Saturday, June 3, 2017

Mobile SPA Pontian Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Mobile Spa Pontian (MSP) atau SPA Bergerak...ilham ni lahir sudah lama sebenarnya... Dari Kakna masih menetap di Selangor lagi, cuma keadaan tidak mengizinkan ketika itu untuk Kakna laksanakan impian ini. Jadi hari ini Kakna rasa nak share serba sedikit tentang MSP ni dan Kakna....yeayyyy...

Assalamualaikum...

Kakna tahu mesti yang membaca ni pernah menjadi pelanggan MSP dan mungkin akan menjadi pelanggan MSP. Di awal pembukaan dulu...memang Kakna kurang ilmu tentang SPA. Kakna jalankan MSP ni dengan tekad dan semangat. Jatuh bangun...pejam celik..Alhamdulillah sudah lebih setahun MSP beroperasi. Walau banyak dugaan/cabaran..hampir menutup MSP...walau hanya seorang dua pelanggan sahaja di awal operasi dahulu, Alhamdulillah berkat dorongan suami..Kakna masih di sini.

Kakna punya impian yang tinggi dengan MSP ini, tapi Kakna akan kongsikan kemudian nanti. Korang mesti teruja bila baca impian Kakna dengan MSP ni nanti...hehehehehe.. MSP bermula dengan Facial, Sauna, SPA Massage, Lulur/Scrub dan Pedicure/Manicure. Dan kini Kakna telah melebarkan sayap sehingga ke Penjagaan/Rawatan Ibu Berpantang, Akupuntur dan Bekam. Syukur alhamdulillah sambutan dan respon sangat menggalakkan.

Terima kasih tidak terhingga kepada para pelanggan Kakna dari awal sampailah sekarang. Mungkin anda semua rasa hendak tahu serba sedikit tentang Latar Belakang Kakna kan. Secara ringkasnya kan...

Nama Penuh : Niriwana Othman

Asal : Pontian, JDT.

Sekolah : Sek.Men.Keb. Dato' Penggawa Barat.

Tahun : 1993 hingga 1997

Melanjutkan Pelajaran : Universiti Putra Malaysia

Tahun : 1999 hingga 2003

Okay...jika ada yang sama batch Kakna di SDPM dan UPM..say la haiiiiii...

Bagaimana Timbul Minat Untuk Buka Mobile SPA?

Sebenarnya idea datang semasa Kakna gagal. Kakna pernah berniaga barangan baby sehingga buka sebuah butik di Bangi dahulu. Tetapi pelbagai dugaan dan masalah melanda sehingga Kakna tidak dapat mempertahankan perniagaan tersebut. Jadi Kakna berfikir apakah lagi perniagaan yang aku boleh buat? tiba-tiba terfikir SPA sebab jiran butik Kakna dulu adalah SPA. Tapi aku tak mampu nak buka premis vogue macam dia. Then..why not i just make it from door to door?

Jadi satu persatu idea datang dan yang paling mengujakan bila kulit wajah Kakna kembali pulih. Dan Kakna dapat keyakinan untuk bawa produk ini sebagai Supporter Kakna..ini kisah cerita kemudian. idea datang sehingga Kakna pulang ke Pontian, Johor. Alhamdulillah Allah mudahkan satu persatu urusan penubuhan MSP ini. Syukur Alhamdulillah sekarang MSP sudah punya pelanggan tetap setiap bulan or at least dua bulan sekali pelanggan tetap.

Terima kasih sangat kepada semua pelanggan MSP. Tanpa support dari korang...siapalah kami. Dari Semasa ke Semasa Kakna akan mantapkan lagi perkhidmatan Mobile SPA dan sekarang alhamdulillah MSP sudah mendapat Sijil SKM 3 dalam bidang Uutan Terapi dan ada banyak lagi perancangan peningkatan kemahiran diri untuk penambahbaikan MSP di masa akan datang.

Semoga Allah terus memberkati MSP untuk anda semua. Muahhh 100x!!!!!







2 comments: