Monday, January 30, 2017

Kepentingan Memakai Param Pilis Dan Tapal Ketika Tempoh Berpantang

Minimum tempoh berpantang adalah 44 hari..lebih kurang 6 minggu sahaja. Ada juga yang sangat prihatin sehingga melanjutkan sehingga 100 hari. Terpulang pada individu. Yang penting rutin harian dilakukan setiap hari. Apakah rutin harian itu?

Kan....mestilah...
1. Mandi air suam.
2. Mandi air rebusan dedaunan.
3. Makan Jamu.
4. Makan supplement.
5. Pakai Stoking.
6. Pakai Bengkung.

Dan paling penting...
7. Param.
8. Pilis.
9. Tapal.

Kenapa?

PARAM

Fungsi : Memberi kesegaran pada badan. Menghalus dan melicinkan kulit. Menghindarkan dari dimasuki angin. Mengurangkan rasa sejuk dan kebas. Mengurangkan kesan sakit-sakit badan. Memberi rasa hangat/nyaman.

Dihasilkan : Daun Cekur. Jerangau. Cendana. Kulit Limau Purut. Kulit Rambai. Halia. Bawang Putih. Asam Jawa. Kunyit.

Cara Guna : Ambil dua sudu, campur dengan air sedikit, kemudian sapukan rata ke seluruh badan.

PILIS

Fungsi : Mengurangkan panas dikepala. Menghindarkan pening kepala. Menyegarkan mata. Menelakkan darah putih naik ke kepala. Mengelakkan angin merian yang dialami oleh ibu yang mengalami emosi tidak stabil. Mengelakkan tekanan darah rendah/pitam.

Dihasilkan : Tepung Beras. Kunyit. Buah Pelaga. Kulit Kayu Manis. Halba. Kapur Sireh dan Air Limau Nipis.

Cara Guna : Ambil dua tiga calit, campur sedikit air dan sapu rata di sekitar dahi..atas kening.

TAPAL

Fungsi : Mengurangkan rasa sakit/berangin/sejuk dibahagian perut dan peranakan. Memberi rasa selesa. Membantu mempercepatkan penveluaran darah kotor. Menegangkan kembali kulit perut. Membantu mengurangkan pecah-pecah bahagian kulit perut.

Dihasilkan : Halia. Kunyit. Lengkuas. Lada Pintal. Jerangau. Cekur. Lada Putih dan Lada Hitam.

Cara : Calit dan sapu rata ke bahagian perut dan peranakan sebelum memakai bengkung. Jika anda caesarean, guna selepas luka anda benar-benar sembuh.

Jadi, jangan ambil ringan 9 rutin harian ini selama mana masa yang anda ambil untuk berpantang.

SELAMAT BERPANTANG😊😊😊😊

*JIKA ANDA BERADA DI SEKITAR DAERAH PONTIAN - SIMPANG RENGGAM - SKUDAI BOLEHLAH HUBUNGI KAKNA 0173567078.

* JIKA ANDA BERADA DISEKITAR SELANGOR, TERENGGANU DAN JOHOR BAHRU ANDA BOLEH HUBUNGI KAKNA JUGA. KAKNA AKAN PASS NUMBER ANDA KE RAKAN PERBIDANAN KAKNA YANG BERADA BERDEKATAN DENGAN ANDA.

Terima kasih sudi singgah ronda di blog KakNa. Jemput singgah page dan instagram KakNa....MUSLIMAH SPA MOBILE/MOBILE SPA PONTIAN ....


No comments:

Post a Comment