Friday, August 5, 2016

Sharing Bagaimana Amalan Minum Air Jarang Baik Untuk Kelancaran Hidup Kita

{ 7 Sebab Kenapa Minum Air Sebaik Sahaja Bangun Pagi adalah Tabiat yang Sangat Bagus }

Di Jepun, amalan minum air sebanyak 2 gelas sebaik sahaja bangun tidur adalah amalan yg biasa. Minum air sebaik sahaja bangun tidur dikatakan mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit termasuk cancer. Buktinya rakyat jepun mempunyai jangka hayat yang paling lama berbanding negara lain. Mungkinkah amalan minum air sebaik sahaja bangun tidur membantu memberi kesihatan yang optimum kepada mereka?

#1 Apabila anda bangun selepas tidur yang panjang, badan anda secara semula jadi kering. Tidak kira berapa banyak air yang anda minum sebelum tidur, anda telah menggunakan air tersebut dan tiba masanya untuk memenuhi semula keperluan air badan. Apabila anda minum air selepas bangun dari tidur, apa yg anda akan lakukan ialah menyediakan sel-sel anda dengan air. Kopi tidak akan rehydrate badan anda. Minum air kosong akan menjadikan anda lebih segar dan mempunyai tenaga yg semulajadi di waktu pagi.

#2 Selepas menyuburkan sel-sel anda, air minuman selepas bangun dari tidur akan menyahkeluar toksin yang tidak diingini daripada badan anda. Ketika anda sedang tidur proses pembaikan telah berlaku, memulihkan sel, membuang toksin dan menstabilkan hormon. Hasilnya ialah toksin dan bahan buangan lain yang dilepaskan dan menunggu untuk mengalir keluar. Minum air sebaik shj bangun tidur membantu menyahkeluar toksin ini dan nutrisi daripada sarapan sihat yg diambil boleh diserap lebih baik. Kulit juga akan menjadi lebih bersih dan bertenaga.

#3 Air minuman adalah FAKTOR penting apabila anda ingin melakukan proses penurunan berat badan. Jadi minum air sebaik sahaja selepas bangun dari tidur adalah cara yang paling optimum untuk melakukannya. Air telah terbukti boleh meningkatkan metabolisme badan dan meningkatkan potensi pembakaran kalori sepanjang hari. Air juga boleh menyekatkan selera anda dari makan terlalu banyak.

#4 Fakta yang mungkin ramai tak tahu 75% daripada komponen otak adalah air. Tanpa air yg cukup otak tidak akan berfungsi dengan optimum. Ada kajian menunjukkan bawa air ketika exam membantu pelajar untuk menjawab dengan lebih baik. So bekalkan anak2 kita dgn air kosong ke sekolah, BUKAN air bancuhan bergula yang manis.

#5 Punca utama sembelit adalah dehidrasi. Air yg diminum sebaik sahaja bangun pagi bukannya sahaja mengatasi dehidrasi ttp ia juga membantu masalah melegakan sembelit dan memastikan jadual pembuangan anda konsisten setiap pagi. Itu adalah cara yg sangat baik bagi memulakan hari anda. Dulu isteri Coach Anuar sendiri ada masalah pembuangan ni, kadang2 sampai 3-4 hari tidak ke toilet, perut jd tak selesa kepala baik pening, mood pun tak stabil. Memang dia minum cukup air kosong masa tu.. Alhamdulillah bila ubah tabiat minum air bagi mencukupi kini pembuangan lancar.

#6 Di Jepun, mereka percaya bahawa air boleh menyembuhkan banyak penyakit termasuk penyakit kritikal. Walaupun air bukan ubat tetapi kuasa air boleh mencegah banyak penyakit. Kita boleh kawal penyakit sebelum terjadi dengan cara mengawal apa yang kita makan termasuk apa yg kita minum. Minum air sebaik sahaja bgn tidur boleh menyahtoksin, pasti air juga boleh menyah penyakit yg mungkin timbul akibat toksik yg banyak dalam badan.

#7 Last but not least, minum air sebaik sahaja bangun tidur adalah sesuatu yg sangat menyegarkan. Bayangkan bangun pagi dalam keadaan bibir dan tekak kering, alangkah nyamannya jika bibir dan tekak tu dibasahkan dengan air. Anda akan berasa lebih segar dan cergas untuk memulakan hari.

Selamat beramal! 😀

* Sedekahkan ilmu ini dengan TAG /  SHARE dengan kengkawan kita supaya semua amalkan tabiat minum air kosong untuk kecerdasan badan.


No comments:

Post a Comment