Tuesday, December 12, 2017

Kehamilan Ini Mengeratkan Semula Hubungan Kami Yang Hambar

Siapalah yang tidak gembira bila sekian lama menanti akhirnya doktor mengesahkan dirinya hamil. Suami yang dulunya mula menunjukkan reaksi tawar dan mula beralasan..kembali ceria dan rumahtangga kembali bertambah bahagia.

Asalnya, KakNa berkenalan dengan beliau oada satu sesi mengurut. Sambil KakNa urut beliau sambil bercerita..sambil gelak-gelak bila tiba oart kelakar sehingalah part sensitif. Baru jumpa tapi macam sudah lama kenal.

Jadi akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mencuba Vivix. Beliau mencuba Vivix untuk masalah kesihatan beliau. Selang beberapa mingu beliau update pada KakNa...katanya masalah kesihatan lebih baik dan masalah senggugut pun berkurang dari 100% turun ke 20% sahaja.

Kemudian beliau membuat keputusan untuk mencuba Set Kesuburan Bajet (Vitamin C, Vitamin E dan BComplex). Selepas diurut...selepas cuba Vivix dan Selepas mencuba set ini..Alhamdulillah Allah perkenankan doa beliau. Syukur sangatKakNa gembira sangat sangat sangat.

Parts paling ohsem..bila dia kata suaminya pun turut consume sama-sama. Nampak tak the bonding...usaha tu yang penting.


Friday, September 15, 2017

Resepi Minyak Jadam Cara Alternatif Rawat Bengkak

Ini resepi terbaru yang kakna dapat untuk merawat bengkak. Ramuan minyak ini juga boleh dan sesuai digunakan untuk rawat orang.yang stroke dan ibu berpantang selepas bersalin.

Ramuan Minyak Jadam :                                   

Kuantiti nya agak2 je la ye..sbb org tua-tua ni ajar tiada ada sukatan.. Ikut nak banyak mana yang kita mahu buat. Sukatan di bawah ni utk dipadankan dengan satu peket kecil Jadam. Biasa di kampung, harga sepeket Jadam adalah RM1.50.

Halia dlm 2@ 3 ketul besar (selepas diblend, ia akan menghasilkan dlm 5-6 sudu besar).

Limau Nipis 3 biji.

Jadam  satu peket.

Minyak masak dlm 1@2 senduk nasi.

Cara membuatnya:                                              

Masak halia yg telah diblend + minyak masak + jadam hingga jadam larut  + masukkan perahan limau nipis, masak sehingga mendidih dan kecilkan api.

Bahan-bahan yang dimasak hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan daripada hangus@ berkerak. Bila minyak telah menjadi likat@pekat dan jadam telah larut,boleh matikan api dan biarkan minyak ini sejuk.                 

Tips : Untuk rawat bengkak/radang otot sila tampalkan hampas pati minyak yg suam-suam kuku ke tempat yg bermasalah. Balut tampalan tadi dengan daun pisang atau daun kunyit atau daun yg sesuai untuk membolehkan bahan hampas tadi mudah diserap ke dalam kulit.. Selepas dibalut dgn daun, bolehlah dilapik dengan bandage untuk keselesaan.

Untuk memasak minyak ini, kalu boleh gunakan alatan yg dah buruk atau yang sudah tidak mahu digunakan untuk memasak lagi. Ini kerana ianya akan meninggalkan rasa pahit.. Jadi guna la senduk dan periuk yang kecil atau mangkuk steel yang sudah jadi buangan.

SELAMAT MENCUBA

Thursday, September 14, 2017

Tempoh Berurut Ibu Berpantang Wajib Ambil

Jika tidak ramai, tetapi masih ada yang tertanya-tanya berapa lama sebenarnya berurut perlu di buat. Dan wajib ke amalan berurut ni. Ramai juga ibu muda enggan memakai param, pilis, tapal dan bengkung.

Kenapa kita orang perempuan yang lepas bersalin ni mesti melakukan amalan-amalan tersebut? Banyak sangat faedahnya.

1. Melancarkan perjalanan darah.
2. Mengeluarkan angin.
3. Mengurangkan urat yang tegang dan mengembalikan ke tempat asal.
4. Membantu mengecutkan rahim.
5. Membantu mengeluarkan darah kotor.
6. Mengurut di urat susu membantu proses pengeluaran susu ibu.
7. Mengembalikan kesegaran badan.
8. Membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh.
9. Mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung.
10. Menaikkan rahim.
11. Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan.
12. Memecah lemak.

Lama mana berurut perlu dilakukan adalah bergantung kepada individu. Tetapi minimum adalah tiga hari. Selebihnya jika mampu, adalah bonus. Mengapa tiga hari?

Hari Pertama
Ibu akan kelihatan lemah dan urutan biasanya akan mengakibatkan sedikit sakit kerana urat masih tegang, ibu masih stress, belum pulih dan keletihan.

Hari Kedua
Ibu akan nampak lebih segar dan.kuat dari semalam. Urutan kedua akan buat ibu rsa lebih lega dan segar. Angin dr badan juga semakin berkurangan.

Hari Ketiga
Uritan sudah tidak dirasa sakit. Malah akan terasa lebih selesa dan best. Juga lebih tenang dan bertenaga.

Dan kakna nak ingatkan. Ibu-ibu boleh buat tiga hari berturut atau selang sehari atau selang dua hari. Jangan sampai tiga hari selang ya. Sebab nanti kena ulang balik semula.

Pesanan Penaja

Sebelum berurut, susukan dulu bayi anda dan sediakan susu perahan sebotol lagi sebagai langkah berjaga-jaga jika baby terjaga semasa tempoh berurut.

Ibu mesti sudah makan dan mandi sejam sebelum berurut. Untuk mengelakkan perut dari masuk angin dan urut akan rasa lebih menyegarkan.

Makan dan minum pada kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Jangan takut jika anda pernah mendengar ibu berpantang elakkan minum air yang banyak, kerana ibu berpantang perlukan air untuk proses pemulihan dan penghasilan susu.

Wanita, jangan abaikan perkara-perkara di atas. Kesannya mungkin tidak nampak sekarang masa ini. Ibu -ibu akan merasa ketika usia mula meningkat.

Selamat BERPANTANG.


Wednesday, August 2, 2017

Mandian Herba Untuk Wanita Kekal Berseri Dan Jelita

Ya Allah mandian herba ni dulu-dulu masa berpantang, KakNa memang suka. Lepas mandi akan rasa fresh sangat. Bauan dia tu menenangkan minda. Air hangat pula buat urat-urat sejuk jadi suam-suam dan selesa sangat. Rasa macam tidak mahu keluar bilik air.!

*Apa Agaknya Dedaunan Herba Yang Digunakan*

Semasa berpantang anak sulung..my mother in law bawak satu guni/kantung dedaunan. Yang KakNa paling ingat adalah daun pisang, masa tu KakNa berfikir...daun pisang ada khasiat ke buat mandi? Rupanya...ia salah satu daun terbaik selain yang paling mudah diperolehi.

Antara top daun tu...
Daun Kunyit.
Daun Mengkudu.
Daun Pandan.
Daun Serai Wangi.
Daun Lengkuas.
Daun Inai.
Daun Lenggundi.
Daun Bonglai.
Daun Secerek.

Campurkan dengan buah mengkudu dan halba. Tetapi jika anda di tengah kota, susah hendak cari...memadai dedaunan di bawah ini.

Daun Pisang Kering atau Basah.
Daun Serai.
Daun Pandan.
Daun Limau Purut.
Daun Kunyit.

Campurkan halia muda dan lengkuas. Tetapi kalau susah sangat nak jumpa..beli ajelah yang dah siap. Biasa KakNa jual dari brand Sri Sari Herbs dan MokDe.

*Cara Mandi*
Cara ini KakNa baru tahu..thanks to blog mutiarasayangibu.

Mula dengan ibu jari kaki kanansehingga pinggang.
Lakukan yang saa dari ibu jari kaki kiri hingga pinggang.
Jirus dari ibu jari kedua-dua belah kaki hingga bahu kanan.
Lakukan yang sama hingga bahu kiri.
Dan mandilah terus seperti biasa.

Ini dicadangkan supaya urat-urat badan tidak terkejut..lagipun Nabi Muhammad pesan kan..mandi mulakan dari kaki.

Tujuan mandi herba ini sebenarnya berkait dengan urat, sendi dan emosi diri. Kelebihan mandi herba berbanding mandi air hangat biasa banyak sebenarnya. Buat amdi herba ini sehingga dua minggu berpantang, atau lagi baik sehingga selesai berpantang.

Ia sangat membantu untuk :-
💋 Memejalkan otot
💋 Menyegarkan badan
💋 Mengeluarkan angin dalam badan
💋 Merehatkan otot
💋 Menghaluskan kulit
💋 Awet muda
💋 Melancarkan pengeluaran susu ibu
💋 Aromaterapi

Jika anda memerlukan ramud mandian herba ini boleh terus whatsapp ke KakNa.

Klik je link ini...
www.wasap.my/60173567078


Tuesday, August 1, 2017

Ibu Khilaf.... Maafkan Ibu Sayang...

Petang tadi KakNa mengurut di Parit Patah. KakNa bawa Syaheer. Niat KakNa, mahu kurangkan beban mak dari menjaga dua orang, hanya kepada Aufa sahaja. Dhiya dan Wafi diorang dah boleh faham like sudah boleh ambil makanan sendiri. So, oklah...diorang pon boleh harap dah tengok ka adik.

Kebiasaannya Syaheer akan minta telefon KakNa untuk buang boring dia menunggu. Dan kalau dia tak minta, KakNa akan beri bila wajahnya dah mula nampak kebosanan. Tetapi hari ini, both of us forgot about it. Today he just like always. Bawak diri sendiri and tak kacau orang.

