, cuma usaha kenalah 500%. Bukan mudah untuk berjaya. Untuk berjaya wajib konsisten. Halangan demi halangan wajib dilalui. Perniagaan Supplement Shaklee ini juga yang menjadi punca Perniagaan Mobile SPA KakNa diwujudkan. KakNa happy sangat walau ia masih kecil tetapi selama dua tahun ia diwujudkan, progress itu nampak. Nampak Jelas sangat.

Beza Perniagaan Supplement dan SPA KakNa tiada beza bagi KakNa. Tujuan disebalik tujuan adalah meningkatkan tahap kesihatan dan kebahagiaan insan lain. feedback positif pelanggan KakNa menaikkan lagi semangat KakNa. Semoga Allah membantu KakNa untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan-pelanggan KakNa.  Aamiin.. Jika ada antara pembaca entry KakNa ini ibu yang tidak berkerja dan mahu mendapatkan duit sendiri untuk diri, anak-anak dan keluarga, mari hubungi KakNa. KakNa akan guide anda.

Ia bukanlah susah seperti yang difikirkan. Dari takut, insyaAllah akan menjadi hobi terbaik anda. Hmmmm...Malam nanti KakNa sambung lagi ye...KakNa nak iron baju untuk majlis berbuka petang ini. Takut nanti En.Suami sampai..kami belum siap.

.........seperti yang KakNa janji...Nah KakNa belanja sikit gambar-gambar kami dari hotel sampailah balik hotel. Gambar kenangan. Satu lagi hobi KakNa tercapai hari ini..jalan-jalan cari makan hehehe...


9 comments:

  1. spa mobile tue cmna sis? menarik pula nak tahu

    ReplyDelete
  2. Spa mobile tu blh bagi servis sampai Seksyen 30 shah alam tak?

    ReplyDelete
  3. spa mobile tu spa bergerak sis believe unity ... perkhidmatan spa dari rumah ke rumah

    ReplyDelete
  4. Orang yang suka travel ni terbuka sikit cara pemikiran dia kan. Admire sangat.

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka juga Kalau sesekali stay hotel 😊 Boleh bagi ilham baru juga bila keluar sebentar dari rumah kan

    ReplyDelete
  6. Semoga kakNa sentiasa sukses dalam apa jua yang KakNa sedang lakukan dan impi-impikan..Insha Allah.

    ReplyDelete
  7. Best staycation sekali sekala untuk refreshkan minda setelah penat bekerja

    ReplyDelete