Friday, June 23, 2017

Menyambut Aidilfitri Di Rumah Sendiri Buat Kali Pertama

Allahuakbar...penat sangat... apalah yang KakNa letihkan sangat tu kan...

Assalamualaikum sayang semua...orang kata selagi belum raya selagi itulah ada je ulang alik ke bandar Pontian tu. Ada sahaja barang yang belum lengkap. Butang baju melayu la, pin tudung la, rempah ratus la eh macam-macam lah. Itu belum baju-baju yang tidak kering dua tiga hari ini. Boleh jadi pitam KakNa.

Hari raya kedua sudah kena bertolak ke Jitra (padan muka hang KakNa oii sape suruh kahwin orang ujung-ujung sangat). Masalahnya baju belum masuk beg, sebab masih belum kering. Dua tiga hari ini matahari tidak garang. Bertabahlah esok no matter what kena pergi mendobi.

Esok kan silibus KakNa memang padat sendat ketat gila...mana tidak...
1. Settlekan susun kuih raya.
2. Gosok baju anak-anak, suami, emak, diri sendiri.
3. Masak lauk lodeh, rendang daging dan ayam kicap.
4. Buat ketupat (tadi anyam pon baru dapat 15 kelongsong ketupat).
5. Merebus ketupat.
6. Kena ke kulai ada urusan.
7. Kena beli Fresh flowers.

.......After almost two weeks tak menulis...hari ini Kakna sambung entry ni.

Dalam 7 list kat atas tu...ada 1-2 yang Kakna tidak dapat buat. Kesuntukan masa. Dari awal pagi cuba settlekan hal ketupat sebab ia juadah utama pagi raya 1 Syawal. Jadi malam raya tu agak sibuk juga, sebab petang dah ke Kulai terus balik ke rumah abang sebab berbuka di rumah dia.

Selepas berbuka, rushing balik rumah sebab pagi raya adik beradik akan berkumpul di rumah Kakna. Malam raya tu...Kakna, Husband and Kakak Ipar sibuk settle kan juadah untuk pagi esok. Masak dua jenis rendang (utara dan selatan), sup tulang, ketupat dah settle petang. Well seronok sangat.

Thanks to my Kakak yang tolong masakkan lodeh di rumah dia dan bawa ke rumah Kakna. Dulu-dulu mak Kakna yang masakkan untuk kami semua tiap kali Syawal. Tapi alhamdulillah tahun ni kami adik beradik dan ipar duai yang siapkan.

Inilah permulaan raya paling bermakna buat Kakna dan suami. InsyaAllah semoga kami dapat buat open house atau sedikit jamuan makan untuk sahabat dan customer kami.

Allah jua sebaik perancang.
Alhamdulillah.
(Pssttttt...gambar raya nanti Kakna bagi link album)


No comments:

Post a Comment