Friday, November 4, 2016

Amalan 10 Petua Tradisional Untuk Merawat Masalah Wajah Berjerawat Sekaligus Mengembalikan Seri Wajah~ Part 1

Alhamdulillah..hari ini Kak Na nak ajarkan cara tradisional yang mudah untuk diamalkan. Ada 10 cara mudah yang Kak Na akan kongsikan. Simpan link entry Kak Na ni untuk rujukan korang akan datang.

1. Beras & Biji Betik Muda
Rendam segenggam beras hingga kembang. Ambil segenggam biji betik muda tadi, kemudian tumbukkan bersama beras. Kemudian kepal-kepal sehingga jadi bulat kecil dan jemur sehingga kering. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas kedap udara. Gunakan seperti bedak sejuk.


2) Tisu Wajah & Dua Biji Telur Putih.
Rendam tisu wajah didalam dua biji telur putih. Kemudian tampalkan ke wajah anda. Biarkan sehingga kering. Kemudian tarik perlahan-lahan sehingga bintik hitam terlekat keluar. Kemudian cuci muka dengan air bersih.


3) Air Kelapa Tua
Selalunya kita minum kan...sedapppp. Tapi kali ni cuba oleskan ke wajah dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih.


4) Tuala Lembap & Semangkuk Air Panas.
Ambil sehelai towel Wajah yang telah direndam dengan air biasa, selimutkan ke kepala kemudian ambil semangkuk air panas. Wapkan wajah anda. Kemudian bilas dan jangan lupa oleskan toner ke wajah anda, agar pori-pori tertutup kembali.



5) Bunga Melur & Air Kelapa Muda.
Jika ada depan rumah atau di rumah kejiranan, Ambil...cuci dan tumbuk sehingga lumat dan larutkan dengan sedikit air dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 10minit lebih kurang. kemudian bilas dengan air kelapa muda.


Okayyyy...Selamat Mencuba dan Nantikan Part-2. bersama beberapa tips mencuci wajah setiap hari agar lebih aura serinya.


No comments:

Post a Comment