Benda Nak Jadi, Siapa Kita Nak Menghalang.

Dia masuk ke bilik, menjengah KakNa dan keluar..berlari. Suddenly i heard something hit something. And...terdengar dia menangis. KakNa lari keluar...and he ran towards me with blood at his face. Ya Allah...

KakNa menggigil dan dukung dia bawa ke sinki to stop his blood. Alhamdulillah it stop. But luka dia buat KakNa panik. KakNa capai handbag yang hanya kunci, no purse, sampul raya (ada rm40..syukur) and terpaksa stop sessi mengurut dan bergegas ke kereta, start and jalan.

Dalam menggigil dalam menahan air mata, KakNa ke Klinik Kesihatan Parit Mesjid. Stop the car and dukung dia and jalan selaju mungkin. Sampi di kaunter, nurse terperanjat and said..

"tak boleh buat di sini, kena pergi ke hospital. Tapi saya tutup dulu"

Dia ambil dressing and settlekan kerja dia. Thank you nurse, sorry KakNa tak sempat tengok nama awak. Then, jalan selaju mungkin dengan air mata yang mula menitis. Drive from KKPt.Mesjid to Hospital. Berselawat dalam hati semoga boleh di tampal tanpa di jahit. Kita pun tahu kan...sakitnya bagaimana.

Lampu traffic lite di Taman Megah yang selalu sekejap hijaunya, alhamdulillah hari ini...lama..KakNa di antara yang beratir paling belakang...Syukur lepas, terus masuk  parking yang the one and only parking ngam-ngam depan pintu pagar hospital. Parking lain is FULL.

Dukung dia terus ke kaunter dalam. No purse, No.Ic for both of us 😯😯, only with my face yang penuh kesedihan, kegusaran, kesugulan, mencari kekuatan. Syukur nurse (again i forgot to see her nametag) izinkan masuk.

"Awak isi nama ic n alamat. Lepas tu awak pergi bilik 6A, jika dia minta kad..awak bagitahu misi tengah buat"

Thanks misi...

Then bergegas ke bilik 6A. KakNa cuba pujuk the doktor supaya tidak jahit..but..doktor said...

"NO...sebab lukanya besar and dalam." KakNa pasrah.

Dibius (sedih sangat, terasa sakit hati), di jahit..again he cried and cried...seperti bius tidak menjadi...(hatiku sakit setiap kali dia menjerit. Ya Allah kuatkanlah anakku..permudahkanlah. Dan....apabila siap je jahitan yang ketiga...terasa sayuuu sangat hati seorang ibu.

Ya Allah ini khilafku. Ampunkan aku. Maafkan ibu sayang. Beriku kekuatan ya Allah, semoga anakku cepat sembuh. Dua hari sekali kena pergi cuci di Klinik Kesihatan berdekatan. 7 August tarikh buka jahitan.

Sampai di Kaunter Farmasi, ambil nombor dan letak nota doktor..KakNa duduk sebelah Syaheer...he just termenung...berulang kali ibu minta maaf dari Syaheer...ibu tak peduli pharmacist tengok ibu menangis. Hati ibu sakit melihat kamu kesakitan. Dan setiap kali ibu terkenang peristiwa tadi, airmata ibu masih tidak boleh ditahan.

Dalam kereta kamu masih mengomel itu dan ini. Bibir comelmu sentiasa bertanya itu dan ini. Memandangkan selipar kesayangannya tertinggal di rumah customer tadi, dia merengek supaya patah balik ambil seliparnya. Puas ibu pujuk...alhamdulillah berjaya.

Saat ibu menulis ini, Syaheer sedang tidur dengan lena. Ibu tatap wajahmu anak. Ibu tidak boleh tidur, ibu kena monitor kamu. Tangan kamu tadi hampir menggosok dibahagian luka...5.30am ibu kena beri kamu antibiotik. Perlu diambil 4kali sehari 8ml selama 5hari.

Ibu manapun bila berada di situasi ini, tanpa suami disisi, akan panic...apatah lagi bila suami jauh dimata dan tak boleh balik. It teached me how to be stronger. Bila petang, husband call bila dia dah keluar site, maka bercucuranlah air mata ni nonstop bercerita. KakNa Trauma..


Thursday, July 27, 2017

Tips Mudah Merawat Bayi Yang Mengalami Kembung Perut

Assalamualaikum sahabat #alammaya semua...lama dah kakna tak share tips ek?!

Okay...memandangkan tips merawat #kuningbaby kakna dah share, maka hari ni..nak share tips merawat #babykembung perut. Ibu-ibu baru dan bakal ibu jangan panik nanti bila baby tidak boleh tidur.

Masalah utama bila baby tidak dapat tidur gara-gara angin ni, adalah..

~ibu akan stress. Bahaya tau ibu berpantang mengalami stress..boleh mengakibatkan kemurungan dan menjurus ke meroyan. Nak ke? Mesti taknak..

~baby menangis tidak berhenti. Nanti akan jadi semakin berangin. Lagi seisi rumah tidak dapat tidur.

Apa ibu perlu buat?
* Ambil daun sireh/mengkudu/ketum. Layurkan atas lilin...rasa dulu di tangan sendiri, biar suam2 sikit je...kemudian tekapkan di perut baby dalam 2saat dan angkat. Ulangi sampi daun tu sejuk.

*Sapu minyak telon/gamat di bahagian betis ke tumit. Lakukan urutan sangat lembut dari bawah ke atas betis.

*Tiarapkan baby dah usap bahagian bawah ketiak dan terus ke pinggang. Lakukan juga di bahagian belang. Do it mildly.

* Lakukan urutan dengan teknik #iloveu dibahagian perut. Lakukan dengan lembut ya..

*Ibu elakkan dulu memakan makanan yang boleh menyebabkan angin/sejuk seperti nangka, sayur bayam, kobis, jantung pisang, ulam pegaga yang tidak dimasak dan ingat kembali apa makanan yang anda baru makan hari ini.

* Pecahkan sebiji lada hitam dan letak di celah pusat baby untuk few minutes.

* Bole juga tungku di perut, betis dan belakang peha bahagian bawah. Rasakan dulu di tangan sendiri ye..elakkan terus letak pada kulit anak.

*Sekiranya usia baby sudah lebih dua tiga bulan, ibu boleh la cuba peppermint ginger plus...baik juga untuk ibu...

Selamat mencuba😘😘😘😘semoga dapat membantu masalah adik-adik okay...


Wednesday, July 26, 2017

Nasi Ayam Istimewa Buat Anak-anak ibu

Assalamualaikum..sebulan sudah berlalu..kakna tak menulis kan. Rindu ke? 😂😂😂😂 Alaaa jangan la merajuk, tidak sengaja la menyepikan diri pulak. Tugasan kekal silih ganti.

Okay hari ini eh...sebenarnya dari hari isnin lagi kakna plan nak masak Nasi Ayam. Nak dijadikan cerita hari isnin tu kakna sudah aim la memang nak surprise kat anak. Lama sudah diorang minta nak makan nasi ayam.

Jadi terciptalah Nasi Ayam Versi Bonda Wana ni...nah kakna bagi gambar dulu..petang sikit kakna bagi resepinya pula okay....simple dimple je..yang best dapat pujian dari emak kakna dan anak-anak. Psstttt anak kakna yang sulung ni jarang dia makan bertambah tapi hari ini hmmmm banyak kali tambah.

Alhamdulillah...


Friday, June 23, 2017

Menyambut Aidilfitri Di Rumah Sendiri Buat Kali Pertama

Allahuakbar...penat sangat... apalah yang KakNa letihkan sangat tu kan...

Assalamualaikum sayang semua...orang kata selagi belum raya selagi itulah ada je ulang alik ke bandar Pontian tu. Ada sahaja barang yang belum lengkap. Butang baju melayu la, pin tudung la, rempah ratus la eh macam-macam lah. Itu belum baju-baju yang tidak kering dua tiga hari ini. Boleh jadi pitam KakNa.

Hari raya kedua sudah kena bertolak ke Jitra (padan muka hang KakNa oii sape suruh kahwin orang ujung-ujung sangat). Masalahnya baju belum masuk beg, sebab masih belum kering. Dua tiga hari ini matahari tidak garang. Bertabahlah esok no matter what kena pergi mendobi.

Esok kan silibus KakNa memang padat sendat ketat gila...mana tidak...
1. Settlekan susun kuih raya.
2. Gosok baju anak-anak, suami, emak, diri sendiri.
3. Masak lauk lodeh, rendang daging dan ayam kicap.
4. Buat ketupat (tadi anyam pon baru dapat 15 kelongsong ketupat).
5. Merebus ketupat.
6. Kena ke kulai ada urusan.
7. Kena beli Fresh flowers.

.......After almost two weeks tak menulis...hari ini Kakna sambung entry ni.

Dalam 7 list kat atas tu...ada 1-2 yang Kakna tidak dapat buat. Kesuntukan masa. Dari awal pagi cuba settlekan hal ketupat sebab ia juadah utama pagi raya 1 Syawal. Jadi malam raya tu agak sibuk juga, sebab petang dah ke Kulai terus balik ke rumah abang sebab berbuka di rumah dia.

Selepas berbuka, rushing balik rumah sebab pagi raya adik beradik akan berkumpul di rumah Kakna. Malam raya tu...Kakna, Husband and Kakak Ipar sibuk settle kan juadah untuk pagi esok. Masak dua jenis rendang (utara dan selatan), sup tulang, ketupat dah settle petang. Well seronok sangat.

