Wednesday, April 26, 2017

Petua Menurunkan Bacaan Kuning Baby Comel Ibu

Assalamualaikum...

Ya Allah syukur alhamdulillah sangat..berjaya juga menaip hari ini. Last update pada 30 January. Hampir 3bulan KakNa tinggalkan blog ni bersawang. Apalah yang KakNa lakukan ye sampai berbulan takde update.

Bukan KakNa sengajakan .... tetapi masa yang mencemburui..eewaahhh.. but yes its true. KakNa penuh dengan booking sekitar Pontian ni sehingga ke Johor Bahru. Ditambah pula dengan order Supplement dan Produk Kecantikan Shaklee yang memerlukan KakNa travel, memang memenatkan. Memang terkejar-kejar dibuatnya. Anak-anak pergi dan pulang sekolahpun ada hari terpaksa minta bantuan kakak ipar untuk ambil.

Ok...hari ni KakNa nak share petua untuk mengurangkan masalah kuning baby yang baru lahir. Idea ni KakNa dapat sepanjang KakNa sibuk menguruskan ibu dalam pantang. Kasihan KakNa melihat ibu-ibu muda kehulu kehilir membawa anak ke klinik untuk check up kuning. Ada yang sampai kena warded..dengan ibu berpantang ni kena warded juga. Keluh sesetengah dari mereka antaranya..badan jadi sakit-sakit semula..jahitan terasa pedih....letih.. Ya Allah permudahkanlah urusan ibu-ibu ini. Semoga cepatlah turun bacaan kuning anak-anak mereka.

Sebelum itu, Tahukah Apa Itu Jaundis / Kuning ?
Biasanya berlaku pada minggu pertama kelahiran, namun begitu ia bergantung kepada cara pengendalian dan jenis darah inu dan anak. Warna kuning itu adalah bilirubin. Bilirubin ni jadi berlebihan hingga menyebabkan mata dan kulit baby berwarna kuning.

1. Susu Ibu
Dulu kan KakNa memang risau..nak lagi masa anak sulong..jadi KakNa akan kejut dia sejam sekali..sebab baby Jaundis memang akan tidur. As a mom kita nak dia cepat hilang kuningnya so memang akan kejut dia sampai dia hisap susu banyak-banyak.

2. Kurma
Rendam dan minum airnya...atau boleh makan terus kurma tu. Satu lagi dalam zaman moden ni..Order susu FarmFresh Kurma. Mana nak dapatkan? KakNa Ada...InsyaAllah Stock sentiasa ada. Yang ini ibu minum ye..sebab normally ibu akan breastfeed anak kan.

3. Anggur Hijau
Dapatkan yang fresh..yes KakNa tahu memang susah tapi selalunya di Aeon atau Pasaraya Maslee (di Pontian ni) ada. Cari yang tiada biji. Ibu makanla 7-11biji sehari. Baby pulak...lenyek bagi ada air..tapis, dan bagi dia sikitt aje.

4. Daun Belimbing Buluh
Di buat mandi baby. Rebus dalam periuk. Masa nak mandikan tu, campurkan dengan air biasa biar jadi suam.

5. Daun Hujan Lebat.
Sama cara dengan daun belimbing buluh tadi.

6. Sengkuang Cina
Cara sama dengan Anggur Hijau tadi.

7. Petua Nenek/Buyut
Jauhkan atau simpan dulu segala baju ke towel ke yang berwarna kuning..malah walau sekuntum bunga kuning pun elakkan. Wallahualam.

8. Pasang Lampu
Okay ini, suami KakNa dulu buat sendiri guna batang paip pvc. kan dia ada lengkuk-lengkuk penyambung dia tu. Suami KakNa buat bentuk 4segi atas bawah..letak batang pada setiap penjuru dan gantungla lampu tu. Letak tilam dalam petak tu..tutup mata anak..buka baju dan baringkan. Biarkan la 5-10min and angkat...dan susukan..pastu letak balik...

KakNa masih lagi mengumpul petua yang ada, jika anda nak share dengan KakNa..bolehla tinggalkan komen atau whatsapp je terus 0173567078 atau FB Page Mobile Spa Pontian

No comments:

Post a Comment