Sunday, June 11, 2017

Elakkan Berputus Asa Ketika Melihat Susu Perahan Di Paras Basah Tapak Botol Sahaja

Assalamualaikum..

Adakah adik ni seorang ibu muda yang bercita-cita mahu melaksanakan penyusuan selama 2tahun pada si comel? Tetapi adik seorang ibu yang berkerjaya? Tidak tahu bagaimana untuk menyusun atur susu perahan? Tidak yakin boleh melakukan at least 6month? Pasti macam-macam lagi di fikiran itu kan....Janganlah risau adik-adik KakNa ni. Walaupun kiranya ini baby kedua tau ketiga atau keempat tetapi baru datang gerak hati untuk menyusukan anak sepenuhnya, mari baca tips KakNa ni.

Bagaimana Mahu Merangsang Pengeluaran Susu Diawal Kelahiran?

Adik-adik diawal kelahiran maknanya dari saat selepas melahirkan, baby selesai disiapkan dan dibersihkan..adik-adik mesti ajar si comel untuk menghisap. Azalinya si comel memang tidak pandai dan tidak tahu caranya. Sebagai ibu, adik-adik mesti tabah dan berusaha. Jangan cepat menyerah kalah dan terus beri puting botol dan susu formula.



Mulut baby memang comel, ada puting payudara ibu pula besar..agak sukar baby mahu cuba masukkan. Jadi adik-adik kena bantu. Selain itu posisi ibu dan anak pun perlu diambil kira. Ibu-ibu perlu menjaga bahagian belakang dan pinggang. Adalah lebih baik ibu-ibu bersandar ketika menyusukan. Mari perhatikan gambar di bawah ini supaya ia lebih jelas untuk adik-adik pelajari Teknik Pelekapan yang betul.




Susu Sedikit Baby Asik Merengek Macam Tak Puas

Mungkin 'YA" disebabkan oleh lubang aliran susu di puting baru ada satu dan perlahan sangat. Disini ibu-ibu jangan mengalah. Lakukan sedikit urutan untuk melancarkan aliran susu dan sentiasa berikan baby hisap supaya lubang-lubang tadi clear. Perut baby kecil sahaja..tengok ini.


Tips Menguruskan Susu Perahan

Ini KakNa share dari ---->> (Sumber dari Rahsia Penyusuan Ibu Berkerjaya, Pakar LAktasi Bertauliah PPUM)

1) Susu ibu adalah sel hidup dan sensitif kepada perubahan susu mendadak.

2) Salah satu konsep asas pengurusan susu perahan adalah PERUBAHAN SUSU PERAHAN SEBOLEHNYA SECARA PERLAHAN-LAHAN.

3) Kuantiti susu yang diperlukan adalah ditentukan oleh kapasiti perut baby sendiri.

4) Susu ibu sentiasa berubah ikut keperluan bayi. Golden Milk tau!!!

5) Susu ibu adalah custome made mengikut cuaca, keadaan kesihatan ibu dan bayi, pemakanan ibu dan tempoh masa penyusuan.


6) Cuci tangan dan mulakan dengan bismillah.

7) Sentiasa berdoa semasa ,menyediakan dan menyimpan susu perahan semoga dilindungi dan diberkati.

8) Gunakan cooler bag dan icepack untuk menyimpan dan membawa pulang susu perahan dari pejabat ke rumah.

9) Susu perahan yang diperah dalam masa 24jam masih boleh dicampur dan pastikan suhu adalah sama. Bab suhu susu sama ini yang membuatkan KakNa tidak pernah satukan. Jika anda yakin..boleh teruskan. Jika tidak asingkan sahaja seperti biasa. Jangan lupa tuliskan tarikh dan waktu perahan pada bekas simpanan ya.

10) Susu dibahagian chiller tidak boleh lebih 4hari dan elakkan letak susu dibahagian pintu peti ais.

11) Susu jika sudah dicairkan mestilah digunakan dalam masa 24jam sahaja.

12) Susu yang tidak habis diminum tidak boleh dibeku dan dipanaskan semula.

13) Suhu 37 hingga 40 darjah cecius adalah suhu yang sesuai untuk memanaskan susu.

14) Ais ketul dan garam kasar juga boleh digunakan untuk menyimpan susu perahan menggunakan cooler box.

15) Penyediaan susu ibu yang tidak mengikut guideline akan merisikokan bayi anda kepada keracunan makanan.








SEMOGA SUCCESS OKAY....
whatsapp aje KaKNa untuk ketahui info yang diperlukan 0173567078



No comments:

Post a Comment