Monday, December 5, 2016

Kenangan Buat AyahBonda Yang Sentiasa DiHati

Assalamualaikum...

Dulu masa KakNa belum balik ke Pontian..eh..camnilah..walaupun KakNa orang Johor, tapi KakNa dari kecik tidak pernah dapat pergi bercuti. Tiada istilah bercuti dalam kamus waktu kecil dulu. Emak dan Abah orang susah..dapat gaji, cukup-cukup adanya. Jadi asik beranggapan jauhnya nak ke sesuatu tempat. Bapak KakNa pun mana ada kereta, motorsikal cabuk je...

Bila semakin membesar, drezeki sambung belajar keluar dari Johor, berjumpa dengan kawan-kawan kaki jalan, rasa seronok. Masa tahun 3 di UPM, KakNa pernah berkerja part time di sebuah hotel. Jadi housekeeper. pertama kali menjejakkan kaki ke Perak..adalah taiping-Bukit Fraser. Naik bas reramai dengan kawan-kawan.

Bila berkahwin, dapat jodoh orang Kedah. Jadi trip raya wajib setiap tahun KL-Johor-KL-Kedah-KL. Expenses raya kami untuk trip sahaja mencecah rm1K. Muaiiii....Sekarang duduk berjauhan. Kota-Pontian. Jarak masa 2jam. Jadi sebulan paling busuk sekali akan drive kereta dengan anak-anak sahaja ke Kota Tinggi. Minyak dan Tol pergi balik almost rm100 termasuk jajan anak-anak.

Dilahirkan dalam keluarga hidup dengan apa adanya, mungkin buatku lambat nak kaya harta dunia. mungkin aku selesa hidup apa adanya. sudah terbiasa hidup susah. Bila melihat anak-anak, semangat kembali full speed. Anak-anak penguat jiwa seorang ibu. 

Menerawang mengingatkan ibunda tersayang di kampung halaman. Ya Allah berkatilah dia..bahagiakanlah dia, berikanlah aku kemampuan untuk membahagiakan dia dunia dan akhirat. Alfatihah buat ayahandaku disana, semoga ayahandaku sentiasa dalam rahmat dan lindunganmu. Ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Aamiin.

Ayahku kembali kepangkuanNya  sudah 10tahun. Hanya ucapan rindu dan kiriman doa dapat ku beri. Semoga kita dapat bertemu lagi. Seorang insan yang tidak pernah menyakitiku, malah sentiasa cuba untuk mencukupiku sejak kecil. Terima kasih abah...emak. Jasamu tiada dapat ku balas dengan wang ringgit. Semoga kiriman doa-doaku dapat sampai kepada emak dan abah. aamiin.

Ishhhh...tersyahdu pula malam ni... Buat adik-adik yang masih ada ibu dan ayah, do your best untuk buat mereka bahagia. Bila mereka tiada, kita akan kehilangan doa mustajab ibu dan ayah.




No comments:

Post a Comment