Wednesday, November 16, 2016

Kini Kupercaya Urutan dan Pemakanan Sihat Mampu Membantu Wanita Untuk Hamil

Kisah ini...adalah salah satu kisah pembakar semangat Kak Na. Kak Na tidak tahu Nenek Kak Na juga seorang bidan dan tukang urut tradisional satu masa dulu. Emak Kak Na beritahu Kak Na selepas Kak Na dihujani permintaan untuk mengurut. Pada awalnya Kak Na pun pelik..tapi inilah dia perjalanan yang Allah dah aturkan untuk Kak Na. Gembira sebab dari sekadar membantu suami mencari sesuap nasi untuk anak-anak, Kak Na dapat melebarkan sayap mencari saham akhirat.

Enam minggu lalu, Kak Na dihubungi oleh seorang adik cantik. Katanya, badannya lenguh-lenguh..penat..sakit-sakit. Jadi, pada hari yang dijanji, Kak Na pun datanglah ke rumah beliau. Jadi beliau berceritalah...sudah setahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak. Anak kan penyeri rumahtangga..jadi beliau pernah berusaha dengan mengambil supplement GLA (Gamma Linoleik Acid) untuk kesuburan...GLA ni tugas macam EPO la tapi ia lebih tinggi kandungan GLA nya. Jadi bila pernah makan dan belum ada hasil..beliau berhenti.


Kak Na buat urutan relaxing massage dan buat sengkak pada beliau ketika itu. Memang terasa sedikit kebawah peranakannya waktu itu. Tujuan urutan juga supaya dapat membetulkan atau melonggarkan urat-urat yang tegang selain memberi rasa kesegaran dan ringan pada anggota badan. Jadi sebelum balik, Kak Na pesan ke dia supaya amalkan semula GLA dan tambah Vitamin E. Untuk dia dan suami amalkan. Sebab Vitamin E boleh membantu memelihara kesihatan reproduktif kita. Selain menghilang parut dan melembapkan kulit wajah. 

Malam tadi...beliau menghubungi Kak Na....selepas 6minggu berlalu...Ya Allah terkejutnya Kak Na... Beliau sudah hamil 5 minggu. Ya Allah dikau peliharalah dia dan permudahkanlah urusan dia sepanjang minggu-minggu kehamilan dia. Amiin. Terima kasih Allah atas asbab pertolonganku Dikau berikan dia rezeki untuk hamil dan mempunyai anak. MasyaAllah..sesungguhnya Dikau Maha Pengasih Maha Pemurah dan Maha Pengampun.

vitamin kesuburan

vitamin kesuburan

vitamin kesuburan


Allah melihat usaha kita. Allah mendengar rintihan hati kita. Allah memberi saat kita bersedia. Allah memberi pada waktu yang sangat tepat. InsyaAllah.

Di bawah ini sedikit penerangan tentang khasiat Vitamin E dan GLA. Sekiranya anda memerlukan khidmat konsultasi dari Kak Na berkaitan Supplement plus Urutan, Kak Na sedia membantu. InsyaAllah.






Muslimah Spa Pontian
0173567078
Kak Na

No comments:

Post a Comment