Monday, June 5, 2017

Berpantang Bukan Lagi Trauma Bila Anda Tahu Cara Terbaik Untuk Laluinya

Assalamualaikum w.r.t

Kita semua mesti ada pengalaman berpantang yang sentiasa dalam kenangan kan. KakNa teringat pada mak KakNa..dia selalu cerita tentang pengalaman dia berpantang dulu-dulu. Anak kecik-kecik dan berpantang sendiri. Semasa kelahiran anak pertama dan kedua, arwah nenek KakNa ada lagi. Jadi dari segi pengambilan jamu dan pantang makanan memang ketat la. Nenek akan tunggu mak habiskan jamu tu dan barulah dia sambung buat kerja lain.

Jamu orang dulu-dulu kan bukan macam kita..ada kapsul ada dibintil. Jamu orang dulu asli cecair. Dimasukkan dalam cawan campur air suam dan PEKAT. Mak KakNa minum dengan tutup hidung. Mak cerita lagi...makcik KakNa main ngelat...bila nenek pergi dapur..dia tuang ikut lubang papan lantai rumah...hahahaha..tapi korang janganla buat macam tu okay.

Pemakaian param, pilis, tapal tu memang wajib gila...nak lagi bengkung tu memang ketat. Bengkung orang dulu adalah bengkung yang bermeter-meter panjang. Tapi bengkung macam tu lah sebenarnya yang paling selesa. La'Joise ada jual. Memang puas hati. Kain dari indonesia. Kalau anda nak beli boleh la google ya.

Zaman berubah. kan? Tetapi apa yang baik kita kekalkan dan tidak salah untuk kita buat yang lebih baik. Jika dulu kita amalkan Jamu...sekarang kita tambah dengan pengambilan supplement. Kenapa? Sebab jika kita perasan, amalan pemakanan dalam pantang selalunya hanya yang kering, kurang air dan kurang sayuran..buahan pun sama. Sebagai contoh, semasa KakNa bersalin, KakNa hanya makan ikan kering ditumbuk dengan lada hitam..dan air tidak boleh ambil dalam kuantiti yang banyak. Jadi, Sembelit. Sembelit tahap berdarah dan fobia nak ke toilet.

shaklee

Jadi untuk support amalan pemakanan yang baik, cubalah tambah dengan pengambilan Vitamin Semulajadi. Supplement atau vitamin ni bukan orang sakit yang kena makan, orang sihat sepatutnya amalkan itu lebih baik.

penjagaan ibu dalam pantangmobile spa pontian


Jadi apakah Supplement yang Ibu Berpantang boleh amalkan?

Energizing Soy Protein (ESP)
* Soya yang genetiknya tidak diubahsuai. Maknanya tidak dipercepatkan proses kematangannya dengan suntikan.
* Indeks Glisemik rendah, maknanya jika semasa hamil ada kencing manis, bolehla amalkan ini supaya paras gula dapat dikawal.
* Protein membantu proses penyembuhan luka. Protein diperlukan oleh tubuh untuk memperbaiki sel dan menghasilkan sel yang baru.
* Sumber tenaga segera. Jadi tidaklah kita lesu dan tidak larat untuk uruskan baby.

Vitalea
* Ia merupakan multivitamin yang menyediakan asas nutrisi yang membantu sistem imun tubuh, pertumbuhan sel baru, otot, kulit, rambut dan kawalan hormon.
* Dihasilkan dari ekstrak sayuran dan buahan. Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting.
* Yang utamanya untuk mengekalkan kecerdasan tubuh ibu. Perubahan waktu tidur dan kurangnya tidur berkualiti sedikit sebanyak akan mengganggu tahap kecerdasan dan antibodi tubuh.
* Ia juga membantu dalam proses penyusuan. Apabila ibu sihat dan cerdas aktiviti demand & supply akan berjalan lancar.

BComplex
* Pilihlah BComplex yang mengandungi kesemua 8 vitamin (B1,B2,B3,B5,B6,B12,Asid Folik dan Biotin) (Seperti yang dinyatakan dalam RDA).
* Elakkan pengambilan BComplex yang menawarkan rumusan larut air.
* BComplex juga membantu dalam penghasilan sel darah merah. Proses kelahiran menyebabkan ibu-ibu hilang banyak darah kan?
* Mencegah anemia,sakit kepala, migrain dan mengurangkan masalah keletihan mata.
* Paling best adalah ia membantu kita melawan tekanan. Tentu faham kan maksud KakNa. Perubahan waktu tidur ibu, rengekan manja anak tiap malam minta di pegang, sakit belakang akibat menyusu dengan teknik kurang tepat, menahan sakit puting susu luka akibat salah hisapan oleh anak...ini semua penyumbang kepada ketidakstabilan emosi ibu.

Vitamin C Sustained Released
* Ujian klinikal membuktikan Vitamin C didalam dua tablet mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24jam. Setiap tablet ada 120mg bioflavonoid yang m,ana 25% diekstrak dari kulit buah. Bioflavonoid ini mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
* Jika anda pernah mengalami infeksi ketika berpantang anda pasti gembira jika proses berpantang seterusnya anda punyai sebotol Vitamin C ini didalam rumah. Sebab KakNa dah melalui siksanya terkena infeksi di luka episiotomi.
* Kekurangan Vitamin C  boleh menyebabkan pemulihan luka jadi lambat, kulit jadi kering, ruam dan kusam.
* Selain peningkatan sistem imun tubuh, ia juga memperbaiki insomnia, stress...stress ni seperti yang berkaitan mental macam resah. Bahayakan insomnia.

Ostematrix
* Kata lain tu adalah sumber Kalsium. Ostematrix ni memang kenangan terindah untuk ibu hamil dan berpantang dan penyusuan yang sedang mengkonsumsi Ostematrix ni.
* Formula unik. Dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. Nutrien ini perlu diambil serentak/bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh sekaligus menghalang endapan sesetengah mineral.
* Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas. Ingat tak semasa hamil, siapa pernah selalu mengalami simpul biawak/krem kaki? azab kan... Ambil sebelum tidur, insyaAllah dapat membantu masalah kejang, kebas, sakit sendi dan artritis.
* 1biji pil Ostematrix ini bersamaan dengan 80biji badam. Penenang saraf, Menggalakkan tidur yang selesa, juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. Juga mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga.





set berpantang shaklee



Jika anda sudah mendapatkan Set Berpantang tidak kira dari apa brand sekalipun, KakNa cadangkan dapatkan juga Set Supplement Berpantang ini. Lebih-lebih lagi jika anda ibu muda dan anak pertama, atau jika anda berpantang sendiri atau anda berpantang anak ke 2,3,4 dan seterusnya. Ia sangat membantu anda..top up dari apa yang anda tidak dapat dari Set Berpantang dan Pemakanan Harian tu.

Untuk Konsultasi Berpantang Dengan Happy!!!!
Sila Hubungi KakNa di talian 0173567078

=====================================================

KakNa 
IG @mobilespapontian
FB Page : Mobile Spa Pontian
Whatsapp 0173567078


No comments:

Post a Comment