Wednesday, November 16, 2016

Urutan Ibu Hamil, Berpantang, Menyusukan, Relaxing Massage Semuanya di Sini. Kami Berikan Yang Terbaik.

Syukur alhamdulillah.... KakNa telah selesai Kursus Perbidanan di Sinaran Ilmu Learning Centre. Berguru dengan dua orang insan yang sangat berpengalaman dalam bidang ini. Bukan sekadar berpengalaman, malah beliau berdua itu juga telah mempunyai sijil dan diploma juga ijazah yang diiktiraf oleh badan berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia...MARA dan JPK. SubhanAllah...MasyaAllah...memang unexpected ilmu yang diturunkan oleh mereka. Kami seramai 16 orang memang berasa sangat bertuah dapat berguru dengan Ummie dan Cikgu Siti Tanjung. Bukan calang-calang orang mereka. Malah kami masih berada didalam group bimbingan dimana kami masih boleh terus berkomunikasi dengan mereka untuk memantapkan lagi ilmu kami. KakNa datang dengan Cawan Kosong di dada. Langsung tidak tahu amalan perbidanan. Tetapi, Allahuakbar....KakNa pulang dengan ilmu yang padat...penuh..melimpah ruah. Semoga diberi kesihatan yang baik..umur yang panjang kepada Cikgu Siti dan Puan Ummie. Sangat sporting dan supportive. Tidak kedekut ilmu langsung. Kami semua memang seronok sangat. Setiap pagi KakNa tak sabar nak sampai skudai. Sebab ape? Sebab tidak pernah menjalani kursus yang begitu happening sekali. Bayangkan kami 16orang ini...hari pertama macam dah lama kenal..padahal hari pertama. SubhanAllah....perancangan Allah sangat sempurna. Kami dilanda pelbagai masalah....KakNa sendiri.... Jika diikutkan memang tidak dapat menghadiri kelas ini....kerana kenderaan KakNa rosak, masuk workshop hingga memerlukan ribuan ringgit untuk dibaiki. TAPI pelik sangat....suami KakNa diam-diam telah bank in duit yuran kursus ini. Hari sekolah (KakNa PJJ dengan suami..seminggu sekali jumpa), kene hantar dulu anak ke sekolah (Ayer Baloi to Skudai bukan dekat). Kemudian...hari ke-3 KakNa diuji....pagi-pagi dapat panggilan telefon dari Mak KakNa yang menjaga anak-anak....Anak KakNa no.3..tertelan duit syiling...Allah...susah hati KakNa sampai hari ini, kerana duit masih belum keluar ikut najis dia. Doakanlah duit tu keluar. Dengar macam simplekan..duit syiling seposen je..tapi sebagai seorang ibu...hanya naluri ibu yang faham..gundah gulananya hati. Tapi bila KakNa telefon husband that day...dia kata... "Takpe...you teruskan kursus...i'll handle him...i on the way to hospital"... KakNa tak sangka suami KakNa sangat positif kali ni. Biasanya dia sangat susah nak bagi KakNa pergi kursus..dan anak tertelan duit pon dia still suruh KakNa habiskan kursus. Alhamdulillah....Allah sangat baik hati. Sijil yang KakNa terima bukan sekadar sijil kosong. Sijil yang benar sarat ilmu. Malah KakNa mendapat sijil SKM3 yang akan diambil tak lama lagi. Seterusnya peluang yang cerah untuk mendapatkan Sijil Diploma kami. InsyaAllah nanti KakNa akan kongsikan Majlis Konvokesyen kami. Hari ini KakNa nak share sikit gambar-gambar kenangan sepanjang kursus yang KakNa pergi ni. 4hari yang penuh kegembiraan, perpisahan yang diiringi airmata kepuasan...keesokkan harinya yang penuh kerinduan. Rindu gelak tawa kawan-kawan seperjuangan dan rindu celoteh dan gurauan Ummie dan Cikgu Siti Tanjung.

Cikgu Siti sedang menerangkan cara-cara mengurut baby dengan betul.

Inilah Ummie yang kami sayangi.

Inilah geng BIDAN JDT 

Siapa bilang Mak Bidan tak perlu exercise? Kami wajib menjaga ke 'fit' an kesihatan kami okay..

This is the most Beautiful Moment to me!!! Yeaayyyyy...

Tak puas dengan gambar-gambar kami? Atau masih tidak percaya? Klik je sini.. Jumpa lagiii

No comments:

Post a Comment