Tuesday, December 20, 2016

Pengalaman Bentan Yang Mencemaskan Kira-Kira 8 Tahun Yang Lalu

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kona ke sini untuk update blog kesayangan ni. Dalam sibuk-sibuk urusan SPA ke sana sini di tambah pula dengan aktiviti bersama small family KakNa, masa untuk Disember ini jadi terlalu pack. Nak lagi dengan produk baru yang baru KakNa launched.

Jeng Jeng Jeng.... inilah dia....

Pakej Ibu Berpantang
Sehari hanya RM90 sahaja.
Minima hari adalah 5.
Bagi memastikan pelanggan kesayangan KakNa benar-benar mendapat kebaikan dari khidmat yang KakNa berikan.

Okay nak cerita sikit pengalaman KakNa bersalin anak pertama. Kira-Kira 8-9 tahun lalu. Kini anak bertuah tu berusia 8tahun dan akan masuk 9tahun nextyear in July. Cepat betul masa berlalu ek...

Pertama kali bersalin dan melalui waktu berpantang, KakNa belajar banyak. Bahagian memasing lah kan. Orang lain dua minggu sudah kering luka dan pulih. Tapi KakNa hampir dua bulan. KakNa follow cara mak KakNa berpantang, tapi sedikit kesilapan bila suami KakNa belikan KakNa sayur bayam merah. Dengan niat dapat tambah darah.

KakNa sakit bersalin lama...dan KakNa tiada ilmu meneran. Jangan fikir meneran itu mudah. Pergilah kelas antenatal untuk belajar cara bersalin yang betul. Akibat dari jahil nya KakNa tentang cara meneran, KakNa mengalami koyak yang sangat banyak. Sedih. Sampai suami pun tidak sanggup tengok sebab jahitan banyak.

Berbalik kisah bentan..selang lima minit...LIMA MINIT tau.... selang lima minit KakNa makan sayur bayam tu, badan KakNa jadi sejuk..menggigil. Kaki KakNa hampir cramp terusss... sakit woooo... mujur ada mak bidan..belum balik.. Mak bidan suruh KakNa berselimut tapi still tak mengubah rasa sejuk dan menggigil ditambah tetiba seperti mahu pitam.

Mak Bidan sapu minyak panas kat kaki, kasi minum air suam, dan selimutkan KakNa 3 lapis. Di bahagian ari-ari lagiklah...dia cer tarik urat tu..ya Allah...nanges!!!! Then KakNa tidur...bangun je tidur..badan berpeluh...dan alhamdulillah kembali lega... tentang kisah luka KakNa dekat dua bulan baru baik...KakNa sambung dalam next entry.

KakNa nak cerita Jenis-jenis Bentan.

Bentan ni maksud yang KakNa faham adalah, sakit semula ketika dalam fasa berpantang. Ada 3 jenis bentan ;
BENTAN URAT BADAN
BENTAN URAT RAHIM
BENTAN URAT PINGGANG

Simptom bentan adalah :-
Rasa sejuk.
Rasa menggigil.
Rasa hendak pitam.
Rasa sakit.

Jadi KakNa nasihatkan pada adik-adik, ikutlah nasihat mak dan mak mertua dan mak bidan. Ketika berpantang..
ELAKKAN TERLALU AKTIF BERGERAK.
BANYAKKAN BEREHAT.
JAGA PEMAKANAN.
CUCI BERSIH LUKA.
JAGA IBU JARI KAKI.
FOLLOW PANTANG LARANG ORANG VETEREN.

Okay...nanti KakNa kongsikan lagi apa itu tiga jenis bentan yang KakNa tulis di atas tadi. Then KakNa akan share lagi pengalaman berpantang anak kedua di Hospital Serdang 2009. Tragis!


No comments:

Post a Comment