Sunday, September 4, 2016

Tersentuh Hati Seorang Ibu



Bila naluri seorang ibu tersentuh...bila melihat anak-anak telah tidur di waktu malam..bila kita memandang sayu wajah mereka...terasa terhenti dunia...Syukur kerana merekalah kebahagiaan kita. Anugerah Allah tiada galang gantinya. Iringan doa sentiasa bersamamu anak...

"Sempena Hari Peperiksaan UPSR 2016 hari ini"

--------------------------------------------------------------

*Hari Ini Saya Baik, Nanti Cikgu Beritahu Mak?’ Soalan Murid Nakal Yang Mengubahku*

"Cikgu..!” sapanya.

“Semalam saya kena rotan dengan mak saya”, sambungnya membuatkan saya memusingkan badan lalu duduk betul-betul mengadapnya.

“Rotan kat mana?”soal saya ingin tahu.

“Kat sini” sambil dia menunjukkan lengannya yang kecil itu. Ya. Masih ada bekasnya. Kuat barangkali dirotan ibunya.

“Sakit ke?”Soal saya simpati.

Dia mengangguk berkali-kali.

“Menangis?” Tanya saya lagi.

Sekali lagi dia mengangguk.

“Kenapa mak rotan?” Soal saya sambil menggosok-gosok lengannya yang masih berbekas.

“Mak saya marah sebab saya xxxxxxx di sekolah.” Balasnya.

Ya. Memang minggu lepas saya menangkap beliau dan beberapa orang rakannya kerana melakukan kesalahan di sekolah.

“Macamana mak saya tahu cikgu? Cikgu bagitahu mak saya ke? Soalnya ingin tahu.

“Ya Adam, cikgu terpaksa beritahu mak Adam.”

Dia menundukkan kepala. Melihat contengan yang dibuat dengan pensilnya sejak dari tadi. Saya masih membelek-belek birat-birat tebal di lengannya.

“Cikgu!”sapanya lagi.

“Hari ni saya baik cikgu. Nanti cikgu bagitahu mak saya tak?”

Soalannya betul-betul membuatkan saya terdiam. Bungkam rasanya mendengar soalan ini.

Jujurnya sepanjang menjadi guru memang tidak pernah walau sekalipun saya menelefon ibubapa atau penjaga bercerita tentang kebaikan anak-anak mereka. Saya juga yakin ibu bapa akan berasa pelik jika seseorang guru berbuat demikian.

Hati saya pada seperti dihentak-hentak dengan keras. Anak ini seolah-olah merayu supaya diberikan keadilan untuknya.

CopyPasteDariDr.Asmadi

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

i am trying my best to be the best ibu ever for my 4angel.


No comments:

Post a Comment