Thanks to my Kakak yang tolong masakkan lodeh di rumah dia dan bawa ke rumah Kakna. Dulu-dulu mak Kakna yang masakkan untuk kami semua tiap kali Syawal. Tapi alhamdulillah tahun ni kami adik beradik dan ipar duai yang siapkan.

Inilah permulaan raya paling bermakna buat Kakna dan suami. InsyaAllah semoga kami dapat buat open house atau sedikit jamuan makan untuk sahabat dan customer kami.

Allah jua sebaik perancang.
Alhamdulillah.
(Pssttttt...gambar raya nanti Kakna bagi link album)


Thursday, June 22, 2017

Produk Hot Untuk Kebaikan Ibu Berpantang Kembali Anggun

Alhamdulillah...

Selain Set MokDe KakNa mahu perkenalkan produk baru yang untuk ibu bersalin gunakan sepanjang tempoh berpantang.

Param
Pilis
Tapal
Herba Tangas
Mandian Herba

5 perkara boleh tahan wajib untuk diamalkan sepanjang 44hari hingga 100hari berpantang.


Friday, June 16, 2017

Dilema Ibu Muda Yang Mahu Menyusukan Anak

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

KakNa on the nak ke IKEA, sesekali turun KL jadi kenalah singgah situ untuk cuci mata..amik tune decoration dia...ye lah..deco kan salah satu hobi terbaru KakNa.

Teringat pula ibu-ibu berpantang yang KakNa tinggalkan. Ada yang lagi 1hari settle..ada yang lagi 2hari settle. Semoga diorang bertambah sihat sebelum KakNa sambung mengurut diorang esok.

Sepanjang KakNa membantu ibu-ibu berpantang ini, masih ada ibu-ibu yang keliru. Keliru dengan sign yang baby beri. Contoh : Baby bila jaundis dia akan tidur lama. Jadi ibu mesti kejut baby untuk diberikan susu.

Baby azalinya tidak tahu lagi cara untuk menghisap susu. Adakala puting akan cedera bila tersilap cara hisapan. Jadi disini KakNa tunjuk cara lekapan mulut baby yang betul. Dan jangan silap sangka ye apabila baby seperti tidak mahu hisap. Sebenarnya dia sedang belajar untuk menghisap.

Pada hari pertama atau kedua lubang keluar susu untuk sesetengah orang memang tidak banyak, sebab itulah ibu mesti ajar baby untuk menghisap. Supaya dapat elakkan/kurangkan bengkak susu dan bantu baby elakkan/kurangkan kuning.

Lagi satu elakkan beranggapan hari pertama atau kedua susu akan terus banyak. Memandangkan konsep nya adalah 'Supply vs Demand' jadi ketahui melalui gambar dibawah anggaran besar perut baby ini. Supaya kita clear bahawa susu itu cukup.

---->> Baca sini untuk lebih info tentang penyusuan.

Notakaki : KakNa suka dan rasa baby pun tenang apabila sambil dia menyusu, anak mata dia memandang mata kita sambil jemari dia bergerak-gerak dengan slow motion.


Perkongsian Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Tenaga Dan Luka Lambat Sembuh Selama Berpantang Bersalin

Assalamualaikum...sesuatu kenangan pertama kali berlaku dalam kehidupan mesti sukar dilupakan. Samada yang paling ohsem dan paling meruntun jiwa. Dua kategori ni memang paling hebat selalunya duduk di kepala dan minda. Mari manipulasi ia menjadi satu sumber entry dan bahan bacaan hari ini.

KakNa masih ingat lagi kali pertama KakNa beli Supplement. Selalunya kan pemberian percuma ikhlas nau nau dari klinik atau hospital kan. Jadi penghargaan kepada diri itu terlebih dengan makannya secara konsisten. Bestnya supplement yang KakNa mula makan itu, ia memang berkesan mengikut tujuan asal KakNa beli.

Tujuan asal KakNa beli untuk :-
1) Meningkatkan produktiviti susu (masa ini sedang breastfeeding baby dan dalam kemelut kekurangan susu).
2) Berfikir makan yang berkhasiat anak pun dapat yang berkualiti.

Hasil yang KakNa perolehi adalah lebih dari yang dijangkakan. Antaranya :-
1) Badan cergas dan bertenaga. (walau malam tidur-tidur ayam)
2) Aktiviti bangun untuk mengepam tidak kira siang atau malam dan boleh layan Power Pumping seminggu straight.
3) Produktiviti susu pun meningkat sangat.
4) Alhamdulillah susu lebih pekat. (KakNa imagine its good pekat so anak rasa lebih kenyang dan bernutrisi).
5) Bekas hitam di perut kelengkang dan ketiak mula menipis dan beransur hilang.
6) Anak tidur lebih selesa. (Sebab anak KakNa jenis tidur sekejap, bunyi plastik pon dia bangun).
7) Breast pun mengancam.
8) Rambut kurang gugur.

Apa Supplement Yang KakNa ambil?

I AM In Budget!!!!! Hahahaha ditambah dengan konflik first time beli..

hmm betul ke produk ini ok?
entah iya atau tidak penjual ni?
produk ni betul ke boleh banyakkan susu?

akibat terpengaruh dengan pakcik google. KakNa beli juga,  TawakkalLillahiTaala.

ESP aka Energizing Soy Protein
Alfalfa
(Dua inilah supplement yang banyak berjasa kepada KakNa selain teknik Power Pumping)






Minggu Pertama Dengan Alfalfa dan ESP, sedikit demi sedikit mula nampak perubahan. Paling ketara adalah energy KakNa. Setiap awal pagi KakNa akan bangun dan pam susu dulu sebelum ke tempat kerja. menguruskan dua orang lagi abangnya yang ketika itu berumur 4 tahun dan 3 tahun. jika tidak cukup energy memang boleh mengganggu kestabilan emosi. Tidak baik untuk breastfeeding moment.

Kemudian kepekatan susu. KakNa yakin ia jadi lebih berkualiti. Apa jua ciptaan Allah sangat istimewa kan. KakNa dan sahabat sama pejabat dengan KakNa buat test..hari kami tidak ambil ESP dan hari kami ambil ESP memang berbeza. Kami masa itu tidak terfikir pula untuk mengambil gambar. Tapi ada orang lain telah buat ujian yang sama. Tengok gambar ini.




Alhamdulillah...deep freezer KakNa yang besar pon penuh dengan susu sampai mak mertua KakNa datang..terkejut dia tengok susu KakNa banyak. Sebab anak nombor satu dan dua susu KakNa ada tetapi tidaklah sebanyak yang anak nombor 3 ini. Reeki Muhammad Azfar Aufa. Syukur Alhamdulillah.



Dan satu lagi adalah Alfalfa...tetapi Alfalfa nanti KakNa update link... Now KakNa nak explain lebih details tentang ESP. Di atas tadi hanya sharing pengalaman KakNa Menyusukan anak dengan ESP.

Kenapa KakNa Pilih ESP?

Kakna memilih ESP kerana pengalaman sepanjang menyusukan dan berpantang menjadi lebih bertenaga dan kurang stress ketika perlu bangun waktu malam  hingga 5 kali. Bonus nya kerana ESP dihasilkan dari soya yang tidak di modified atau mudahnya soya yang tidak diganggu genetiknya. Membesar tanpa bahan kimia yang memudaratkan. Selain cara penghasilan yang lebih terkawal.

Mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Selain itu kandungan Indeks Glisemik nya yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai untuk mereka yang menjaga kandungan gula dalam darah. Rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Merangsang pembentukan semula kulit&otot, mengurangkan kedutan, kepejalan otot, mencepatkan penyembuhan lupa dan mengurngkan kesan parut. Oleh itu, kandungan asid amino sangat penting bagi membina otot kuku rambut organ kulit....AWET MUDA laaa kannn...

Selalu terlupa juga satu masalah kan? Sebab tu kakna berusaha dengan mengamalkan ESP kerana ia membantu meningkatkan kualiti memori..malah bukan itu sahaja tau...untuk ibu yang beranak 4 ini, kami memerlukan bantuan bagi meningkatkan dorongan dan rangsangan seksual...awwww...untuk suamikan..apa sahaja untukmu...

Bagaimana ESP Itu Dapat Membantu?
Satu tin ESP dihasilkan dari 30kg kacang soya. Kaedah penghasilan yang menjaga kandungan proteinnya. Protein diperlukan oleh tubuh untuk tenaga dan kulit. Badan bertenaga

Selain Ibu Menyusukan, Siapa Lagi Boleh Amalkan ESP?

Dimana Boleh Dapatkan ESP ini?

Antara Tips Yang KakNa Buat Sebagai Ikhtiar Lain Untuk Menambah Susu

1) Power Pumping seminggu dua ke tiga kali. Waktu power pumping yang KakNa buat biasanya antara pukul 1am to 2am.

2) Makan ikut timing dan air 1liter/25kg berat badan.

3) Amalkan sayuran especially lobak putih.

4) KakNa suka minum hotchoc cadbury.

5) Pump ikut timing. Biasanya sebelum pergi kerja 1x, pagi di pejabat/rumah 1x, petang di pejabat/rumah 1x, malam sebelum tidur 1x.

6) Semasa pam, amalkan baca fatihah, selawat, 3qul dan subhanallahiwabihamdihi subhanallahilazim.

(Nanti bila KakNa ingat lagi tips..KakNa update sini ya)


Sentiasa Bersangka Baik Kepada Allah - Kunci Ketenangan

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Bismillahirrahmanirrohim
Hidup kita ini sangat singkat. Kurangkan mengumpul negative vibes. So, ENJOY!!! Psstttt korang suka jalan-jalan tak? Sejauh mana korang telah pergi berjalan-jalan? Melancong ke mana yang paling jauh telah korang pergi? Adakah ia sebagai hobi atau tuntutan tugas atau tempat kelahiran anda?

