Saturday, November 5, 2016

Amalan 10 Petua Tradisional Untuk Merawat Masalah Wajah Berjerawat Sekaligus Mengembalikan Seri Wajah~ Part 2



Assalamualaikum... Jumpa lagi.. Mari kita sambung amalan tradisional untuk menaikkan seri wajah dan mengurangkan masalah jerawat.

6. Yogurt Asli & ESP
Sapukan campuran ESP & Yogurt asli keseluruh bahagian wajah seperti masker dan biarkan sehingga kering. Kemudian cuci dengan air bersih. Lakukan 3kali seminggu. Anda akan rasakan kelembapan dan kelicinan wajah anda.
Image result for yogurt asli

7. Buah Tomato & Madu.
Ambil sebiji buah tomato dan belah. Kemudian oleskan keseluruh wajah. Atau makan sahaja sebiji buah tomato setiap hari. Atau jadikannya jus dan tambahkan sedikit madu. Kesannya pasti mengujakan.

Image result for tomato dan madu

8. Embun
Ambil empun pagi pada daun pokok yang tidak tercemar. Sapukan ke wajah bersama selawat. Biarkan sehingga kering dan cuci dengan air bersih.

Image result for embun pagi

9. Air Kosong
Setiap kali bangun pagi ambil tiga gelas air suam. Minum sebelum gosok gigi. Setiap hari. dan satu lagi Selepas solat subuh, amalkan surah yusuf dan minum segelas air suam.


10. Kanji Nasi
Ambil sedikit kanji nasi dan sapukan pada jerawat. Biarkan kering dan bilas wajah anda.


Yeayyyyy..... Selamat Mencuba.....


No comments:

Post a Comment