Wednesday, November 16, 2016

Perkhidmatan Yang Kami Tawarkan Untuk Anda Yang Hebat Dan Manis. Senyum.

Yeayyyyyy Alhamdulillah...
Finally....

Hari ini Kak Na nak maklumkan khidmat terbaru kami, hasil penambahbaikkan. Kak Na alu-alukan perkhidmatan yang asahabat sekalian mahu ada di dalam Mobile SPA Pontian ini. Kak Na sangat berharap Mobile SPA ini dapat membantu sahabat-sahabat di luar sana mendapatkan treatment dan service yang bagus dan berbaloi.

Enjoy!!!


SCRUB COPY

Resepi ini kami hasilkan sendiri. Memang 100% homemade. Serbuk kopi, koko, susu kambing dan olive oil. Haa meh KakNa nak bagitahu kelebihan homemade scrub kopi Kak Na ni.

# Menghaluskan kulit.
# Menghilangkan bau badan dan ketiak.
# Memberi kesegaran pada tubuh.
# Menghilangkan rasa letih..stress..tegang.

LULUR BERAS

Lulur beras ini juga hasil kreativiti KakNa. Juga 100% homemade. Gabungan Beras, Plain Yogurt, Daun Pandan dan Sedikit Kunyit. Khasiat nya pasti anda suka...

# Menanggalkan sel kulit mati.
# Menggalakkan pertumbuhan sel yang baru lebih canik.
# Mengandungi khasiat memutih.

MANDI DAN SAUNA HERBA

Mandi herba dan sauna ini KakNa satukan dalam satu pakej. Ia bertujuan untuk memberi kesegaran pada tubuh. Melancarkan peredaran darah agar rasa pegel-pegel (orang jawa kata) hilang. Pegel-pegel tu orang australia kata lenguh-lenguh,,sengal-sengal badan. Tapi Sauna ni KakNa tidak galakkan ye untuk anda yang mempunyai darah tinggi.

BEKAM AIS

Ini KakNa hanya gunakan ais dan urutan di kepala. Special jika anda ada migrain. Membantu mengurangkan sakit dan simptom.

RELAXING MASSAGE

Ia lebih kepada sweedish massage. Nama pun relaxing massage jadi urutan tidak melibatkan suis tertentu. Tapi stil memberi kelegaan kepada pelanggan. Sebab ada pelanggan dia hanya letih berkerja dan mahu diurut tanpa rasa sakit. Jadi ia KakNa akan sediakan sekali teh halia (homemade juga). Supaya dapat membuang angin-angin jalanan.

HAND AND FOOT THERAPHY

Okay untuk terapi tangan dan kaki, KakNa gunakan resepi sendiri (100% Homemade). Ini gabungan resepi Geng Bidan JDT KakNa dan Guru-guru yang mengajar kami. Kemudian KakNa selitkan Nail Treatment dan Light Massage untuk tapak tangan dan jemari. Juga Jemari kaki. Bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan menghilangkan rasa lenguh jari...malah memberikan rasa fresh kepada tangan dan kaki.

AURA FACIAL

Aura facial ni lebih tertumpu pada bahagian kepala hingga bahu..termasuk raut wajah dan leher. KakNa akan lakukan facial dulu sehingga ke bahagian leher, kemudian KakNa akan scrub dan lulur wajah. Termasuklah cuci wajah sehingga urutan di bahu, leher dan kepala.

Selain menaikkan seri wajah, ia dapat membantu mengurangkan masalah di wajah anda yang super duper gojes tu. Urutan relaxing massage di bahagian bahu akan menghilangkan rasa stress di bahagian bahu dan leher.

PREGGY LADY

Oleh kerana wanita hamil ni sensitif, jadi kami hanya melakukan Light Relaxing Massage. Sekadar menghilangkan rasa lenguh, letih, dan kami doakan semoga anda dipermudahkan urusan bersalin nanti. KakNa hanya ambil booking untuk anda yang sudah hamil pada Trimester kedua iatu usia kandungan 4 bulan ke atas. KakNa akan sharing tips-tips ibu hamil. Tips-tips melahirkan...sehingga anda bersalin.


URUTAN BERSALIN

Urutan bersalin ni urutan tradisional. Jadi KakNa sertakan bertungku, bertangas dan sengkak. Selain itu KakNa akan berikan Tea Ginger untuk anda merasa lebih segar dan energetic. Urutan akan dilakukan dengan sentuhan titik saraf dan teknik yang pasti memberikan anda ummphh.


KakNa juga menyediakan PAKEJ BERPANTANG. Dalam pakej ini, Urutan Ibu, Urutan Anak, Urusan Mandian IBU dan Anak, Bertangas, Bertungku, Pemakaian Param, Pilis, Tapal dan Bengkung. Sekiranya anda masih belum membeli sebarang jamu, param, pilis, tapal dan minyak urut...KakNa ada menyediakan Set Berpantang yang pasti Homemade. Hasil turun temurun dari bonda. Dengan potongan harga 20%. Kemudian KakNa akan beri FREE Vitamin untuk mengembalikan malam pertama anda selepas 100hari berpantang nanti.


Urutan ini lebih kepada urutan tradisional pluss sentuhan point-point saraf tubuh kita. Maklumlah proses bersalin bukan proses biasa-biasa. Ada banyak urat kita yang bertungkus-lumus kerja untuk memastikan baby selamat dilahirkan. Tenaga yang kita gunakan untuk bersalin adalah sehabis mungkin. KakNa setiap kali lepas melahirkan...akan rasa sangat letih dan sangat lapar.

Urutan Bersalin ini KakNa hanya ambil selepas 3hari sekurang-kurangnya lepas anda melahirkan. KakNa akan jarakkan 3hari sekali sebanyak 3kali. Sengkak akan dilakukan apabila jahitan/luka telah benar-benar pulih. Sebarang pertanyaan atau jika ada yang tidak clear dari gambar berikut boleh lah direct whatsapp ke Kak Na ye....Semoga Allah mudahkan pertemuan kita.. Aamiin..

Muslimah SPA Pontian
0173567078
Kak Na

No comments:

Post a Comment