Jujurnya kan, KakNa ni suka berjalan dan melihat tempat orang. Tetapi dilahirkan dalam keluarga yang bukan senang, membuatkan ia hanya sekadar impian. Nama pun sekadar impian...Kakna teringin mahu melancong ke Jepun, Korea, Turki, Paris...semoga suatu hari KakNa berjaya jejakkan kaki ke tempat-tempat itu. Dan impian paling utama, KakNa mahu ke Rumah Allah bersama ibu, suami dan anak-anak. InsyaAllah. Aamiin.

Nak cerita sebenarnya kan lama sudah KakNa mahu rehat-rehat aman damai tidur di hotel sambil menaip entry untuk blog kesayangan KakNa ini. Allahuakbar..Allah sangat kaya pemurah maha mendengar. Impian yang satu ini tercapai. Hotel sponsored by lagi..jadi jika korang ada impian dan kehendak, mintalah pada Allah. Walau kita merasa ia seperti mustahil namun pada Allah tiada yang mustahil. Sentiasa berbaik sangaka sesama insan dan terutamanya Allah.

Alhamdulillah juga..PC yang rosak dapat diganti dengan Lappy dalam masa 2-3 hari sahaja. KakNa susah hati bila PC KakNa rosak, sebab KakNa sudah mula konsisten untuk membuat entry blog kesayangan KakNa ini setiap hari. Jadi bila ia rosak, KakNa takut sangat KakNa lost terus. Semoga lappy ini dapat bertahan lama selama-lamanya untuk KakNa gunakan. Manalah tahu suatu hari KakNa dapat brand Apple pulak kan..hehehehehe..impian FREE kottt...sooo whatttt

Korang tahu tak, Perniagaan Supplement ini sebenarnya membantu KakNa mencapai sedikit demi sedikit impian untuk bercuti ke luar negara secara percuma. Peluang terbuka, cuma usaha kenalah 500%. Bukan mudah untuk berjaya. Untuk berjaya wajib konsisten. Halangan demi halangan wajib dilalui. Perniagaan Supplement Shaklee ini juga yang menjadi punca Perniagaan Mobile SPA KakNa diwujudkan. KakNa happy sangat walau ia masih kecil tetapi selama dua tahun ia diwujudkan, progress itu nampak. Nampak Jelas sangat.

Beza Perniagaan Supplement dan SPA KakNa tiada beza bagi KakNa. Tujuan disebalik tujuan adalah meningkatkan tahap kesihatan dan kebahagiaan insan lain. feedback positif pelanggan KakNa menaikkan lagi semangat KakNa. Semoga Allah membantu KakNa untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan-pelanggan KakNa.  Aamiin.. Jika ada antara pembaca entry KakNa ini ibu yang tidak berkerja dan mahu mendapatkan duit sendiri untuk diri, anak-anak dan keluarga, mari hubungi KakNa. KakNa akan guide anda.

Ia bukanlah susah seperti yang difikirkan. Dari takut, insyaAllah akan menjadi hobi terbaik anda. Hmmmm...Malam nanti KakNa sambung lagi ye...KakNa nak iron baju untuk majlis berbuka petang ini. Takut nanti En.Suami sampai..kami belum siap.

.........seperti yang KakNa janji...Nah KakNa belanja sikit gambar-gambar kami dari hotel sampailah balik hotel. Gambar kenangan. Satu lagi hobi KakNa tercapai hari ini..jalan-jalan cari makan hehehe...


Tuesday, June 13, 2017

PUNCA PUNCA REZEKI DARI JALAN YANG TIDAK DISANGKA

Assalamualaikum...

Pernah terfikir atau tidak...dari hobi menjadi sumber pendapatan. Dari suka-suka jadi punca rezeki. Sebenarnya bermula dari minat kepada hobi kepada sumber pendapatan. Hobi apa yang boleh jadi sumber pendapatan?

Senaraikan hobi kita. Kemudian letak yang paling favourite. Buatlah istiqomah. Kenal pasti sumber, modal dan keuntungan. Sumber jangan satu sahaja ...dapatkan 3-4 sumber. Supaya modal dapat di 'ejas' dan selain itu, jika stock sumber A tiada..dengan mudah boleh dapat stock dari sumber B.

Bila kita rajin buat dan marketing kena gaya, insyaAllah. Buat mesti sentiasa ada penambahbaikan. Belajar untuk sentiasa ada peningkatan. 

SELAMAT MENCUBA....

Sunday, June 11, 2017

Masalah Jerawat dan Bekasnya Serta Blackhead - Set Asas Nutriwhite Sudah Mencukupi Buatku

Assalamualaikum ...

Malam ini terpanggil untuk berkongsi tentang produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit asia macam kita ini. Masalah kulit kering, sensitif..oily itu jika kena buku dengan ruasnya insyaAllah selesai. KakNa sebelum kenal Set Nutriwhite ini, sudah bermacam produk guna. Ada yang hilang jerawat tapi muka jadi mengelupas. Mengelupas kan salah satu simbol trauma buat wanita.


Make Up Remover

cara hilangkan whitehead



Deep Foaming Cleanser

cara hilangkan jerawat

Ultimate UV Protection


Night Cream



Elakkan Berputus Asa Ketika Melihat Susu Perahan Di Paras Basah Tapak Botol Sahaja

Assalamualaikum..

Adakah adik ni seorang ibu muda yang bercita-cita mahu melaksanakan penyusuan selama 2tahun pada si comel? Tetapi adik seorang ibu yang berkerjaya? Tidak tahu bagaimana untuk menyusun atur susu perahan? Tidak yakin boleh melakukan at least 6month? Pasti macam-macam lagi di fikiran itu kan....Janganlah risau adik-adik KakNa ni. Walaupun kiranya ini baby kedua tau ketiga atau keempat tetapi baru datang gerak hati untuk menyusukan anak sepenuhnya, mari baca tips KakNa ni.

Bagaimana Mahu Merangsang Pengeluaran Susu Diawal Kelahiran?

Adik-adik diawal kelahiran maknanya dari saat selepas melahirkan, baby selesai disiapkan dan dibersihkan..adik-adik mesti ajar si comel untuk menghisap. Azalinya si comel memang tidak pandai dan tidak tahu caranya. Sebagai ibu, adik-adik mesti tabah dan berusaha. Jangan cepat menyerah kalah dan terus beri puting botol dan susu formula.



Mulut baby memang comel, ada puting payudara ibu pula besar..agak sukar baby mahu cuba masukkan. Jadi adik-adik kena bantu. Selain itu posisi ibu dan anak pun perlu diambil kira. Ibu-ibu perlu menjaga bahagian belakang dan pinggang. Adalah lebih baik ibu-ibu bersandar ketika menyusukan. Mari perhatikan gambar di bawah ini supaya ia lebih jelas untuk adik-adik pelajari Teknik Pelekapan yang betul.




Susu Sedikit Baby Asik Merengek Macam Tak Puas

Mungkin 'YA" disebabkan oleh lubang aliran susu di puting baru ada satu dan perlahan sangat. Disini ibu-ibu jangan mengalah. Lakukan sedikit urutan untuk melancarkan aliran susu dan sentiasa berikan baby hisap supaya lubang-lubang tadi clear. Perut baby kecil sahaja..tengok ini.


Tips Menguruskan Susu Perahan

Ini KakNa share dari ---->> (Sumber dari Rahsia Penyusuan Ibu Berkerjaya, Pakar LAktasi Bertauliah PPUM)

1) Susu ibu adalah sel hidup dan sensitif kepada perubahan susu mendadak.

2) Salah satu konsep asas pengurusan susu perahan adalah PERUBAHAN SUSU PERAHAN SEBOLEHNYA SECARA PERLAHAN-LAHAN.

3) Kuantiti susu yang diperlukan adalah ditentukan oleh kapasiti perut baby sendiri.

4) Susu ibu sentiasa berubah ikut keperluan bayi. Golden Milk tau!!!

5) Susu ibu adalah custome made mengikut cuaca, keadaan kesihatan ibu dan bayi, pemakanan ibu dan tempoh masa penyusuan.


6) Cuci tangan dan mulakan dengan bismillah.

7) Sentiasa berdoa semasa ,menyediakan dan menyimpan susu perahan semoga dilindungi dan diberkati.

8) Gunakan cooler bag dan icepack untuk menyimpan dan membawa pulang susu perahan dari pejabat ke rumah.

9) Susu perahan yang diperah dalam masa 24jam masih boleh dicampur dan pastikan suhu adalah sama. Bab suhu susu sama ini yang membuatkan KakNa tidak pernah satukan. Jika anda yakin..boleh teruskan. Jika tidak asingkan sahaja seperti biasa. Jangan lupa tuliskan tarikh dan waktu perahan pada bekas simpanan ya.

10) Susu dibahagian chiller tidak boleh lebih 4hari dan elakkan letak susu dibahagian pintu peti ais.

11) Susu jika sudah dicairkan mestilah digunakan dalam masa 24jam sahaja.

12) Susu yang tidak habis diminum tidak boleh dibeku dan dipanaskan semula.

13) Suhu 37 hingga 40 darjah cecius adalah suhu yang sesuai untuk memanaskan susu.

14) Ais ketul dan garam kasar juga boleh digunakan untuk menyimpan susu perahan menggunakan cooler box.

15) Penyediaan susu ibu yang tidak mengikut guideline akan merisikokan bayi anda kepada keracunan makanan.








