Saturday, July 23, 2016

Vitamin Ibu Hamil Semulajadi Berkhasiat Untuk Ibu Dan Anak Dalam Kandungan Kekal Sihat Bertenaga

Alhamdulillah...Tahniah buat anda yang sedang hamil...baru disahkan hamil.. Dah makan vitamin yang diperolehi hasil dari check up tu? Jangan skip tau...dulu sepanjang KakNa hamil, macam-macam pengalaman KakNa. Dari anak sulong hingga anak ke-4, macam-macam ragam kehamilan. Paling teruk ketika hamil anak sulong.

Semasa hamil anak sulong, setiap kali makan vitamin yang dibekalkan, KakNa akan jadi flattt..lemah asik nak tidur..kalau tak tidur pun KakNa baring sepanjang hari. Its not good kan untuk kesihatan KakNa dan baby. Oleh itu, suami KakNa belikan supplement (homeopati) untuk menggantikan vitamin yang dibekalkan oleh klinik. Mabuk? perhhhh KakNa mabuk sehingga usia kandungan 8 nak masuk 9 bulan. KakNa tidak boleh bau suami (paling sadis), bau getah pijak kaki dalam kereta pun sama, memang akan banyak berhenti tepi jalan dan muntah..air conditioner kereta memag langsung tak boleh buka. Alhamdulillah Dhiyaulhaq lahir dengan berat 3.68kg.

Masuk kehamilan kedua, KakNa makan vitamin yang klinik bekalkan tapi skip memanjang. yang KakNa tak skip bcomplex. Masa ni memang masih kelabu bab vitamin/supplement. alhamdulillah baby sihat. dia lahir paling ringan (3.6kg) antara 4orang adik bradik tapi sekarang dia yang paling membesar dengan jayanya antara adik bradik. Alhamdulillah Wafiuddin lahir dengan berat 3.60kg.

Masuk kehamilan ke-3, KakNa langsung tidak ambil ubat dari klinik. Hanya boleh telan Iberet Folic Asid je..itupun beli di pharmacy. KakNa mabuk sekejap je...dan aktif. Ofis masa tu di Kapar Klang..dan KakNa tinggal sebelah Jusco Taman Equine. Jem? Jauh? takdehal. Keluar sebelum matahari terbit, sampai umah matahari dah terbenam separuh. Mujur rumah babysitter sebelah rumah aje. Alhamdulillah Allah mudahkan. Alhamdulillah Azfar Aufa lahir dengan berat 3.95kg.

Masuk kehamilan ke-4 barulah KakNa kenal Set Kehamilan Shaklee ni. Alhamdulillah boleh katakan tiada mabuk lalat ke pening lalat ke. Badan rasa bertenaga sepanjang hari. KakNa dah tak beli Iberet tu dah. Cuma honestly KakNa selalu skip makan ESP masa dah usia kandungan 8-9 bulan. Syukur alhamdulillah anak ke-4 ni lagi cepat segala benda dari abang-abangnya yang lain. Makan tak pernah takde selera, tapi badan tetap maintain. Asal sihat alhamdulillah lah anak. Syukur Syaheer Rafiuddin lahir dengan berat 3.90kg.

Jadi pada KakNa bukan Vitamin yang menentukan anak lahir besar atau kecil. Tapi pengambilan makanan yang seimbang itu penting bagi mengekalkan berat ideal ibu dan anak.

Inilah dia Set Vitamin Hamil tuuuu......



Vitamin C
Selain membantu menguatkan sistem imun tubuh, ia juga menyokong pembentukan sel darah merah, mengekalkan kelenturan dan elastik sel darah. Mengelakkan berlaku gusi berdarah dan kulit kusam. Tahukah anda kekurangan dos vitamin C boleh menaikkan kemungkinan kelahiran pramatang. Yang bestnya Vitamin C juga membanytu penyerapan zinc dan asid folik dengan lebih baik.

ESP (Protein)
Ia merupakan penyuntik tenaga segera untuk ibu-ibu kekal bertenaga sepanjang hari. Ia membantu perkembangan sel tubuh dan membina plasenta. Masalah morning sickness yang menyebabkan perut terasa berangin pun dapat dielakkan. Membantu mengekalkan berat badan ideal semasa hamil. Mengelakkan preeklampsia dan kencing manis jenis gestational .

Vitalea
membantu mencegah anemia. Mencantikkan HB darah. Mengandungi 28 Vitamin dan Mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.Betacarotin membantu mempertahankan daya penglihatan dan pertumbuhan jaringan. Calcium, Phosphorus, C dan D membantu meningkatkan kesihatan tulang dan gigi.Biotin dan asam phantotenic membantu menguraikan lemak dan karbohidrat. Sekiranya anda cepat letih dan HB rendah, cubalah Vitalea dari Shaklee ini.

Ostematrix
Support bekalan kalsium untuk tubuh anda juga kebaikan baby dalam kandungan. Kalsium baik untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Mencegah masalah cramp/kejang/simpul biawak. Pengambilan ostematrix juga membantu masalah sembelit anda.

BComplex
Mengandungi Asid Folik dan 8 vitamin lain bagi membantu perkembangan sihat janin dan baik untuk kesihatan saraf ibu. Ia juga membantu mengoptimakan pembentukan penyempurnaan sistem saraf fetus. Kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan janin, spina bifida, keguguran dan komplikasi plasenta.

Sebenarnya untuk dapatkan Set Kehamilan ni pada harga bajet...senang aje..register ahli. Jika nak lagi clear,,bolehla Whatsapp KakNa. KakNa explain A to Z. Memang puas hati berganda-ganda bila register ahli..bukan setakat dapat beli dengan harga lebih murah aje.



No comments:

Post a Comment