Friday, June 16, 2017

Dilema Ibu Muda Yang Mahu Menyusukan Anak

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

KakNa on the nak ke IKEA, sesekali turun KL jadi kenalah singgah situ untuk cuci mata..amik tune decoration dia...ye lah..deco kan salah satu hobi terbaru KakNa.

Teringat pula ibu-ibu berpantang yang KakNa tinggalkan. Ada yang lagi 1hari settle..ada yang lagi 2hari settle. Semoga diorang bertambah sihat sebelum KakNa sambung mengurut diorang esok.

Sepanjang KakNa membantu ibu-ibu berpantang ini, masih ada ibu-ibu yang keliru. Keliru dengan sign yang baby beri. Contoh : Baby bila jaundis dia akan tidur lama. Jadi ibu mesti kejut baby untuk diberikan susu.

Baby azalinya tidak tahu lagi cara untuk menghisap susu. Adakala puting akan cedera bila tersilap cara hisapan. Jadi disini KakNa tunjuk cara lekapan mulut baby yang betul. Dan jangan silap sangka ye apabila baby seperti tidak mahu hisap. Sebenarnya dia sedang belajar untuk menghisap.

Pada hari pertama atau kedua lubang keluar susu untuk sesetengah orang memang tidak banyak, sebab itulah ibu mesti ajar baby untuk menghisap. Supaya dapat elakkan/kurangkan bengkak susu dan bantu baby elakkan/kurangkan kuning.

Lagi satu elakkan beranggapan hari pertama atau kedua susu akan terus banyak. Memandangkan konsep nya adalah 'Supply vs Demand' jadi ketahui melalui gambar dibawah anggaran besar perut baby ini. Supaya kita clear bahawa susu itu cukup.

---->> Baca sini untuk lebih info tentang penyusuan.

Notakaki : KakNa suka dan rasa baby pun tenang apabila sambil dia menyusu, anak mata dia memandang mata kita sambil jemari dia bergerak-gerak dengan slow motion.


1 comment:

  1. anak buah saya pun, kami beli puting susu yang berkualiti, harga mahal xkesah yang penting baby xcedera kan kak...tq kak tipsnya

    ReplyDelete