Friday, June 9, 2017

Jom Cuba Resepi Istimewa KakNa Ramadhan 2017

Assalamualaikum...

Hobi Bulan Puasa. Mencari Resepi Makanan Paling Menyelerakan & Mudah. Hari ini KakNa jumpa dua resepi yang KakNa akan buat esok untuk berbuka. Kenapa Esok? Sebab baru jumpa tadi dan tidak sempat mencari bahan-bahan utamanya. Apa resepi KakNa tu? Mudah sahaja... Kerang & Ikan Siakap. Ini bahan utamanya. Hari ini KakNa nak buat Sup Ayam Kampung Muda bersama Sambal Kicap. Malam nantiu KakNa upload gambar Sup Ayam Kampung Muda Dan Sambal Kicap, tetapi lepas KakNa balik dari mengurut ye.

Nah Resepinya....

Kerang Marvellous Yummy

Sekilo Kerang
Serai tiga Batang
Limau Nipis Tiga Biji
Lemon Sebiji
Asam Jawa
Cili Padi 8biji (bergantunglah kalau korang suka pedas)
Daun Ketumbar
Bawang Besar sebiji
Bawang Putih Setengah Labu
Sedikit Garam Dan Gula

Cara Masak...

Rebus Kerang. Buang kulit kerang sebelah sahaja. Letak dalam satu mangkuk. Masukkan Perahan limau dan lemon. Hiriskan Serai, Bawang-bawangan dan Cili Padi. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kerang tadi. Gaulkan rata. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula, agak aje lah ya sesedap rasa. Kemudian masukkan ke dalam pinggan lauk dan hiaskan dengan daun ketumbar. SIAP!!!!!!


Ikan Siakap Pompom

Ikan Siakap 2 ekor
Bawang Besar Dua Biji
Bawang Putih Setengah Labu
Cili Padi (ikut tahap kepedasan yang digemari)
Limau Nipis 4biji
Lemon 2biji
Tomato sebiji
Serai 2 batang
Garam
Gula

Cara Masak...

Ikan siakap yang telah disiang tadi...diletakkan ke dalam mangkuk dan kukus. Taburkan bawang dan serai yang sudah dititik pada ikan tadi. Tutup dengang mangkuk pengukus dan biarkan selama 20-30minit. Sementara itu, buatlah sos untuk ikan ni tadi...Potong Cili Padi atau tumbuk...masukkan perahan lemon dan limau nipis juga jangan lupa masukkan tomato yang telah di potong dadu, masukkan sedikit garam dan gula. Selepas 30minit, keluarkan ikan dari periuk kukus dan tuangkan sos tadi di atas ikan.

Mudahkan.... YA Allah lapar perut KakNa..psssttt Kalau Tidak Memenuhi Permintaan Tekak uolsss...Rebrand lah ikut uollsss nya selera k....

SELAMAT MENCUBAAA!!!

No comments:

Post a Comment