SEMOGA SUCCESS OKAY....
whatsapp aje KaKNa untuk ketahui info yang diperlukan 0173567078



Friday, June 9, 2017

Jom Cuba Resepi Istimewa KakNa Ramadhan 2017

Assalamualaikum...

Hobi Bulan Puasa. Mencari Resepi Makanan Paling Menyelerakan & Mudah. Hari ini KakNa jumpa dua resepi yang KakNa akan buat esok untuk berbuka. Kenapa Esok? Sebab baru jumpa tadi dan tidak sempat mencari bahan-bahan utamanya. Apa resepi KakNa tu? Mudah sahaja... Kerang & Ikan Siakap. Ini bahan utamanya. Hari ini KakNa nak buat Sup Ayam Kampung Muda bersama Sambal Kicap. Malam nantiu KakNa upload gambar Sup Ayam Kampung Muda Dan Sambal Kicap, tetapi lepas KakNa balik dari mengurut ye.

Nah Resepinya....

Kerang Marvellous Yummy

Sekilo Kerang
Serai tiga Batang
Limau Nipis Tiga Biji
Lemon Sebiji
Asam Jawa
Cili Padi 8biji (bergantunglah kalau korang suka pedas)
Daun Ketumbar
Bawang Besar sebiji
Bawang Putih Setengah Labu
Sedikit Garam Dan Gula

Cara Masak...

Rebus Kerang. Buang kulit kerang sebelah sahaja. Letak dalam satu mangkuk. Masukkan Perahan limau dan lemon. Hiriskan Serai, Bawang-bawangan dan Cili Padi. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kerang tadi. Gaulkan rata. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula, agak aje lah ya sesedap rasa. Kemudian masukkan ke dalam pinggan lauk dan hiaskan dengan daun ketumbar. SIAP!!!!!!


Ikan Siakap Pompom

Ikan Siakap 2 ekor
Bawang Besar Dua Biji
Bawang Putih Setengah Labu
Cili Padi (ikut tahap kepedasan yang digemari)
Limau Nipis 4biji
Lemon 2biji
Tomato sebiji
Serai 2 batang
Garam
Gula

Cara Masak...

Ikan siakap yang telah disiang tadi...diletakkan ke dalam mangkuk dan kukus. Taburkan bawang dan serai yang sudah dititik pada ikan tadi. Tutup dengang mangkuk pengukus dan biarkan selama 20-30minit. Sementara itu, buatlah sos untuk ikan ni tadi...Potong Cili Padi atau tumbuk...masukkan perahan lemon dan limau nipis juga jangan lupa masukkan tomato yang telah di potong dadu, masukkan sedikit garam dan gula. Selepas 30minit, keluarkan ikan dari periuk kukus dan tuangkan sos tadi di atas ikan.

Mudahkan.... YA Allah lapar perut KakNa..psssttt Kalau Tidak Memenuhi Permintaan Tekak uolsss...Rebrand lah ikut uollsss nya selera k....

SELAMAT MENCUBAAA!!!

Thursday, June 8, 2017

Berpantang Dengan Mokde - Berbaloikah?

Assalamualaikum

Terima kasih jenjalan di entry KakNa ini. Hari itu KakNa sudah cerita tentang Set Supplement untuk ibu berpantang. Dan hari ini KakNa nak bercerita tentang Set Berpantang pula. Selama ini mungkin ada dan mungkin tidak pernah dengar Set Berpantang Mokde. Complete seperti brand gah yang lain seperti Sendayu Tinggi, Afiat, Nona Roguy and so on lah. Set Berpantang Mokde ini adalah resepi turun temurun dari arwah ibu mertua beliau lagi.

Sahabat KakNa ini berasal dari Kota Tinggi dan SPA nya juga di area felda …alamak sorry KakNa lupa..yang pasti sekampung dengan MAWI (artis kan takkan tidak kenal)…haaaa ingat pun.. Felda Taib Andak. Dari pengalaman KakNa menggunakannya untuk pelanggan KakNa, memang ramapi puas hati terutama sekali Tapal Perut dia tu…memang best!!!



Inilah dia Set Berpantang Mokde 

Pakeh Penjagaan Berpantang


Untuk semua di atas tu hanya RM180 sahaja. Jika mahu belian secara asing aka ala carte pun boleh tidak ada masalah. Cubalah sekali mesti puas hati...dan yang latest ada Herba Bertangas. 

Kenapa kita perlu bertangas?

Tangas ini untuk mengetatkan dan memperbaiki semula otot-otot rahim kita. Mahukah kita jika otot-otot peranakan kita longgar, berair sangat dan sudah tentu suami lah kesian kan. Selain suami, ia akan memberi kesan tidak sihat kepada tubuh badan kita.

Bertangas seeloknya dilakukan semasa jahitan dan luka telah sembuh dan ketika darah sudah betul kering. Maknanya kita sudah bersih dan bersedia. Bertangas dan bersengkak ini biasanya KakNa buat dalam Pakej Penutup Pantang.

Pakej Penutup Pantang Itu Apa Je Ye?

Penutup Berpantang ni maknanya, kita refresh badan kita. 40days in a Confinement Routine, adakala kita merasa bosan, stress dan aura-aura kita hanyut dengan keseronokkan dapat baby dan peralihan jadual tertentu. Jadi, DO SOMETHING THAT CAN REFRESH OR 'BELAI' OUR BODY AND FEELING.

Rawatan Penutup Pantang

Mandi 7 Aura Bunga
Lulur + Scrub Badan
Urutan Penutup
Bertungku
Bertangas
Normal Facial

WOW!!! Feeling the freshness????

Penutup Pantang

Rerajinlah Follow Instagram dan Page KakNa ya....



Sudah tahu kan mahu cari KakNa di mana?
Whatsapp KakNa 0173567078

KakNa sedia membantu anda. If KakNa lambat reply tu samada Kakna Sedang mengurut atau KakNa telelap keletihan atau KakNa sedang memandu. Tunggu KakNa reply tau...


Wednesday, June 7, 2017

Ibu Berpantang Tidak Perlukan Makanan Tambahan Kerana Menu Berpantang Sudah Cukup Nutrisi. Benarkah?

Assalamualaikum...

Ehem ehem...korang ingat tak semasa korang dalam labour room, apa yang korang fikirkan selain dari perasaan takut..berdebar-debar tu? Terfikir tak?

"Lepas bersalin ni ...apelah agaknya makanan yang hospital bagi aku makan"

Pernah tak dalam labour room sementara menunggu jalan terbuka, korang request dekat encik suami tu ini...

"Hubbyku sayang..boleh tak belikan isteri kesayanganmu ini teh tarik..nanti dua bulan tak dapat minum"

Dan sebenarnya itu semua propaganda korang untuk sembunyikan perasaan nervous tu.

doa nabi yunus

Selain propaganda kat atas tu..better amalkan doa Nabi Yunus ni. Dan jangan lupa istighfar juga minta ampun dan maaf kepada ibubapoa, suami dan parent in law. Okay lah...sebab hari ini KakNa nak share sikit beberapa resepi masakan berpantang yang KakNa sediakan setakat ni.

1. Ikan Nemek-Nemek



2. Bakar Berbalut



3. Stim Halia

4. Singgang lah Singgang

5. Lobak Ohsem


Lepas itu jangan lupa amalkan Supplement Berpantang supaya badan rasa lebih sihat dan cergas. Mahu luka cepat sembuh kan? Adik-adik jangan salah faham dengan Supplement aka Makanan Tambahan tau. Makanan tambahan bukan pengganti makanan. Contohnya, hari ini aku dah makan Vitamin C so tidak perlulah aku makan buah Orange lagi. no...no..no... Silap tau fahaman ini.

Nama pun makanan tambahan, analogi dia lebih kurang begini... Senaman dan makanan seimbang itu dia seperti Baju. Dan Supplement itu adalah tudung. Janggal atau tidak bila kitya lihat orang pakai tudung tapi tidak memakai baju? KakNa in plan nak beli sebuah basikal sebab KakNa pun nak ubah gaya hidup lebih sihat. Plan nya nak berbasikal dengan anak-anak setiap weekend. 

Buat ibu yang berpantang, selain plan pemakanan seharian sepanjang berpantang, anda semua sangat-sangat memerlukan makanan tambahan untuk mencukupkan keperluan seharian. Ditambah bila anda seorang ibu yang menyusukan sendiri anak anda. Kita sedia maklum makanan kita sekarang full with herbisid, pestisid and whatsoever SID lagi. Selain dapatkan yang organik, makanan tambahan sangat membantu menaikkan taraf kesihatan ibu berpantang dan baby.

Pola kehidupan seharian anda akan berubah..terutama sekali waktu tidur anda. Waktu tidur tidak mencukupi, bangun di malam hari smpai 3-4 kali, lama kelamaan anda akan rasa stress, penat, emosi mengawal diri. Jadi. anda perlukan makanan tambahan bagi membantu anda mendapatkan cukup nutrisi yang diperlukan. Kekurangan nutrisi boleh mengakibatkan anda hilang pertimbangan..takut-takut terjadi meroyan.


Tuesday, June 6, 2017

Berbudi Kepada Tanah Meningkatkan Stamina Diri Dan Menyemai Kesabaran Dalam Menjalani Kehidupan

Assalamualaikum w.r.t.

Masa memula tu KakNa langsung tidak perasan yang sebenarnya ia hobi. Mulanya rasa macam saje suka-suka. Masa mother in law datang...dia bawak pokok buluh rebung. Kat sini mungkin susah sikit nak jumpa. Rebung dia memang sedap. Original & Awesome!! Ada tiga benih yang dia bawak. Tapi sepokok mati sebab KakNa so busy sampaikan terlupa siram. Kebetulan sepanjang minggu itu langsung tidak turun hujan. Alhamdulillah la dua lagi sihat walafiat.

