Saturday, January 28, 2017

Aktiviti Semasa Berpantang Punca Badan Cepat Pulih Dan Kekal Bertenaga

Alhamdulillah masih berkesempatan menulis lagi untuk menyampaikan sikit atau banyak ilmu untuk adik-adik diluar sana yang bakal bersalin tak lama lagi..mahupun yang sedang menjalani proses pemulihan (berpantang).

Berpantang dari aktiviti robus and pressing..ehh ehh dah macam teknik bola sepak pula ya...apa kaitan? Takdelah kaitan yang jelas melainkan sekadar peringatan supaya kita ni bila dalam pantang ada benda yang perlu dielakkan dan makanan yang juga perlu dielakkan. Tak lama pun sayang-sayang semua...lebih kurang 6 minggu sahaja minimum iaitu 44hari. Tidak dinafi lagi lama lagi bagus contohnya 100 hari.

Mesti tak clear kan..berkaitan aktiviti yang perlu dielak dan makanan yang perlu dielakkan. Aktiviti yang perlu dielakkan seperti  menyapu sampah, mengangkat benda berat, menolak barang menggunakan ibu jari kaki, duduk mengangkang, naikturun tangga, 'bersama' suami.

Makanan yang perlu dielak pula adalah yang makanan yang memberi rasa sejuk dan gatal. Namun bergantung pada individu sendiri. Antara makanan yang digalakkan dan tidak digalakkan boleh dilihat pada gambar berikut ya.

Kemudian, apakah makanan yang elok untuk ibu dalam pantang?
Ada 12 jenis herba/makanan yang mudah kita dapati dari dapur sendiri. Dan yang memang ada selalu dalam menu berpantang KakNa, Iaitu :-
1. Halia
2. Lada Hitam
3. Serai
4. Daun Pegaga
5. Buah Pala
6. Asam Jawa
7. Bawang Merah
8. Bawang Putih
9. Daun Kucai
10. Halba
11. Kunyit
12. Jintan
(Next entry KakNa share khasiatnya okay)

Hari ini KakNa nak share dulu supplement mudah yang walaupun anak mengalami jaundis/kuning, masih boleh diamalkan oleh adik-adik supaya badan kekal dapat hasilkan susu untuk baby comel tu.

Energizing Soy Protein (ESP)

Biasanya kita kena makan nasi panas di awal pagi tapi mungkin ada yang lebih biasa dengan mulakan hari dengan minum air panas dengan biskut..roti..atau bijirin kan. Jadi KakNa galakkan ambil esp. Ia adalah soya NonGMO yang dapat membantu menyalurkan tenaga segera buat ibu-ibu. Boleh diminum bersama hotchoc (favourite KakNa masa berpantang). Sebab KakNa jenis yang kalau lambat makan, perut akan rasa berangin dan nanti gelap mata. Bila badan kekal energy, kuranglah rasa nak meroyan.

KakNa faham kadang ada antara kita ni yang berpantang sendiri. Jadi ESP ni pun boleh diambil sekali lagi pada waktu malam. Supaya perut kekal sihat dan badan tak terasa letih sangat. Ye lah..malam kan kena bangun lagi baby nak menyusu kan. Protein penting tau untuk pengeluaran hormon oxytocin dan prolactin untuk penghasilan susu ibu. Dan ada cara pengambilannya tau ESP ni.

PepperMint Ginger (PG)

Selain dari ibu hamil, ibu berpantang juga perlu peppermint ni. Daun pudina yang ada dalam PG ni akan dapat membantu melegakan otot perut, melegakan lembung perut, mengelakkan demam kerana ia merangsang pengeluaran peluh, mengelakkan pedih ulu hati. Untuk yang mengalami caesarean pula..ia membantu menghalang muntah selepas pembedahan.

PG ini mengandungi rumusan herba seperti pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Sangat membantu dalam masalah loya, gastrik dan masalah penghadaman.

Ostematrix (OSTE)

Ini adalah sumber kalsium. Jika anda sedang hamil, sila dapatkan sebotol. Membantu mengelakkan masalah kurang kalsium seperti gigi rapuh. Ia juga dapat mengurangkan sengal-sengal sendi dan cramp kaki. Wanita berpantang mesti elakkan tidak berstokin. Kaki anda terutama ibu jari kaki mestilah sentiasa dijaga rapi. Jangan sampai tersandung atau tersepak benda keras. Takut-takut terjadi bentan.

Oste merupakan sumber kalsium dan sangat diperlukan oleh ibu-ibu menyusukan. Kalsium penting untuk disalurkan ke anak supaya dapat membina tulang dan otot yang kuat. Selain itu ia membantu mengurangkan masalah sembelit ibu-ibu.

Garlic (Bawang Putih)

Semua pun mesti tahu khasiat bawang putih kan. Ia merupakan salah satu makanan terbaik ibu berpantang. Ia mampu membantu badan mengeluarkan angin, memanaskan badan dan melancarkan pengalirandarah untuk tubuh. Oleh kerana mungkin ada antara kita yang susah nak ambil selabu bawang pitih..kupas dan makan, jadi KakNa cadangkan dapatkan sebotol Garlic ni.

Ia juga baik untuk ibu menyusukan..selain itu ia antikulat dan antibiotik semulajadi. Melalui teknik pemprosesan eksklusif pada suhu bilik, kandungan allicin aktif dikekalkan. BUKAN SEMUA GARLIC DI PASARAN MASIH MEMPUNYAI KANDUNGAN ALLICIN ini. Maka ibu sihat anak pun sihat. Kurangla rasa kembung perut baby.

"Menurut Dr. Julie Menella (Saintis Biopsychologist), bau bawang putih tidak mengganggu bayi yang menyusu badan, malah membuatkan bayi menyusu dengan lebih lama"

Hmmmmm Interesting!!!!

Okay...KakNa harap bacaan ini dapat membantu sikit sebanyak untuk adik-adik mencari ilmu berpantang. By time, KakNa akan kongsikan maklumat berkaitan berpatang termasuk masalah-masalah berkaitan wanita dalam pantang.

Enjoy your BERPANTANG time tau... Jangan gusar-gusar..elakkan stress. SELAMAT BERPANTANG LADIES 😆😆😆😆😆


No comments:

Post a Comment