Thursday, July 21, 2016

Pendarahan Di Awal Dan Di Akhir Kehamilan Mengundang Bahaya Atau Perkara Biasa

Alhamdulillah....almost everyday dapat berita gembira sahabat sedang muntah-muntah loya la...yang dapat orang baru lah...ya Allah besarnya anugerahmu. Semoga mereka menjadi anak-anak yang sentiasa dalam rahmat dan keberkatanmu...aamiin.

Ada juga ibu-ibu dalam kebimbangan dan keresahan kerana berlaku pendarahan di awal kelahiran ini. Dari sahabat sekampung hingga lah ke sahabat alam maya. Saya mendoakan anda dan baby tetap kuat dan sabar yang tabah mengahrungi dugaan ini. mudah-mudahan selamat semuanya.

Dalam pada menunggu hasil ujian doktor apa kata kita ketahui dulu kemungkinan yang wujud sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan di awal trimester kehamilan kali ini. Mungkin kehamilan terdahulu tiada masalah begini..mungkin juga ada yang setiap kali preggy memang akan bleeding. Jadi mari kita ketahui serba sedikit punca pendarahan.


















Itulah tadi antara punca pendarahan yang kebiasaannya berlaku di awal kehamilan. Namun, tahukah anda ada dua punca pendarahan pada trimester akhir kehamilan? Apakah dia?

1) PLACENTA PREVIA
2) SHOW OFF

1) Placenta Previa ini adalah keadaan di mana kedudukan placenta tidak berada di tempat sepatutnya. Normalnya kedudukan placenta ini di bahagian atas, tetapi placenta previa ini, kedudukan placenta berada di bahagian bawah sehingga menutup laluan kelahiran bayi. Sekiranya ini berlaku, proses pembedahan csec perlu dilakukan bagi mengeluarkan baby.

2) Show pula adalah salah satu tanda kelahiran. Ia adalah campuran darah dan lendir. Menandakan jalan sedang terbuka atau sudah mula terbuka bagi proses kelahiran secara normal. Ia disebabkan kontraksi Brixton hicks iaitu kepala bayi telah berada di kedudukan laluan yang betul (rongga pelvis).

RAWATAN

1) Bergegaslah ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

2) Doktor akan mengambil sampel air kencing dan darah untuk memeriksa tahap hormon kehamilan anda untuk mengetahui masalah lanjut.

3) Kumpulan darah juga akan dikenalpasti. Biasanya rhesus O- dan A- berisiko.


Rujukan ;
babycenter.com
dr.zubaidi.com
kamusinternational.com

No comments:

Post a Comment