Lepas tu dalam kebun kecil KakNa tu pun ada Pokok Serai...and dalam perancangan nak tanam Serai Wangi, memandangkan KakNa perlukan Serai Wangi untuk rawatn ibu dalam pantang dan service SPA KakNa. Setakat ini pokok Kacang Bende telah membuahkan hasil dan juga pokok Cili Padi Kampung. Tidak perlu susah beli sebab boleh petik je dari belakang runah, Pokok Terung baru je ditanam..moga-moga nanti hasilnya boleh dikongsi dengan jiran tetangga juga.

Pokok Buah? Eh....mestilah ada sayang... KakNa tidak sabar menunggu Pokok Pelam/Mangga KakNa besar dan mengeluarkan hasil. Sebab..menurut si pemberi benih, ia adalah pelam kacuk dengan pelam siam. Rasa dia memang sedap..kalau di buat jeruk asam boi tu memang TERANGKAT!! Hahahah saje je kan KakNa nak membakor korang. Tapi memang betul tau. Dalam perancangan mahu tanam Pokok Durian Belanda pulak. Almaklumlah..orang kata Pengubat Kanser kan...daunnya diramas dan dilumur ke anak yang demam..baca fatihah 7 kali, 3Qul, 7 kali ayat Qursi dan Selawat 21 kali. Ibu berdoalah semoga usaha ini mendapat berkat dan dapat menyembuhkan demam anakku. Mudah-mudahn sembuh.

Latest kan...list paling utama, KakNa nak tanam pokok bunga di sekitar rumah. Memandangkan KakNa suka fresh flower..so wajib lah kan. KakNa suka bunga hidup sebab Aura dia menenangkan. Orang macam KakNa ni..kerja bukan sekadar menggunakan tenaga luara, malah tenaga dalaman, jadi bila balik tu KakNa perlukan Aura Positif dan New Energy supaya emosi kekal stabil.

Apa pula hobi anda? Ada yang sama dengan KakNa tak? Nanti kita share lah tips menanam pokok ni ya...hashtag berbudi kepada tanah. Terlupa pula nak snap pic tadi. Esoklah KakNa upload pic ya....mesti korang pon seronok tengok pokok-pokok di kebun kecil tu.

Selamat Bersahur sayang semua... KakNa letih sangat nih..nak tidur dulu sebab esok pagi masih ada ibu berpantang yang KakNa kena bantu. Nak masak lauk berpantang istimewa untuk dia esok subuh. Semoga kita sama-sama excellent dalam kehidupan. Aamiin.



Monday, June 5, 2017

Berpantang Bukan Lagi Trauma Bila Anda Tahu Cara Terbaik Untuk Laluinya

Assalamualaikum w.r.t

Kita semua mesti ada pengalaman berpantang yang sentiasa dalam kenangan kan. KakNa teringat pada mak KakNa..dia selalu cerita tentang pengalaman dia berpantang dulu-dulu. Anak kecik-kecik dan berpantang sendiri. Semasa kelahiran anak pertama dan kedua, arwah nenek KakNa ada lagi. Jadi dari segi pengambilan jamu dan pantang makanan memang ketat la. Nenek akan tunggu mak habiskan jamu tu dan barulah dia sambung buat kerja lain.

Jamu orang dulu-dulu kan bukan macam kita..ada kapsul ada dibintil. Jamu orang dulu asli cecair. Dimasukkan dalam cawan campur air suam dan PEKAT. Mak KakNa minum dengan tutup hidung. Mak cerita lagi...makcik KakNa main ngelat...bila nenek pergi dapur..dia tuang ikut lubang papan lantai rumah...hahahaha..tapi korang janganla buat macam tu okay.

Pemakaian param, pilis, tapal tu memang wajib gila...nak lagi bengkung tu memang ketat. Bengkung orang dulu adalah bengkung yang bermeter-meter panjang. Tapi bengkung macam tu lah sebenarnya yang paling selesa. La'Joise ada jual. Memang puas hati. Kain dari indonesia. Kalau anda nak beli boleh la google ya.

Zaman berubah. kan? Tetapi apa yang baik kita kekalkan dan tidak salah untuk kita buat yang lebih baik. Jika dulu kita amalkan Jamu...sekarang kita tambah dengan pengambilan supplement. Kenapa? Sebab jika kita perasan, amalan pemakanan dalam pantang selalunya hanya yang kering, kurang air dan kurang sayuran..buahan pun sama. Sebagai contoh, semasa KakNa bersalin, KakNa hanya makan ikan kering ditumbuk dengan lada hitam..dan air tidak boleh ambil dalam kuantiti yang banyak. Jadi, Sembelit. Sembelit tahap berdarah dan fobia nak ke toilet.

shaklee

Jadi untuk support amalan pemakanan yang baik, cubalah tambah dengan pengambilan Vitamin Semulajadi. Supplement atau vitamin ni bukan orang sakit yang kena makan, orang sihat sepatutnya amalkan itu lebih baik.

penjagaan ibu dalam pantangmobile spa pontian


Jadi apakah Supplement yang Ibu Berpantang boleh amalkan?

Energizing Soy Protein (ESP)
* Soya yang genetiknya tidak diubahsuai. Maknanya tidak dipercepatkan proses kematangannya dengan suntikan.
* Indeks Glisemik rendah, maknanya jika semasa hamil ada kencing manis, bolehla amalkan ini supaya paras gula dapat dikawal.
* Protein membantu proses penyembuhan luka. Protein diperlukan oleh tubuh untuk memperbaiki sel dan menghasilkan sel yang baru.
* Sumber tenaga segera. Jadi tidaklah kita lesu dan tidak larat untuk uruskan baby.

Vitalea
* Ia merupakan multivitamin yang menyediakan asas nutrisi yang membantu sistem imun tubuh, pertumbuhan sel baru, otot, kulit, rambut dan kawalan hormon.
* Dihasilkan dari ekstrak sayuran dan buahan. Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting.
* Yang utamanya untuk mengekalkan kecerdasan tubuh ibu. Perubahan waktu tidur dan kurangnya tidur berkualiti sedikit sebanyak akan mengganggu tahap kecerdasan dan antibodi tubuh.
* Ia juga membantu dalam proses penyusuan. Apabila ibu sihat dan cerdas aktiviti demand & supply akan berjalan lancar.

BComplex
* Pilihlah BComplex yang mengandungi kesemua 8 vitamin (B1,B2,B3,B5,B6,B12,Asid Folik dan Biotin) (Seperti yang dinyatakan dalam RDA).
* Elakkan pengambilan BComplex yang menawarkan rumusan larut air.
* BComplex juga membantu dalam penghasilan sel darah merah. Proses kelahiran menyebabkan ibu-ibu hilang banyak darah kan?
* Mencegah anemia,sakit kepala, migrain dan mengurangkan masalah keletihan mata.
* Paling best adalah ia membantu kita melawan tekanan. Tentu faham kan maksud KakNa. Perubahan waktu tidur ibu, rengekan manja anak tiap malam minta di pegang, sakit belakang akibat menyusu dengan teknik kurang tepat, menahan sakit puting susu luka akibat salah hisapan oleh anak...ini semua penyumbang kepada ketidakstabilan emosi ibu.

Vitamin C Sustained Released
* Ujian klinikal membuktikan Vitamin C didalam dua tablet mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24jam. Setiap tablet ada 120mg bioflavonoid yang m,ana 25% diekstrak dari kulit buah. Bioflavonoid ini mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
* Jika anda pernah mengalami infeksi ketika berpantang anda pasti gembira jika proses berpantang seterusnya anda punyai sebotol Vitamin C ini didalam rumah. Sebab KakNa dah melalui siksanya terkena infeksi di luka episiotomi.
* Kekurangan Vitamin C  boleh menyebabkan pemulihan luka jadi lambat, kulit jadi kering, ruam dan kusam.
* Selain peningkatan sistem imun tubuh, ia juga memperbaiki insomnia, stress...stress ni seperti yang berkaitan mental macam resah. Bahayakan insomnia.

Ostematrix
* Kata lain tu adalah sumber Kalsium. Ostematrix ni memang kenangan terindah untuk ibu hamil dan berpantang dan penyusuan yang sedang mengkonsumsi Ostematrix ni.
* Formula unik. Dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. Nutrien ini perlu diambil serentak/bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh sekaligus menghalang endapan sesetengah mineral.
* Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas. Ingat tak semasa hamil, siapa pernah selalu mengalami simpul biawak/krem kaki? azab kan... Ambil sebelum tidur, insyaAllah dapat membantu masalah kejang, kebas, sakit sendi dan artritis.
* 1biji pil Ostematrix ini bersamaan dengan 80biji badam. Penenang saraf, Menggalakkan tidur yang selesa, juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. Juga mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga.





set berpantang shaklee



Jika anda sudah mendapatkan Set Berpantang tidak kira dari apa brand sekalipun, KakNa cadangkan dapatkan juga Set Supplement Berpantang ini. Lebih-lebih lagi jika anda ibu muda dan anak pertama, atau jika anda berpantang sendiri atau anda berpantang anak ke 2,3,4 dan seterusnya. Ia sangat membantu anda..top up dari apa yang anda tidak dapat dari Set Berpantang dan Pemakanan Harian tu.

Untuk Konsultasi Berpantang Dengan Happy!!!!
Sila Hubungi KakNa di talian 0173567078

=====================================================

KakNa 
IG @mobilespapontian
FB Page : Mobile Spa Pontian
Whatsapp 0173567078


Saturday, June 3, 2017

Mobile SPA Pontian Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Mobile Spa Pontian (MSP) atau SPA Bergerak...ilham ni lahir sudah lama sebenarnya... Dari Kakna masih menetap di Selangor lagi, cuma keadaan tidak mengizinkan ketika itu untuk Kakna laksanakan impian ini. Jadi hari ini Kakna rasa nak share serba sedikit tentang MSP ni dan Kakna....yeayyyy...

