Tuesday, June 6, 2017

Berbudi Kepada Tanah Meningkatkan Stamina Diri Dan Menyemai Kesabaran Dalam Menjalani Kehidupan

Assalamualaikum w.r.t.

Masa memula tu KakNa langsung tidak perasan yang sebenarnya ia hobi. Mulanya rasa macam saje suka-suka. Masa mother in law datang...dia bawak pokok buluh rebung. Kat sini mungkin susah sikit nak jumpa. Rebung dia memang sedap. Original & Awesome!! Ada tiga benih yang dia bawak. Tapi sepokok mati sebab KakNa so busy sampaikan terlupa siram. Kebetulan sepanjang minggu itu langsung tidak turun hujan. Alhamdulillah la dua lagi sihat walafiat.

Lepas tu dalam kebun kecil KakNa tu pun ada Pokok Serai...and dalam perancangan nak tanam Serai Wangi, memandangkan KakNa perlukan Serai Wangi untuk rawatn ibu dalam pantang dan service SPA KakNa. Setakat ini pokok Kacang Bende telah membuahkan hasil dan juga pokok Cili Padi Kampung. Tidak perlu susah beli sebab boleh petik je dari belakang runah, Pokok Terung baru je ditanam..moga-moga nanti hasilnya boleh dikongsi dengan jiran tetangga juga.

Pokok Buah? Eh....mestilah ada sayang... KakNa tidak sabar menunggu Pokok Pelam/Mangga KakNa besar dan mengeluarkan hasil. Sebab..menurut si pemberi benih, ia adalah pelam kacuk dengan pelam siam. Rasa dia memang sedap..kalau di buat jeruk asam boi tu memang TERANGKAT!! Hahahah saje je kan KakNa nak membakor korang. Tapi memang betul tau. Dalam perancangan mahu tanam Pokok Durian Belanda pulak. Almaklumlah..orang kata Pengubat Kanser kan...daunnya diramas dan dilumur ke anak yang demam..baca fatihah 7 kali, 3Qul, 7 kali ayat Qursi dan Selawat 21 kali. Ibu berdoalah semoga usaha ini mendapat berkat dan dapat menyembuhkan demam anakku. Mudah-mudahn sembuh.

Latest kan...list paling utama, KakNa nak tanam pokok bunga di sekitar rumah. Memandangkan KakNa suka fresh flower..so wajib lah kan. KakNa suka bunga hidup sebab Aura dia menenangkan. Orang macam KakNa ni..kerja bukan sekadar menggunakan tenaga luara, malah tenaga dalaman, jadi bila balik tu KakNa perlukan Aura Positif dan New Energy supaya emosi kekal stabil.

Apa pula hobi anda? Ada yang sama dengan KakNa tak? Nanti kita share lah tips menanam pokok ni ya...hashtag berbudi kepada tanah. Terlupa pula nak snap pic tadi. Esoklah KakNa upload pic ya....mesti korang pon seronok tengok pokok-pokok di kebun kecil tu.

Selamat Bersahur sayang semua... KakNa letih sangat nih..nak tidur dulu sebab esok pagi masih ada ibu berpantang yang KakNa kena bantu. Nak masak lauk berpantang istimewa untuk dia esok subuh. Semoga kita sama-sama excellent dalam kehidupan. Aamiin.



No comments:

Post a Comment