Assalamualaikum...

Kakna tahu mesti yang membaca ni pernah menjadi pelanggan MSP dan mungkin akan menjadi pelanggan MSP. Di awal pembukaan dulu...memang Kakna kurang ilmu tentang SPA. Kakna jalankan MSP ni dengan tekad dan semangat. Jatuh bangun...pejam celik..Alhamdulillah sudah lebih setahun MSP beroperasi. Walau banyak dugaan/cabaran..hampir menutup MSP...walau hanya seorang dua pelanggan sahaja di awal operasi dahulu, Alhamdulillah berkat dorongan suami..Kakna masih di sini.

Kakna punya impian yang tinggi dengan MSP ini, tapi Kakna akan kongsikan kemudian nanti. Korang mesti teruja bila baca impian Kakna dengan MSP ni nanti...hehehehehe.. MSP bermula dengan Facial, Sauna, SPA Massage, Lulur/Scrub dan Pedicure/Manicure. Dan kini Kakna telah melebarkan sayap sehingga ke Penjagaan/Rawatan Ibu Berpantang, Akupuntur dan Bekam. Syukur alhamdulillah sambutan dan respon sangat menggalakkan.

Terima kasih tidak terhingga kepada para pelanggan Kakna dari awal sampailah sekarang. Mungkin anda semua rasa hendak tahu serba sedikit tentang Latar Belakang Kakna kan. Secara ringkasnya kan...

Nama Penuh : Niriwana Othman

Asal : Pontian, JDT.

Sekolah : Sek.Men.Keb. Dato' Penggawa Barat.

Tahun : 1993 hingga 1997

Melanjutkan Pelajaran : Universiti Putra Malaysia

Tahun : 1999 hingga 2003

Okay...jika ada yang sama batch Kakna di SDPM dan UPM..say la haiiiiii...

Bagaimana Timbul Minat Untuk Buka Mobile SPA?

Sebenarnya idea datang semasa Kakna gagal. Kakna pernah berniaga barangan baby sehingga buka sebuah butik di Bangi dahulu. Tetapi pelbagai dugaan dan masalah melanda sehingga Kakna tidak dapat mempertahankan perniagaan tersebut. Jadi Kakna berfikir apakah lagi perniagaan yang aku boleh buat? tiba-tiba terfikir SPA sebab jiran butik Kakna dulu adalah SPA. Tapi aku tak mampu nak buka premis vogue macam dia. Then..why not i just make it from door to door?

Jadi satu persatu idea datang dan yang paling mengujakan bila kulit wajah Kakna kembali pulih. Dan Kakna dapat keyakinan untuk bawa produk ini sebagai Supporter Kakna..ini kisah cerita kemudian. idea datang sehingga Kakna pulang ke Pontian, Johor. Alhamdulillah Allah mudahkan satu persatu urusan penubuhan MSP ini. Syukur Alhamdulillah sekarang MSP sudah punya pelanggan tetap setiap bulan or at least dua bulan sekali pelanggan tetap.

Terima kasih sangat kepada semua pelanggan MSP. Tanpa support dari korang...siapalah kami. Dari Semasa ke Semasa Kakna akan mantapkan lagi perkhidmatan Mobile SPA dan sekarang alhamdulillah MSP sudah mendapat Sijil SKM 3 dalam bidang Uutan Terapi dan ada banyak lagi perancangan peningkatan kemahiran diri untuk penambahbaikan MSP di masa akan datang.

Semoga Allah terus memberkati MSP untuk anda semua. Muahhh 100x!!!!!







Wednesday, April 26, 2017

Petua Menurunkan Bacaan Kuning Baby Comel Ibu

Assalamualaikum...

Ya Allah syukur alhamdulillah sangat..berjaya juga menaip hari ini. Last update pada 30 January. Hampir 3bulan KakNa tinggalkan blog ni bersawang. Apalah yang KakNa lakukan ye sampai berbulan takde update.

Bukan KakNa sengajakan .... tetapi masa yang mencemburui..eewaahhh.. but yes its true. KakNa penuh dengan booking sekitar Pontian ni sehingga ke Johor Bahru. Ditambah pula dengan order Supplement dan Produk Kecantikan Shaklee yang memerlukan KakNa travel, memang memenatkan. Memang terkejar-kejar dibuatnya. Anak-anak pergi dan pulang sekolahpun ada hari terpaksa minta bantuan kakak ipar untuk ambil.

Ok...hari ni KakNa nak share petua untuk mengurangkan masalah kuning baby yang baru lahir. Idea ni KakNa dapat sepanjang KakNa sibuk menguruskan ibu dalam pantang. Kasihan KakNa melihat ibu-ibu muda kehulu kehilir membawa anak ke klinik untuk check up kuning. Ada yang sampai kena warded..dengan ibu berpantang ni kena warded juga. Keluh sesetengah dari mereka antaranya..badan jadi sakit-sakit semula..jahitan terasa pedih....letih.. Ya Allah permudahkanlah urusan ibu-ibu ini. Semoga cepatlah turun bacaan kuning anak-anak mereka.

Sebelum itu, Tahukah Apa Itu Jaundis / Kuning ?
Biasanya berlaku pada minggu pertama kelahiran, namun begitu ia bergantung kepada cara pengendalian dan jenis darah inu dan anak. Warna kuning itu adalah bilirubin. Bilirubin ni jadi berlebihan hingga menyebabkan mata dan kulit baby berwarna kuning.

1. Susu Ibu
Dulu kan KakNa memang risau..nak lagi masa anak sulong..jadi KakNa akan kejut dia sejam sekali..sebab baby Jaundis memang akan tidur. As a mom kita nak dia cepat hilang kuningnya so memang akan kejut dia sampai dia hisap susu banyak-banyak.

2. Kurma
Rendam dan minum airnya...atau boleh makan terus kurma tu. Satu lagi dalam zaman moden ni..Order susu FarmFresh Kurma. Mana nak dapatkan? KakNa Ada...InsyaAllah Stock sentiasa ada. Yang ini ibu minum ye..sebab normally ibu akan breastfeed anak kan.

3. Anggur Hijau
Dapatkan yang fresh..yes KakNa tahu memang susah tapi selalunya di Aeon atau Pasaraya Maslee (di Pontian ni) ada. Cari yang tiada biji. Ibu makanla 7-11biji sehari. Baby pulak...lenyek bagi ada air..tapis, dan bagi dia sikitt aje.

4. Daun Belimbing Buluh
Di buat mandi baby. Rebus dalam periuk. Masa nak mandikan tu, campurkan dengan air biasa biar jadi suam.

5. Daun Hujan Lebat.
Sama cara dengan daun belimbing buluh tadi.

6. Sengkuang Cina
Cara sama dengan Anggur Hijau tadi.

7. Petua Nenek/Buyut
Jauhkan atau simpan dulu segala baju ke towel ke yang berwarna kuning..malah walau sekuntum bunga kuning pun elakkan. Wallahualam.

8. Pasang Lampu
Okay ini, suami KakNa dulu buat sendiri guna batang paip pvc. kan dia ada lengkuk-lengkuk penyambung dia tu. Suami KakNa buat bentuk 4segi atas bawah..letak batang pada setiap penjuru dan gantungla lampu tu. Letak tilam dalam petak tu..tutup mata anak..buka baju dan baringkan. Biarkan la 5-10min and angkat...dan susukan..pastu letak balik...

KakNa masih lagi mengumpul petua yang ada, jika anda nak share dengan KakNa..bolehla tinggalkan komen atau whatsapp je terus 0173567078 atau FB Page Mobile Spa Pontian

Monday, January 30, 2017

Kepentingan Memakai Param Pilis Dan Tapal Ketika Tempoh Berpantang

Minimum tempoh berpantang adalah 44 hari..lebih kurang 6 minggu sahaja. Ada juga yang sangat prihatin sehingga melanjutkan sehingga 100 hari. Terpulang pada individu. Yang penting rutin harian dilakukan setiap hari. Apakah rutin harian itu?

Kan....mestilah...
1. Mandi air suam.
2. Mandi air rebusan dedaunan.
3. Makan Jamu.
4. Makan supplement.
5. Pakai Stoking.
6. Pakai Bengkung.

Dan paling penting...
7. Param.
8. Pilis.
9. Tapal.

Kenapa?

PARAM

Fungsi : Memberi kesegaran pada badan. Menghalus dan melicinkan kulit. Menghindarkan dari dimasuki angin. Mengurangkan rasa sejuk dan kebas. Mengurangkan kesan sakit-sakit badan. Memberi rasa hangat/nyaman.

Dihasilkan : Daun Cekur. Jerangau. Cendana. Kulit Limau Purut. Kulit Rambai. Halia. Bawang Putih. Asam Jawa. Kunyit.

Cara Guna : Ambil dua sudu, campur dengan air sedikit, kemudian sapukan rata ke seluruh badan.

PILIS

Fungsi : Mengurangkan panas dikepala. Menghindarkan pening kepala. Menyegarkan mata. Menelakkan darah putih naik ke kepala. Mengelakkan angin merian yang dialami oleh ibu yang mengalami emosi tidak stabil. Mengelakkan tekanan darah rendah/pitam.

Dihasilkan : Tepung Beras. Kunyit. Buah Pelaga. Kulit Kayu Manis. Halba. Kapur Sireh dan Air Limau Nipis.

Cara Guna : Ambil dua tiga calit, campur sedikit air dan sapu rata di sekitar dahi..atas kening.

TAPAL

Fungsi : Mengurangkan rasa sakit/berangin/sejuk dibahagian perut dan peranakan. Memberi rasa selesa. Membantu mempercepatkan penveluaran darah kotor. Menegangkan kembali kulit perut. Membantu mengurangkan pecah-pecah bahagian kulit perut.

Dihasilkan : Halia. Kunyit. Lengkuas. Lada Pintal. Jerangau. Cekur. Lada Putih dan Lada Hitam.

Cara : Calit dan sapu rata ke bahagian perut dan peranakan sebelum memakai bengkung. Jika anda caesarean, guna selepas luka anda benar-benar sembuh.

Jadi, jangan ambil ringan 9 rutin harian ini selama mana masa yang anda ambil untuk berpantang.

SELAMAT BERPANTANG😊😊😊😊

*JIKA ANDA BERADA DI SEKITAR DAERAH PONTIAN - SIMPANG RENGGAM - SKUDAI BOLEHLAH HUBUNGI KAKNA 0173567078.

* JIKA ANDA BERADA DISEKITAR SELANGOR, TERENGGANU DAN JOHOR BAHRU ANDA BOLEH HUBUNGI KAKNA JUGA. KAKNA AKAN PASS NUMBER ANDA KE RAKAN PERBIDANAN KAKNA YANG BERADA BERDEKATAN DENGAN ANDA.

Terima kasih sudi singgah ronda di blog KakNa. Jemput singgah page dan instagram KakNa....MUSLIMAH SPA MOBILE/MOBILE SPA PONTIAN ....


Saturday, January 28, 2017

Aktiviti Semasa Berpantang Punca Badan Cepat Pulih Dan Kekal Bertenaga

Alhamdulillah masih berkesempatan menulis lagi untuk menyampaikan sikit atau banyak ilmu untuk adik-adik diluar sana yang bakal bersalin tak lama lagi..mahupun yang sedang menjalani proses pemulihan (berpantang).

Berpantang dari aktiviti robus and pressing..ehh ehh dah macam teknik bola sepak pula ya...apa kaitan? Takdelah kaitan yang jelas melainkan sekadar peringatan supaya kita ni bila dalam pantang ada benda yang perlu dielakkan dan makanan yang juga perlu dielakkan. Tak lama pun sayang-sayang semua...lebih kurang 6 minggu sahaja minimum iaitu 44hari. Tidak dinafi lagi lama lagi bagus contohnya 100 hari.

Mesti tak clear kan..berkaitan aktiviti yang perlu dielak dan makanan yang perlu dielakkan. Aktiviti yang perlu dielakkan seperti  menyapu sampah, mengangkat benda berat, menolak barang menggunakan ibu jari kaki, duduk mengangkang, naikturun tangga, 'bersama' suami.

Makanan yang perlu dielak pula adalah yang makanan yang memberi rasa sejuk dan gatal. Namun bergantung pada individu sendiri. Antara makanan yang digalakkan dan tidak digalakkan boleh dilihat pada gambar berikut ya.

Kemudian, apakah makanan yang elok untuk ibu dalam pantang?
Ada 12 jenis herba/makanan yang mudah kita dapati dari dapur sendiri. Dan yang memang ada selalu dalam menu berpantang KakNa, Iaitu :-
1. Halia
2. Lada Hitam
3. Serai
4. Daun Pegaga
5. Buah Pala
6. Asam Jawa
7. Bawang Merah
8. Bawang Putih
9. Daun Kucai
10. Halba
11. Kunyit
12. Jintan
(Next entry KakNa share khasiatnya okay)

Hari ini KakNa nak share dulu supplement mudah yang walaupun anak mengalami jaundis/kuning, masih boleh diamalkan oleh adik-adik supaya badan kekal dapat hasilkan susu untuk baby comel tu.

Energizing Soy Protein (ESP)

Biasanya kita kena makan nasi panas di awal pagi tapi mungkin ada yang lebih biasa dengan mulakan hari dengan minum air panas dengan biskut..roti..atau bijirin kan. Jadi KakNa galakkan ambil esp. Ia adalah soya NonGMO yang dapat membantu menyalurkan tenaga segera buat ibu-ibu. Boleh diminum bersama hotchoc (favourite KakNa masa berpantang). Sebab KakNa jenis yang kalau lambat makan, perut akan rasa berangin dan nanti gelap mata. Bila badan kekal energy, kuranglah rasa nak meroyan.

KakNa faham kadang ada antara kita ni yang berpantang sendiri. Jadi ESP ni pun boleh diambil sekali lagi pada waktu malam. Supaya perut kekal sihat dan badan tak terasa letih sangat. Ye lah..malam kan kena bangun lagi baby nak menyusu kan. Protein penting tau untuk pengeluaran hormon oxytocin dan prolactin untuk penghasilan susu ibu. Dan ada cara pengambilannya tau ESP ni.

PepperMint Ginger (PG)

Selain dari ibu hamil, ibu berpantang juga perlu peppermint ni. Daun pudina yang ada dalam PG ni akan dapat membantu melegakan otot perut, melegakan lembung perut, mengelakkan demam kerana ia merangsang pengeluaran peluh, mengelakkan pedih ulu hati. Untuk yang mengalami caesarean pula..ia membantu menghalang muntah selepas pembedahan.

PG ini mengandungi rumusan herba seperti pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Sangat membantu dalam masalah loya, gastrik dan masalah penghadaman.

Ostematrix (OSTE)

Ini adalah sumber kalsium. Jika anda sedang hamil, sila dapatkan sebotol. Membantu mengelakkan masalah kurang kalsium seperti gigi rapuh. Ia juga dapat mengurangkan sengal-sengal sendi dan cramp kaki. Wanita berpantang mesti elakkan tidak berstokin. Kaki anda terutama ibu jari kaki mestilah sentiasa dijaga rapi. Jangan sampai tersandung atau tersepak benda keras. Takut-takut terjadi bentan.

Oste merupakan sumber kalsium dan sangat diperlukan oleh ibu-ibu menyusukan. Kalsium penting untuk disalurkan ke anak supaya dapat membina tulang dan otot yang kuat. Selain itu ia membantu mengurangkan masalah sembelit ibu-ibu.

Garlic (Bawang Putih)

Semua pun mesti tahu khasiat bawang putih kan. Ia merupakan salah satu makanan terbaik ibu berpantang. Ia mampu membantu badan mengeluarkan angin, memanaskan badan dan melancarkan pengalirandarah untuk tubuh. Oleh kerana mungkin ada antara kita yang susah nak ambil selabu bawang pitih..kupas dan makan, jadi KakNa cadangkan dapatkan sebotol Garlic ni.

Ia juga baik untuk ibu menyusukan..selain itu ia antikulat dan antibiotik semulajadi. Melalui teknik pemprosesan eksklusif pada suhu bilik, kandungan allicin aktif dikekalkan. BUKAN SEMUA GARLIC DI PASARAN MASIH MEMPUNYAI KANDUNGAN ALLICIN ini. Maka ibu sihat anak pun sihat. Kurangla rasa kembung perut baby.

"Menurut Dr. Julie Menella (Saintis Biopsychologist), bau bawang putih tidak mengganggu bayi yang menyusu badan, malah membuatkan bayi menyusu dengan lebih lama"

Hmmmmm Interesting!!!!

Okay...KakNa harap bacaan ini dapat membantu sikit sebanyak untuk adik-adik mencari ilmu berpantang. By time, KakNa akan kongsikan maklumat berkaitan berpatang termasuk masalah-masalah berkaitan wanita dalam pantang.

Enjoy your BERPANTANG time tau... Jangan gusar-gusar..elakkan stress. SELAMAT BERPANTANG LADIES 😆😆😆😆😆


Friday, January 27, 2017

PAKEJ SPA UNTUK JANUARY 2017

Alhamdulillah syukur, January hampir ke penghujung. Tidak sempat kami masukkan ke blog ini awal bulan tempoh hari. Jadual sangat padat dan keletihan faktor kami terlupa untuk pengisian di blog. Selalunya bila teringat, mesti sedang bersama pelanggan.

Jadi hari ini setelah masalah teknikal dan schedule kembali jadi normal, barulah Kakna dapat menulis lagi. Dapatkan khidmat yang Muslimah SPA Mobile adakan, kerana anda pasti happy.

Dalam gambar tu...

JANUARY CHILL
Untuk anda yang rasa letih..kulit tak ceria..rasa nak start dapatkan kukit yamg halus dan lembut. Dapat membantu menaikkan semula seri badan dan aktif.

PAKEJ IBU BERPANTANG
Ini adalah pakej paling best dan best. Berapa hari anda mahu itu terpulang. Cuma....

⛳Sengkak KakNa tak buat selagi jahitan dan rahim belum betul sembuh.

⛳Jadi anda boleh pilih dan adjust sendiri masa. Boleh pilih.

Anntara 1@2@3...😊

1. Urut 3hari dan hanya sengkak pd hari ke40..kakna dtg hanya sengkak.

2. Urut 3hari dan urut lg skali bersama sengkak pd hari ke40.

3. Urut dua kali dan simpan satu hari untuk hari ke40 bersama sengkak.

⛳Barangan untuk param, pilis, jamu, tapal dan mandian herba adalah dari KakNa dan anda boleh terus ambil untuk kegunaan anda sehingga habis berpantang.

⛳Tidak perlu ambil dan hantar KakNa kerana KakNa akan datang sendiri. Cas Perjalanan adalah mengikut kawasan.

Okay...jika ada sebarang pertanyaan dan mahu membuat tempahan, boleh terus hubungi KakNa di 0173567078.